Bismillah.
Aku terima Nikahnya 2 : Bercinta Smapai ke Syurga berjaya gak aku habiskan dalam tiga hari ni. Buku yang kalau tengok tajuk, seolah-olah sangat tak sesuai untuk kaki buli mahupun jejaka macho. Buku ni sebenarnya dah keluar lama dah, nak ulas pun mungkin ade orang beranggapan "ketinggalan zaman". Setelah baca buku aku terima nikahnya yang first, memang buku ni adalah sambungannya dan ada satu lagi buku pelengkap iaitu Murabbi Cinta. Menarik buku ni, sebab banyak membetulkan paradigma kita dalam mempertahankan rumah tangga. Tapi bukan itu sahaja....
Beberapa perkara yang mungkin menarik daripada isi buku ni, aku kongsikan bersama.
Memang Jodoh dari Allah, tapi hadirnya bukan bergolek.
Menjadi kebiasaan badan-badan dakwah dan remaja-remaja "islamik" untuk anti kepada budaya bercouple yang sering berlaku di kampus. Hukumnya memang jelas adalah haram. Full stop. Namun menjadi kesilapan ukhti dan akhi ini bila mana menganggap tiada usaha yang perlu dilakukan untuk mencari pasangan Hidup. Memang benar rezeki datang dari Allah, namun kita perlu berusaha mencarinya. Dan dalam persoalan jodoh juga, sunnatullahnya tidak pernah lari. Yang penting, caranya mesti betul mengikut syariatullahnya. Nak tahu macam mana? bacalah buku ni.
Cinta tanpa tanggungjawap. Tanggungjawap tanpa cinta.
Untuk mereka yang hangat bercinta, segala-galanya nampak indah untuk menjadi alasan mendirikan berumah tangga. Namun cinta itu bukan hanya sehingga ke jinjang pelamin, namun wajip difikirkan sampai ke urusan lampin. Cinta yang bukan main hingga bersumpah bawa ke mati, akhirnya hilang bilamana tanggungjawap suami dinaik taraf menjadi seorang ayah. Maka lahirlah masalah rumah hasil dari cinta tanpa tanggungjawap. Menarik mengenai buku ni bilamana para pendakwah dan ahli gerakan Islam yang bertemu hasil dari unit Baitulmuslim akhirnya berdepan huru-hara bilamana dirasakan pasangan gagal bertemu cinta. Mencari-cari CINTA selepas diijabkabul, namun tidak KETEMU. Nak tahu lebih sila beli sendiri.
BAHAGIAKAN DIRIMU DENGAN SATU ISTERI.
"bila diri kian bersih, satu isteri terasa lebih"... kata-kata dari ustaz cinta versi indonesia bernama Cahyadi Takariawan yang diselitkan dalam buku ni. Pologami juga antara tajuk terbesar dalam buku ni yang sebenarnya banyak mengundang masalah rumah tangga. Bukan poligami tu tidak baik, tapi terlampau banyak lelaki yang menggunakan ke"boleh"an itu untuk menyelesaikan masalah rumah tangga secara pantas. Isteri buat hal je, asyik bergaduh je, penyelesaiannyacari len. Banyak cantik!! menarik gak bila ustaz tu tekankan, nabi banyak tempoh hidupnya bertemankan Khadijah seorang berbanding tempoh poligaminya.
Kurangkan bising si isteri, Bukalah mulut wahai SUAMI!!
Buku ni memang sangat bagus dibaca sebagai bahan yang melengkapkan buku Men from Mars, Woman From Venus. Cantik untuk dikupas dari sudut Islam. Bahagian akhir banyak menceritakan mengenai perbezaan suami isteri dengan tajuk "Merawat Suami Bisu" dan "Cinta Seratus Peratus". Memang perlu dibaca terutamanya oleh mereka-merka yang terlibat dengan gerakan Islam.
Banyak lagi yang dikongsikan dalam buku ni terutamanya mengenai peranan ibu-bapa kepada anak-anak, pemikiran kanak-kanak dan banyak lagi yang dinukul hasil pengalaman Ustaz Hasrizal. Mungkin kata-kata terakhir aku kongsikan dari buku ni untuk renungan kita semua:
Baik tapi tak cerdik, jadi mangsa penipuan
Cerdik tapi tak baik, akan jadi kuat menipu
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment