Saturday, 30 October 2010

Minggu yang sibuk lagi menyibukkan

Bismillah

Minggu ni memang minggu yg agak sibuk. Kali terakhir aku menulis di blog ni ialah pada hari selasa lepas. Hari rabu, memang aku rasekan hari paling penat kot minggu ni. Pukul 4 petang keluar main bola dan balik pukul 5.50 petang. Balik2 terus masak ayam masak merah dan terkejar2 utk meetig BOOM yg akan bermula jam 7 malam. Meeting yang berlansung selama 2 jam tamat dan aku kene tahan jap dgn director sebab nak briefing mengenai MC utk BOOM nanti. Aduih..

Ingatkan lepas tu bolehla rilek2 kejap. Last2 terpaksa ke rumah senior sebab nak print bahan2 utk BOOM nanti. Nak print 80 helai, depan dan belakang bukanlah sesuatu yg mudah sebenarnya. Kalau printer tu harga ribu2 okla jugak. Ini memang kelajuan tahap siput. Aduih.. Aku akhirnya pulang ke rumah kul 11.45 dan sambung balik kerja mencetak. Habis bilik penuh dgn kertas dan bagai2 lagi bende. Paling x syok bile inknya dah habis..

Bilik yaang bersepah-sepah

Bersama jarum suntikan dan dakwat. 2 3 kali gak aku cucuk malam tu.

Ditambah dengan Assignment yg berlambak2 menyebabkan aku agak pening sikit. Tapi entah mcmne ketentuan Allah, Assignment yg sepatutnya kene hantar awal ditangguhkan smpai minggu depan sebab university ade masalah komputer. Maka, memang bersyukur teramat-amat sangat. Alhamdulillah. Jadi, semalam kalau diikutkan aku hanya ade satu kelas. Ntah macamne gak, semalam tersalah masuk problem class rumah lain. Mungkin sebab pening kot.

Pagi tadi, BOOM yg dirancang selama beberapa bulan ni akhirnya berjaya dilaksanakan. Aku selaku pengerusi majlis memanglah terlampau banyak menayangkan muka kat depan tu. Oleh kerana aku ni jenis nakal2 sikit dan tak suke bende skema, jadi aku memang pakai simple dan berceloteh tanpa skrip di tangan. Setelah sampai separuh perjalanan majlis, tetibe syahir datang kat aku mintak aku pakai "formal". Dengan kate len, pakai seluar slack, kemeja dan mungkin juga dimaksudkan dengan kot skali.

Gambar hiasan. Tiada kene mengena dengan yg hidup atau yg telah mati.

Kalau diikutkan xdela aku kisah sangat. Cuma aku agak pelik sebab tiada lansung dalam perbincangan LUMS mahupun AJK BOOM mengenai pemakaian FORMAL utk program tersebut. Tetibe syahir cakap "Hari ni majlis kita kene pakai formal, kau tak tahu ke?". Aku tengok, yang pakai formal cumalah ahli2 MSM yg dtg sekali ke program tersebut. Ajk takde lansung pakai formal. Malah, meeting terakhir BOOM yg tidak dihadiri syahir gak, tiada lnsung menyentuh mengenai pemakaian yg formal. Menyebabkan aku tertanya2, adekah ada tangan lain yg merancang, membelakangkan committee BOOM 2010 kali ini.

Akhir2 ni, 2 3 kali gak aq dengar ayat, "LUMS sekadar boneka MSM"
Bagi aku, selagi mana ianya kerana Allah, itu sudah cukup. X kisahla under sesiapapun, selagi mana ade manfaat utk Islam, aku akan cuba sedaya upaya utk bantu. Lantakla ape org nak buat, nak cakap, janji ade sesuatu yg boleh aq tunjukkan dihadapan Allah kelak. InshaAllah.
Sekian



p/s: sangat sedih tak dapat pergi MKP sbb pendaftaran dah tutup..

No comments:

Post a Comment