Gemarak Bersama anak Perak 2010
Perjalanan bersama GEMARAK diteruskan lagi dengan sebuah program motivasi di sekolah yang terletak dalam negeri Perak. Untuk program ni, kami memilih sebuah sekolah kampung yang terletak di Teluk Intan, Perak. Yang agak penatnya ialah bile program motivasi ni hanye selang beberapa hari je, lepas aq pulang dari MOC di Shah Alam. Memang agak penat, tapi kalau kami tangguhkan lagi, memang dah nak masuk bulan puasa dah.
Oleh kerana aku dibesarkan di sekolah bagus yang terdiri drpd pelajar2 bijak pandai, memang paradigma aku sgt berlainan dgn adik2 di SMK Sg Manik tersebut. Lepas belajar masuk la plak KYUEM, lagi la budaknya pandai2 ya amat. Memang betui, budak2 "pandai" seolah2 x nampak lnsung realiti sebenar masyarakat di Malaysia yang sangat menyedihkan. Program di SMK sg Manik memg banyak memberikan pengalaman baru tentang realiti sebenar disebalik kisah golongan remaja hari ini.
Program selama setengah hari tu dipenuhi dengan pengisian utk adik2 supaya percaya yang mereka pasti boleh berjaya. Antara penceramah yang sepatutnya beri perkongsian ialah Hilfi, tapi entah mcm mane die ni boleh lambat sehari balik ke Malaysia. Byk lagi bende baru yg aq dapat sewaktu berLDK dgn adik2 di sini, tp x larat nak cerita. Dan kerana program ni gak, aku bertemu kembali dgn ustazah tadika aku yg rupe2nya mak sedare kpd Hafizah Warwick. Huhu. Apepun, program di SMK Sg Manik ni tetap akan aku ingat sampai bile2 InshaAllah.
GEGAR YOP!!
Aktiviti terakhir aku bersama GEMARAK ialah GEGAR YOP! atau nama panjangnya Gemarak’s Gathering with Youth in Perak. Program ini menggabungkan kursus mini Pre-departure dan juga majlis berbuka puasa. Dan yang paling penting, khas untuk anak Perak yg akan pergi ke luar negara sahaja. hehe. Aku memang tak byk tolong utk kelancaran majlis ni sebab ade byk komitmen lain. Oleh sbb itu, pengarah program hanya mintak tolong aku jd moderator utk Forum bersama kak Balqis dan kak Ayuni. Macam biasa, memg aku byk mengarut la hari tu.
Kebanyakan yang datang ke Majlis tu adalah junior aku. Kalo bukan junior sekolah lama, mesti junior dr kolej aq gak. Aq pun terkejut bile nengok ramai junior aku kt SEMESTI dulu. Ade 2 orang yg x dtg pun, junior aq gak. Rasa bangga pn ade, haha. Aktiviti tersebut berakhir dengan majlis berbuka puasa yg dibuat di hotel Hillcity. memang rezeki diorg dapat makan buffet. Aku awal2 dah lari dulu.
No comments:
Post a Comment