Wednesday 3 March 2010

Nasyeed ExtraVaganza NEXT 2010

Bismillah..

Mengulas sedikit tentang pertandingan nasyid di Sheffield hari tu, aku dapat simpulkan memang agak best.. Pertama kali datang event ni yang hanya mempertandingkan tujuh kumpulan sahaja. Kami sembilan orang menaiki dua buah kereta yang berwarna hijau dan kelabu. Dalam pukul 10.45pagi kami dah sampai di sana.. Keluar je kereta terus tangkap gambar.

Rombongan dari leicester


Oleh kerana kami datang awal, kami masih tak boleh masuk ke dewan sampailah pkul 12tgh ari.. tak kisah sangat pasal duk luar pun sejuk, bukannye panas.. Sambil2 duduk kat luar tu, jumpelah ramai kawan-kawan yang baru sampai dari cardiff, london, warwick dan orang sheffield sendiri.. Seronok gak sembang dengan diorang. Tetibe, Hazami In-Team datang dan bersalaman dengan kami semua. Kira bagus la die ni. Walopun artis, bukan kami yang pergi dapatkan die untuk salam, tapi die yang datang kat kami.. Ni baru betul artis muslim, hehe.
Pelik gak kenape la budak2 sini tak teruja tengok dia.

Dalam pkul 1 petang event tu start dengan persembahan samba dari local student kat situ.. Seterusnya dirasmikan oleh pengarah MSD yg baru dan beberapa buah video.. Persembahan pertama daripada pelajar sheffield manakala kami mendapat giliran ke 3.

Ni die video persembahan kami






Banyak la jugak kumpulan yang hebat kalau nak bandingkan dengan kami.. Apepun kami seronok je dan tak pikirkan pun menang ke kalah.. Kami memg masuk suka-suka je.. Lepas habis ketujuh-tujuh persembahan, kami berehat sebentar untuk makan tgh ari dan solat. Alhamdulillah, para peserta dibekalkan dengan makanan tengah ari(ayam masak merah tu..) dan makanlah kami dgn sepuas-puasnye.. Sambil tu, jumpe la jugak kawan2 lama, Ya Allah seronoknye jumpe diorg.

Majlis bersambung semula dengan dedikasi untuk Mas Afzal.. Lepas tu, Hazami Inteam wat persembahan dgn menyampaikan 6 buah lagu antaranya assolatuwassalam, kehidupan, nur kasih, Allah ya rabbi dan salamun salam.. Ustaz erfino pun nyanyi sekali.. Lepas persembahan, cabutan bertuah telah berlansung dan Izwan(IluvIslam) menang hadiah besar iaitu voucher 200pound utk melancong ke eropah bersama Kelana konvoi.. Ramai org dengki termasuk aku.. haha

Ingat lagi aku ckp pasal skype? ksian kan diorang..

Lepas habis majlis, kami bercadang pergi ke Noodle Inn.. Diorang ni cerite la makanan die banyak la, itu la, memg puas hati la.. Aku kalo cakap pasal makanan memang aku excited.. Dan diorang kata makanan tu halal, maka aku pn ikutla.. Sampai kedai tu, aku tengok orang cina punye kedai, aku kurang yakin sikit kalau orang cina jual, orang putih aku yakin sikit sebab diorang sensitif. Memang ade logo halal buatan sendiri. Maka aku tengok la ape menu die..

Roast pork? Crispy pork? apekah..

Ape la punye halal, aq memg was-was kalo ade menu babi ni..
Maka aku, Izwan dan syahir buat keputusan untuk pergi ke kedai lain. Diorang yang len makan je kat situ.. Makanan tu memang tiada masalah sebab dah tulis halal. Dari segi tanggungjawap memg kite dah lepas tambah lagi kalo tak ragu-ragu.. Tapi bagi aku, penting menjaga makanan yang akan jadi darah daging kita..

Syurga hanya dimasuki orang-orang yang hebat, maka berusahalah untuk jadi orang yang hebat.
Kami sampai di rumah dalam pkul 10 malam dan aku dikunjungi tetamu dari Mesir..
Nanti cerite ye..
Salam
Leicestary

No comments:

Post a Comment