Hari ni, kalau di UK, memang kecoh cerita mengenai EDL(English Defence League) yang akan buat demonstrasi di Pekan Leicester. Ape yg peliknya dgn EDL ni? EDL ni merupakan kumpulan yang anti-Islam dan juga anti orang Asia. Memang demonstrasi diorang juga bertujuan utk memalukan Islam dan menentang kehadiran Islam di bumi UK ni. Tapi kebanyakan orang yg terlibat dgn EDL ni sebenarnya banyak org2 yg bermasalah je. Jadi, yg mat saleh lain byk je menentg EDL ni.
Hari ni, aq memang tak bercadang nak keluar sebab semalam time khutbah jumaat, kami dinasihatkan utk tak keluar sebab nanti org2 EDL ni akan provoke org2 Islam. Tapi entah macammane, terdetik pulak nak keluar utk pergi ke Masjid Al-Furqan. Sebelum keluar, aq tengok video2 kawalan polis kat UK ni n then terus keluar rumah.
Sesampainya di pekan, memg banyak polis yg berkawal kat pekan leicester tu. Yang peliknya, market Leicester plak memang lengang, xde org. Adela beberapa peniaga yg berniaga. Tengah hari tadi gak, xde lansung wanita bertudung yang kelihatan di bandar Leicester. Hebat kan? Selepas meninggalkan market, aq pun jalan2 depan maryland n kedai Chopstix. Nak tergelak pun ade bile tengok kedai yg sebelum ni Halal terus hilang labelnye. hahaha.
Perjalanan aq ke Masjid Al-Furqan tak begitu banyak masalah. Cume, niat utk makan makanan somalia terbantut bile kedai tu pun tutup sebab ade demonstrasi ni. Lepas menunaikan solat Zuhur, aq terus menuju ke kedai BigJohn dan tempah burger. Sambil makan, tengokla polis2 yang sedang mengawal demonstrasi kat beberapa jalan.
Seusai makan tgh hari di BigJohns, terus aq pegi ke bandar Leicester. Ntah macam mane, tertarik pulak nak tengok layanan2 polis time berdemonstrasi di UK ni. Tengok2, memang ramai gile polis2 kat situ. Ade banyak pasukan polis. Ade yang berbaju hitam, berkuda, tukang bawak anjing dan yg mcam FRU pn ade. Memang diorg ni sangat cekap. Tapi aq agak bosan sebab susah nak nmpak org yg berdemonstrasinye. Yg byk, cume anti-EDL yg berkumpul secara aman. Part paling best, bile ade org lari2 seolah2 macam nak kene pukul. Aq yg blur pn turut ikut lari. haha
Lama gak aq kat town tu, dari kul 2.30 sampai 4 petang dan 3-4 lokasi gak aq pergi sebab nak tengok dgn lebih dekat lagi.
Team berkuda. Aq bengang gile dengan kuda2 ni. Ade ke patut berak kat merata2 tempat. banyak pulak tu.
Lepas bosan, aq pun berjalan pulang. Tetibe ternampak org berlari2 ke lokasi seolah2 nak tengok something. Aq pun tertarik dgn adegan tu dan try jalan ke lokasi yg ditujui. Tgh jalan berlenggang2 tu, ade mamat-mamat org putih belakang aq menjerit2 bising-bising. Aq pun buat dek jela. Tetibe ramai gile polis datang buat barisan depan aq. Aq ingat ape bende la, rupe2nye mamat2 belakang aq tadi tu sebenarnya org2 EDL. Nasib baik sikit je. Haha..
Aq akhirnya pulang ke rumah. Sebenarnya, mula2 aq nak g Highfield sbb lama x pegi. Tp bile pikir jauh, malas plak nak pegi. Rupe2nye, Orang EDL ni sampai Highfield pun die target. Hampeh punye EDL.
Sekian.
DAN mereka tidak sekali-kali berhenti memerangi kamu sehingga mereka dapat mengembalikan kamu daripada agama kamu (kepada kekafiran). (al-Baqarah: 217)
No comments:
Post a Comment