Tuesday, 5 October 2010

Freshers Fair University of Leicester

Bismillah.

Semalam, Uni aku buat freshers Fair untuk pelajar2 yang baru datang. Tahun ni, Freshers camp ni nampak lebih meriah dan lebih besar. Bangunan Student Union juga sudah siap diubahsuai dan menjadi teramat2lah cantik. Dan menariknya tahun ni, kami dimaklumkan yang Malaysian Society pun bleh bukak gerai gak kat Freshers Fair tu. Oleh kerana kelas kami masih belum bermula, jadi budak2 maths pun tolangla bukak gerai tu semalam.

Ramai gile orang beratur nak masuk bangunan tu

Antara bende pertama yang kelihatan sebelum masuk bangnan student Union.

Aku sendiri tak pasti siapa yang betul2 bersemangat, tapi nampak seolah2 hanis(bendahari LUMS ) yg mengetuai pembukaan gerai LUMS kat student Union ni. Tapi yang kesiannya, x banyak yang dapat dibubuh kat meja kami sebab semua bahan2 mempromosikan Malaysia tahun lepas, telah dibuang tanpa meninggalkan kesan oleh senior kami. Hehe. Tapi ternyata, ianya tetap diteruskan walau ape jua rintangan datang menimpa.

Orang kuat projek ni iaitu hanis dan lili menerima tamparan hebat apabila tiada pun meja yang disediakan utk Malaysian Society kat bangunan tu. Tapi bermodalkan kuih2 melaka dan kepetahan mereka berkata2, akhirnya dapat gak kongsi meja dengan orang Korea yang duk sebenua dgn Malaysia. Aduih..

Simple tapi gempaq!

Aku yang turut hadir pagi tu, mengambil kesempatan berjalan2 melawat gerai2 kelab lain. Dahsyat!! Semangat gile diorang ni. Sampaikan persatuan kelab2 malam pun mempromotekan aktiviti2 diorang. Aku yang x berniat nak join mana2 kelab pulak jalan2 sebab ade niat lain. Sepanjang perjalanan, aku kutip semua bende2 percuma yang diorg bagi sebab nak bg org dtg gerai diorg. Haha. Siap ade org bagi bible free, tapi malas aq nak ambik.

Antara ruangan yg paling meriah

Apepun, ada satu pengajaran yang aku boleh dapat drpd freshers fair kali ni.

Bila kite buat sesuatu, kita bukan buat kerana kite tengok orang lain ramai yg buat. Kite kahwin bukan sebab dah ramai kawan kite yang kawin. Kite jadi doktor bukan sebab semua kawan kita dipandang tinggi apabila menjadi doktor. LUMS masih bertatih, dan banyak lagi matlamat yang perlu dicapai. Bergerak dalam organisasi adalah sesuatu yg lebih kuat, walaupun kadang2 ianya bukanlah sesuatu yg menyeronokkan.

Sekian..

No comments:

Post a Comment