Monday, 17 May 2010

Rumah.. Bersangka baiklah dengan Allah

Bismillah.

Baru-baru, aku kembali memikirkan isu rumah.
Dua bulan yang lepas, sewaktu mengagihkan rumah, maka aku dan syahir diberi tawaran untuk duduk di rumah yang akan ditinggalkan seorang gadis melayu. Namun, ditakdirkan Allah, gadis tu tak jadi nak pindah daripada rumah tersebut dan kami terpaksa mencari rumah baru. Alhamdulillah, dipermudahkan Allah kami jumpa macam-macam pilihan rumah yg baik dan lebih murah.

Setelah berbincang dengan beberapa senior, maka kami akhirnya membuat keputusan untuk tinggal tiga orang di rumah yang berdekatan dengan rumah sekarang. Selain aku dan syahir, orang ketiga itu juga bersetuju untuk tinggal bersama kami bagi semester yang akan datang. Jadi, kami beranggapan segala-galanya selesai cuma tinggal nak sain kontrak. 3,4 hari ni, gadis melayu tersebut membuat keputusan untuk tidak terus tinggal di rumah die sekarang. Agak menyedihkan, die tak bagitahu kami dulu. Takpela.

Rumah tu diberikan kepada orang lain yang juga kawan aku sendiri. Aku tak kisah lansung pasal rumah, tu sebab kami sudah pun jumpe rumah yg baru. Tapi keadaan menjadi rumit apabila orang yg sepatutnya duduk dengan aku dan syahir menukar fikiran untuk duduk sekali di rumah yg bakal ditinggalkan gadis tersebut. Akhirnya, satu demi satu perkara terdedah dan percanggahan beberapa maklumat menyebabkan kami sangat kecewa. Mereka tidak jujur. Aku tak heran pun pasal rumah tu, tapi sangat sedih bila kawan2 sendiri pun berhelah dengan aku. Saat mendapat berita itu, satu ayat Al-Quran bermain dlm minda aku

“Wamakaru wamakarallah wallahukhairulmakirin”
Dan orang-orang itupun merancangkan tipu daya, dan Allah pula membalas tipu daya (mereka); dan (ingatlah), Allah sebijak-bijak yang membalas tipu daya. surah Ali Imran ayat 54.

Kini, kami terpaksa memikirkan penyelesaian masalah. Tak sangka, Allah takdirkan kami mendapat dugaan sebegini. Barangkali, Allah mahu bagi sesuatu yang lebih baik. Malam tadi, aku terjumpa video ni:



Hebatkan Allah?
Aku teringat lagi, satu kata-kata dalam tazkirah petang di KYUEM.
Barangkali kite nak pergi bersiar-siar dengan kawan kita suatu hari. Tapi hari sangat lah panas. Lalu kite pun doa supaya Allah bagi redup supaya senang sikit kita nak jalan2 petang nanti. Tetibe, Allah turunkan petir dan hujan yg lebat. Kita pun rase sedih sangat-sangat. Tapi rupenye kita tak sedar, Allah sebenarnya nak bagi kita pelangi selepas tu.

Kadangkala Allah sembunyikan matahari, Dia datangkan petir dan kilat. Kita menangis dan tertanya-tanya, kemana menghilangnya sinar. Rupa-rupanya Allah nak hadiahkan kita pelangi.

Sekian..

No comments:

Post a Comment