Orang lain mngkin banyak yang tulis pasal raya, tapi aku mungkin tak. Setelah agak lama pulang bercuti di Malaysia, dah tiba masanya untuk aku pulang kembali ke Leicester selesa depan. Cuti ni ternyata begitu bermakna sebab banyak bende yang aku dapat buat. Walaupun mungkin tak sepenuhnya bermanfaat seperti rakan2 yang lain, namun memang banyak yang aku belajar sepanjang cuti musim panas tahun ini.
Mengimbas kembali beberapa aktiviti yang telah berlalu, baru aku perasan memang takde lnsung aku menulis pasal aktiviti GEMARAK di blog ni. Sedangkan, aktiviti pertama yang aku ikuti selepas pulang ke Malaysia adalah program yang dianjurkan oleh GEMARAK atau nama pnjangnya, Generasi Ilmuan Perak UK-Ireland. Ingat lagi, kami buat lawatan di sebuah rumah anak yatim di Ipoh iaitu Maahad Darussalam.
Program di rumah anak yatim ni berlansung selama 2 hari 1 malam. Hari rabu dan khamis. Tapi aku hanya datang waktu hari khamis je sebab rabu tu ade junior yang datang Teluk Intan dan aku sendiri sangat keletihan. Sampai je maahad tu, nmpak kelibat sahabat2 lain sedang layan adik-adik di maahad tersebut. Antara muslimin yang ada ialah Iman dan juga Budiman(manchester).
Adik-adik di Maahad ini disesuaikan dengan persekitaran Islam. Walaupun sekolah tersebut agak dhaif, kesungguhan ustaz san ustazah yang menjaga diorg menyebabkan maahad tersebut terus hidup. Bayangkan jika semua anak-anak yatim ini dihantar ke rumah kebajikan yang tiada lansung latar belakang agama Islam, memang tak tahulah ape akan jadi dengan diorg nnt.
Setelah dipecahkan kepada beberapa kumpulan, semua kumpulan dikehendaki mempersembahkan sebuah lakonan kepada semua yang hadir. Kumpulan aku kene bat sketsa yang bertajuk "Buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat". Seronok tengok budak2 ni, lakonan diorang sangat mencuit hati. Kami akhirnya dihiburkan dengan persembahan nasyid dari adik-adik muslimin dan muslimat.
Adik2 muslimat yang nyanyi dua lagu, sedap tapi terlupa tajuk dia. Cantik semua bertudung
Sewaktu adik-adik lelaki nyanyi lagu anak soleh, tiada lansung nampak kesedihan di mata diorang. Aku sendiri tak pasti sama ada diorg masih x faham ataupun sudah mula biasa dengan "keluarga" mereka sekarang. Yang pastinya, memang banyak perkara yang aku belajar daripada diorang. Dan diorang ni sangat seronok menerima tetamu2 yang datang terutamanya akak2 dan abang2 yang masih muda ni.
Dan kebanyakn yang berada di sini adelah pasangan adik beradik. Alhamdulillah, masih ade ahli keluarga kandung yang masih berada dekat dengan mereka. Kite pula, adekah masih menghargai apa yang ada?
Dan kebanyakn yang berada di sini adelah pasangan adik beradik. Alhamdulillah, masih ade ahli keluarga kandung yang masih berada dekat dengan mereka. Kite pula, adekah masih menghargai apa yang ada?
Dari Abu Hurairah r.a katanya, Rasulullah s.a.w bersabda:”Orang-orang yang bertanggungjawab mengurus anak yatim, baik dari keluarga sendiri atau tidak, maka aku dan dia seperti dua ini di syurga kelak.” Dan baginda memberi isyarat dengan merapatkan jari telunjuk dan jari tengah (ertinya berdekatan).”
(Bukhari)
Bersambung..............
Bersambung..............
No comments:
Post a Comment