Sunday, 3 October 2010

Lets Discover Leicester!!

Bismillah.

Sejak kembali ke leicester, memang aku takde lansung usik blog ni. Nak cakap sibuk, xdela sangat. Banyak gile masa lapang. Tapi still x update2 blog ni. Sebelum kite bercerita mengenai rumah lama dan baru aq, mari kite tengok sedikit tentang sebuah aktiviti LUMS yang baru dilansungkan utk junior2 semalam. Aktiviti ni dinamakan LDL ataupun nama panjangnya Lets Discover Leicester!!

Aktiviti ni dijadualkan bermula jam 9.30 pagi. Entah macam mana yang peliknya kul 9.30 tu baru 5-6 orang yang datang. Peserta muslimat plak lansung tak kelihatan walaupun jam dah menunjukkan jam 9.40 pagi. Mungkin diorang keletihan kot. Apepun jam 10 pagi, dewan sudah mula dibanjiri dengan kehadiran semua peserta dan LDL pun dimulakan.

Kaum adam yang sampai awal hari tu. Memecah rekod zaman-berzaman.

Sebagai permulaan, para junior diperkenalkan dengan organisasi Undergrade Malaysia di Leicester iaitu LUMS oleh presidentnye iaitu saudara syahir. Sementara itu, aku menjemput ustaz Izzam yang akan memberi sedikit pengisian mengenai Fiqh Luar Negara untuk LDL kali ini. Walaupun majlis bermula agak lambat, perjalanan aktiviti LDL tetap berjalan lancar. Selepas taaruf ringkas, kami seterusnya mendengar ceramah daripada ustaz Izzam.

Sangat menarik ceramah ustaz Izzam ni. Walaupun pertama kali rasanya Ustaz Izzam beri ceramah kat kami semua, tapi ternyata segala yang disampaikan mampu dihadam oleh peserta2 yang hadir. Antara topik yang sudah tentunya disentuh ialah bab2 anjing, khuf, jamak solat dan soal makanan halal. Namun, masa agak terhad walaupun ternyata banyak lagi yang ingin ditanyakan kepada ustaz Izzam.

ustaz Izzam yang berkopiah putih+kelabu

Bergambar kenangan sebelum keberangkatan Ustaz.

LDL kemudian diteruskan dengan acara Explorace yang diketuai sendiri oleh kak WanMai. Aku menolak utk turut serta dalam aktiviti ni. Peserta dikehendaki menjawap soalan dan pergi ke beberapa tempat utk tangkap gambar. Agak jauh gak rupenye lokasi2 yang diselitkan dalam program ni. Apepun, kami berharap diorang seronok dengan adanya aktiviti sebegini. Dari jam 12.15 sehinggalah 1.30 tgh ari, peserta berlari2 dan pulang semula ke Ken Edward LT3.

Kenapa aku rasa senior lebih bergaya dari junior? haha

Pemenang tempat kedua

Tepat jam 2 petang, LDL akhirnya menutup tirainya. Diharapkan aktiviti ni memberi seribu satu manfaat kepada semua yang hadir. Selepas abis program, semua undergrade leicester berpicnic di taman berdekatan dengan MaryLand. Aku plak? Pergi melencong mencari makanan Somalia yang sudah lama diidam-idamkan. haha

Picnic

Sekian utk hari ni.
Salam

2 comments:

  1. kata wajib sume undergraduate first year berkumpul kat nelson mandela pukul 4pm. kul 4pm tu sume ada kat sana ke?

    ReplyDelete
  2. Ade kata ke? X tau plak aq. Kalo ade pn sepatutnya pkul 5 petg.

    ReplyDelete