Bismillah
Esok, flight aku ke UK akan berlepas jam 1.30 pagi. Tarikh esok 23 september 2010. Tarikh yg sama sewaktu pertama kali aku pergi ke UK tahun lepas. Satu nikmat yang tak pernah lansung aku mimpikan sewaktu di sekolah menengah. Memang aku tidak pernah menyangkakan aku akan ke luar negara. Namun, perancangan Allah sangat hebat sampaikan perjalanan aku mendapat biasiswa ni sendiri penuh dengan keajaiban.
Setahun yg lalu, aku bertolak ke KLIA dr rumah mak cik aku kat port dickson. Pertama kali ke sana setelah dewasa aku rasa. Ramai pelajar yang pakai kot itam, iaitu budak KPM dan beberapa student mara yg akan fly sekali dgn kami. Masing2 muka teruja je. Antara budak KYUEM yg ade ialah anuar dan neo wei sheng. Selepas melalui beberapa prosedur, masing2 meluangkan saat2 terakhir bersama keluarga.
Perasaan ketika fly? nak cakap excited mgkin ye, tapi nak ckp sedih mgkin kurang sikit. N then waktu fly pun ade kawan2 yg sekali ke lester, jadi tak takut sangat.
Perjalanan selama 13 jam di atas kapal terbang MAS bukanlah sesuatu yang menyeronokkan sangat. Memang lama sangat rasa dan amat memenatkan. Tapi, layanan orang MAS memang mantap. Sesampainya di imegresen, kelihatan begitu ramai manusia terutamanya yg berpakaian hitam. selesai je semua, kami telah disambut oleh orang MSD dan juga beberapa org senior dari london.
Waktu keluar je dari airport, semua seronok bile tengok asap keluar daripada mulut. haha. Perasaan pertama kali berada di UK mgkin menyeronokkan bagi org lain. Tapi aku plak tetibe rasa sayu je sepanjang perjalanan menaiki bas ke leicester, terbayang seolah2 diri dalam video klip M. nasir, haha. Memang sayu pun rasa, kenapa Allah bagi peluang yg sangat dahsyat ni kepada org biasa macam aku ni. SPM pun berapa la sangat dapat.
Di Leicester, kami disambut oleh syazwan dan ade sorang postgrad. Kami terus dihantar ke rumah Izwan dan disambut oleh Naufal. Manakala cat dan poji tak balik lg waktu tu. Beberapa hari yang berbaki digunakan utk berjalan2 dan membeli barangan keperluan di sana. Lama gak kami menumpang di rumah Izwan, dekat 2 minggu aku rasa.
Sekarang, setelah 3 bulan berada di Malaysia, aku perlu kembali semula ke UK utk meneruskan perjuangan yg masih belum selesai. Perasaan ketika ni bercampur baur. Aku sendiri tak dapat tahu ape perasaan yg ade dalam hati ni. Semoga perjalanan utk tahun kedua ni dipermudahkan oleh Allah.
Sekian..
No comments:
Post a Comment