Rabu lepas, kami satu kelas menghadiri perjumpaan Kadet Remaja Sekolah (KRS). Waktu perjumpaan, kami dihidangkan dengan pengumuman yang semua pelajar KPLI PPC kena pergi pertandingan pantun. Yang bakal diadakan hujung minggu kat maktab. Namun, ianya sekadar pengumuman yang tiada hitam putih dan tak pasti tahap kewajipannya. Masing-masing kebanyakannya sudah ada perancangan hujung minggu. Malah, ada yang plan untuk pulang ke rumah untuk cuti hujung minggu tersebut.
Tunggu punya tunggu hinggalah semalam, masih tiada memo hitam putih dari HEP mahupun pihak pentadbiran. Jadi, aku dan rakan-rakan yang baru berkelah di Hutan rimba Teluk Bahang bercadang nak pergi sekali lagi. Cuma kali ni, nak ajak ramai-ramai, semua pelajar lelaki KPLI untuk join sekali. Ni sahaja hujung minggu yang tinggal kekosongan untuk tahun ni. Ditakdirkan Allah, semua nak ikut sebab takut bosan melangut kat bilik. Cuma aiman dan Sanjay takde sebab dah balik rumah diorang.
Awal-awal pagi, semua dah berkemas, bersiap untuk bersarapan di Taman Tun Sardon. Walaupun sedikit lewat berbanding sebelum-sebelum ni, tapi perjalanan berjalan lancar. Waktu tengah melahap makanan masing-masing, dapat mesej arahan supaya pelajar PPC semua pergi ke pertandingan pantun dari pukul 11 pagi sampai 1 tgh hari. Kelihatan wajah masing-masing sedikit "down" lepas dapat pengumuman tu. Tapi perancangan diteruskan dan masing-masing cuba mengembalikan mood berkelah dengan cuba meng"abai"kan arahan tadi. Tiga kereta akhirnya meluncur ke Taman Rimba yang dimaksudkan.
Dalam kul 11 pagi, kami sudah mula berkemas dan bertolak semula ke maktab. Sampai sekiar 12.20 tengah hari dan terus ke Gelanggara. Waktu sampai, pertandingan Pantun Akhir sedang berlansung dan kami sangat blur, tak tahu sapa yang tengah beradu berbalas pantun. Hanya tepukan mengiringi beberapa pantun yang dikirim. Waktu penyampaian hadiah, terkejut rupa-rupanya Maktab kami sendiri yang merangkul juara untuk pertandinga pantu tadi. Ish3x.
Walaupun hanya dapat meluangkan sedikit sahaja masa bersama rakan-rakan, keseronokannya memang lain dari lain. Jumlah kami tidaklah begitu banyak, namun ukhwahnya inshaAllah sangat dirasai. Seronok melihat gambar terakhir kami di tempat mandi manda tadi. Masing-masing muka puas.
Aku, hanip, cuan, ferd, mior, kamal
Azri, Nuar, Syamel, Yasir, Pojan, zizan
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment