Bismilah
Menjadi seorang pelajar maktab atau kata lainnya bakal guru, nak tak nak anda kena aktif dan mempunyai banyak kebolehan. Tidak hairanlah begitu banyak aktiviti ko-kurikulum yang terpaksa dihadiri. Daripada persatuan, unit beruniform hinggalah kepada mengetahui cara pengadilan pelbagai jenis sukan, begitulah yang perlu dilalui untuk menjadi seorang guru.
Hujung minggu lepas masing-masing tak dapat nak balik rumah sebab ada kursus pengadilan bola sepak. Baru saja hilang kursus tersebut, kami diberi tugas untuk mengendalikan aktiviti permainan tradisional sempena Karnival Akademik yang berlansung 3 dan 4 oktober baru-baru ni. Tidak cukup dengan itu sahaja, semua pelajar PPC lelaki kena turun padang petang khamis untuk penilaian pengadilan bola sepak dan juga main bola sepak tengah-tengah hujan lebat. Dan minggu "belajar" ni berakhir dengan kursus permainan Ultimate a.k.a Frisbee yang berlansung semalam dari kul 4.45 petang sampai 6.15 petang. Memang boleh nampak kehitaman kulit semua orang.
Bola Tampar.
Sejak dari sekolah menengah, sukan utama aku ialah bola tampar. Hanya di tingkatan 4 dan 5 baru aku berhenti dan main bola sepak sebab team kami dibubarkan. Tapi, bila masuk KYUEM, aku kembali aktif bermain sebab ada kawan-kawan yang sangat bersemangat. Hinggakan hujung minggu pun kami akan berkumpul kat gelanggang selepas subuh. Untuk kursus sukan kami, kami hanya dibenarkan ambik bola sepak. Jadi, sejak minggu pertama di sini aku dah join pelajar-pelajar maktab ni main bola tampar waktu petang. Buat je muka tebal walaupun penuh gelanggang tu dengan orang pantai timur.
Keadaan Persekitaran
Teringat waktu di UK, aku orang yang sangat keras dengan Ikhtilat. Memang anti sungguhlah benda-benda campur lelaki perempuan ni. Sampailah kat IPG ni, semua pelajar digalakkan untuk bergaul sesama jantina. Dari minggu orientasi, hingga masuk ke kelas, dan dalam mentor-mentee sendiri memang kena mix. Dan akhirnya aku terasa percampuran lelaki dan perempuan adalah "benda" wajip yang perlu dibiasakan untuk menjadi seorang GURU.
Menjadi kebiasaan dalam gelanggang bola tampar kat sini, setiap pasukan perlu ada lebih kurang 1-2 orang perempuan. Yang lain semua lelaki. Memang diorang buat untuk meraikan perempuan, sebab merasakan tak adil kalau lelaki lawan perempuan. Dan memang selalunya tak cukup orang. Jadi kalau nak main bola tampar, memang kena satu team dengan perempuan. Mencari bermacam-macam alasan untuk "membenarkan" perbuatan aku tu, menyebabkan aku kembali buta mengenai Ikhtilat. Macam-macam persoalan yang bermain dalam fikiran aku. Nak main lagi atau berhenti?
Persoalan yang aku masih tak mampu nak jawap.
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment