Bismillah
Memang sungguh tak bersemangat nak meluangkan masa meng "update" blog. Kamera dah tidak seperti dulu semasa di UK. Memang sangat jarang aku ambil gambar macam dulu-dulu. Akhirnya, aku rasa perlu untuk aku mencari sebab untuk menulis di blog. Kalau dulu berkongsi tentang dunia luar yang jarang orang dapat rasai, kini aku rasa menulis sedikit mengenai buku-buku yang aku baca adalah satu perkongsian yang bermakna.
Hampir dua tahun yang lalu, aku ke carboot bersama firdaus rahim dan di"paksa" membeli buku men from mars, women from venus yang berharga 50pence a.k.a RM2.50. Aku pernah membelek-belek buku tu di awal tempoh pembelian, namun akhirnya tersadai sampailah aku balik Malaysia. Rumusan yang aku boleh buat ialah aku memang tak berkemampuan nak baca buku dalam bahasa Inggeris. Sentiasa gagal
Dua minggu lepas, aku saja singgah di pustaka intan teluk intan. Tak sangka banyak sungguh buku kat situ. Tanpa niat nak beli buku, aku akhirnya terambil 3 buah buku bertajuk fitnah terhadap sahabat nabi karya Dr MAZA, bercinta sampai ke syurga dari ustz hasrizal dan Men from Mars, Women from Venus edisi bahasa melayu bewarna ungu. harganya jauh lebih mahal dari original yg aku beli. hehe.
367 muka surat berbanding versi asalnya 305 muka surat.
Tidak hairanlah buku ini dilabelkan sebagai best seller. Memang isinya sangat membantu manusia-manusia di muka bumi ni untuk mengenali fitrah manusia yang berlainan jantina. Ilmu yang sangat-sangat bermanfaat terutamanya kepada mereka yang tidak lama lagi bakal berumah tangga. Banyak masalah rumah tangga bukan kerana tiada kasih sayang sesama pasangan, tetapi ia datang hasil kegagalan meng"intepretasi" pemikiran pasangan yang berlainan jantina.
Istilah-istilah seperti lelaki ke Gua, wanita dan periginya, lelaki si hero kuda sememangnya menggambarkan segala-galanya di sekeliling aku. Segala yang aku lihat pada mak ayah aku, makcik pakcik aku serta mana-mana sahaja pasangan di luar sana akhirnya dijelaskan sebab dan asbabnya dalam buku ni. Membaca buku ini sekurang-kurangnya memberi kelebihan pada individu untuk berhadapan masalah yang berlaku dalam rumah tangga. Dan aku boleh katakan, risiko berlaku penceraian inshaAllah dapat dikurangkan.
Wanita ingin agar emosinya difahami dan dirai, namun segalanya gagal ketika mereka berada di perigi mereka
Lelaki inginkan "pengiktirafan" terhadap sumbangannya/kepimpinannya kepada pasangan, namun ketika mereka bertapa di gua, silalah senyap wahai wanita.
Buku yang sangat mantap untuk dibaca semua pihak.
Sabda Rasulullah Sallallahu ‘Alaihi Wasallam yang diriwayatkan daripada
Ummu Salamah radhiallahu ‘anha yang bermaksud :
“Setiap perempuan yang
mati dalam keadaan suaminya redha kepadanya, maka perempuan itu akan
masuk syurga.” (Hadis riwayat at-Tirmidzi )
Dan dari buku ni, aku sudah memahami kenapa perempuan selalu jadi seperti apa yang nabi kata. Terutamanya apabila mereka berada jauh dalam perigi mereka.
Telah menceritakan kepada kami Abdullah bin Maslamah
dari Malik dari Zaid bin Aslam dari 'Atho' bin Yasar dari Ibnu 'Abbas
berkata, Nabi shallallahu 'alaihi wasallam bersabda: "Aku melihat ke
dalam neraka dan melihat kebanyakan ahlinya adalah wanita. Mereka telah
kufur. Sahabat bertanya: Adakah mereka kufur kepada Allah? Nabi
menjawab: Mereka kufur kepada suaminya dan kufur dengan kebaikan
suaminya. Kalaulah seseorang di antara kamu berbuat kebaikan kepada
mereka dalam masa yang panjang lalu mereka melihat sesuatu yang tidak
disenangi padamu nescaya mereka akan berkata: Aku tidak pernah melihat
apa kebaikan pun pada dirimu. (Riwayat al Bukhari)
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment