Saturday, 13 October 2012

Meh Mai Pineng

Bismillah

Hujung minggu kali ni, begitu ramai pelajar KPLI lelaki yang pulang ke rumah. Yang masih ada di asrama Ciku tingkat atas ni hanya tinggal 6 orang. Oleh kerana nak bagi hari-hari kami bermakna, kami buat sedikit plan untuk pusing-pusing Pulau Pinang ni. Ketua perjalanan yang tak rasmi ialah Yasir T. Intan. Awal-awal pagi, kami semua dah pergi ke sekitar Taman Tun Sardon untuk makan sarapan. Aktiviti lazim hujung minggu. Memang sedap pun makanan kat situ.


Target utama pagi tu ialah untuk ke Batu Feringgi tengok-tengok pantai. Tapi terpaksa hantar Fauzan terlebih dahulu sebab dia tak nak ikut kami jalan-jalan. Ahli rombongan yang kekal ialah aku, yasir, safuan dan juga nuar. Kereta kancil biru terus bergerak ke Destinasi pertama kami, tapi pelik sebab tak berapa nampak pantai yang panjang macam teluk batik. Hanya nampak pantai pendek yang kami gunakan untuk ambil gambar sekejap. Tak berhajat nak mandi kat situ dan terus mencari pantai hinggalah kami sampai ke teluk bahang.

Ni umur semua dah dekat 24 tahun.

Berhenti di Taman Rimba Teluk Bahang, kami bersembang dengan seorang Mak cik berdekatan pintu masuk. Entah macamne, mak cik tu cadangkan kami masuk taman rimba tu sebab dalam tu banyak kolam mandi percuma. Kami yang memang tiada perancangan lansung untuk ke situ, terus parking kereta dan tengok-tengok kawasan sekitar. Waktu tu dalam pukul 9 pagi dan memang tak ramai orang. Oleh kerana nampak kolam dia macam best, kami terus tukar plan dari mandi pantai kepada mandi kolam. Memang terbaik.

 

 Buang tabiat sikit mandi manda pakai baju kemeja


Lepas mandi, kami terus bersiap untuk pergi ke beberapa tempat menarik di Pulau Pinang. Antara tempat yang sempatlah gak tangkap gambar ialah Empangan Teluk Bahang, Taman Rama-rama, Masjid Terapung dan Botanical Garden. Tapi waktu kat botanical Garden tu memang semua dah letih dan kepenatan. Takde sorang pun nak layan monyet-monyet yang berkeliaran dekat taman tu. Tapi, memang ramai pelajar sekolah rendah yang buat rombongan ke taman tu. Ade satu rombongan tu dari Batu Kurau, Perak. Cuma kesian, tengah panas-panas terik kul 12 tu, ada ke patut pakai baju sekolah bertali leher semua. Tolong jangan ikut negara barat kalau cuaca kita tidak seperti negara-negara yang sejuk sebegitu.




Target kami seterusnya ialah Masjid Negeri Pulau Pinang. Tapi, ternyata keadaan lalu lintas di Pineng sangat dahsyat dan penuh dengan kebiadapan manusia. Hanya cacian dan makian yang akan terungkap kalau tak sabar. Kami terpaksa membatalkan niat ziarah tersebut dan menuju semula ke Maktab. Sebelum tu, sempat makan tengah hari kat tempat makan yang digelar "Payung". Balik je bilik, semua terbongkang. Melepaskan lelah kepenatan masing-masing di atas katil.


Sekian dari Syuib0809.



No comments:

Post a Comment