Sunday, 21 March 2010

Peluang memasuki Gaza ibarat pergi ke Bulan.

Bismillah.

Semalam aku bermalam di rumah firdaus rahim sebab esoknya aku ade progrem POP(Peace of Palestine). Malam tu juga rumah firdaus dikunjungi tetamu dari Bristol dan Leeds. Tapi ade sesuatu yg sangat menarik malam tu.

Pernah tak dengar pasal seorang pelajar perubatan Malaysia di Bristol, UK yang ditangkap oleh kerajaan Mesir tahun lepas? Lepas tu, Rosmah Mansor mintak bantuan isteri president Mesir untuk bebaskan pelajar Malaysia tersebut. Isu ni agak terkenal gak tahun lepas dimana pelajar ni mengikuti konvoi VIVA palestine dan ditangkap oleh kerajaan mesir selama 15 jam.

Malam tadi, aku berpeluang jumpe beliau. Rupe2nye die senior KYUEM tua dua tahun dari aku. Tak sangka dapat jumpa die dekat nottingham. Oleh kerana budk2 lain pun banyak tak tahu cerita sebenar, jadi kami mintak die cerita kisah benar yang suci dari sebarang tokok tambah surat khabar. Bukan senang nak dengar dari sumber yg asli macam ni.

Kisah die ni memang sangat-sangat menarik. Satu demi satu die ceritakan tanpa meninggalkan point-point yg kecik. Sebenarnya ni kali kedua die pergi, di mana sebelum ni die punye konvoi tidak berjaya menembusi palestin untuk sampai ke Gaza. Dan die bercerita hampir 4 jam. Yang hebatnya cerita die ni ialah dimana waktu tu baru die sedar betapa hebatnya perancangan Allah terhadap manusia.

Bayangkan dia sebenarnya ditangkap sebanyak dua kali di Mesir. Yang masuk surat khabar Malaysia hanya penangkapan beliau buat kali pertama. Kali kedua lebih menggerunkan dan mendebarkan. Dan cerita beliau memang sangat hebat. Semua point yang kami rase kecik dan tak penting pada awal-awal cerita, rupa-rupenye menjadi point penting untuk beliau melepaskan diri sewaktu penangkapan kali kedua.

Ni die ibrahim.. Nama panggilan Mamat


Semua ni budk batch die waktu kt KYUEM.. Waktu ni kul 2 pagi, baru habis cerita

Melihat kepada die ni, die ni bukanlah ekstremis agama malah hanya student biasa. Namun,Allah beri peluang kpd dirinya utk bertemu sendiri penduduk Palestin

Dan kuasa Allah sangat menakjubkan.
Selepas dibebaskan kali pertama, beliau sepatutnya dihantar pulang ke UK dan memg tiada harapan utk memasuki Gaza. Waktu tu dia rasa memg x akan masuk gaza, jadi tak perlulah dia berdoa. Tetibe terdetik dalam hati die "doa jela, bukan rugi apa-apa pun, dah lama aku tunggu nak masuk Gaza ni." Ditakdirkan Allah, wakil yg sepatutnya membawa beliau pulang ada masalah dalam perjalanan ke tempat beliau ditahan. Beliau akhirnya berjaya memaski Gaza, Dan perasaan memasuki Gaza.. MasyaAllah, berapa org la sgt yg boleh masuk dalam tu.

Banyak lagi cerita yang sgt menakjubkan. Nak menunjukkan betapa hebatnya Allah S.W.T. merancg segala-galanya. Betapa kuatnya persaudaraan umat Islam tanpa mengira warna kulit dan keturunan. Memg mampu membuat kami menangis. Sewaktu dalam program POP.. die cerita sekali lagi dan ade perempuan yg menitiskan air mata.

Hebat. Itu sahaja yg aku dapat katakan..
Walaupun beliau hanya seorang pelajar perubatan yg minat dgn DSLR. Allah beri die peluang. Kite bile lagi? berdoalah..

No comments:

Post a Comment