Bersempana cuti 1 Malaysia semalam, aisamuddin amin ajak aq dan kawan2 yang lain utk beraya kat rumah bekas guru2 kami di SEMESTI dulu. Oleh kerana aku dah nak balik UK dah, aku ambik peluang ni untuk jumpa kawan2 lama buat kali yg terakhir tahun ni. Awalnya, aku cuma menjangka sikit je yg akan hadir, sekali rupe2 nya ramai yang datang walaupun duduk di luar teluk Intan. Ade yang aku tak pernah jumpe sejak keluar daripada sekolah lagi.
Aku dimaklumkan untuk berkumpul pukul 9.30 pagi. Tapi yang peliknya, kul 10 pagi, baru 2 orang yg aku jumpe. Dan kami hanya mula bertolak ke rumah cikgu2 pkul 10.45 pagi. Ade kawan2 yang aku yang banyak sungguh halangan utk sampai ke situ. Kesian. Oleh kerana aq xde facebuk, jd aq bubuh sikit gambar yg kami ambik beramai2 kat setiap rumah yg kami ziarah.
Ziarah kami berakhir lebih kurang jam 6 petang. masing2 kembali ke destinasi masing2 yg hanya terletak dalam perak. Diorag pun akan pulang ke Universiti masing2 sabtu atau ahad ni. Esok ade kenduri kakak gibak kawin. Tapi aku masih konfius nak pegi ke tak. Bukan ape, banyak bende perlu disettlekan esok. Tapi kat kenduri tu jela nak jumpe kawan2 yang len. Apepun, tengoklah ape ketentuan Allah esok.
Di akhir post ni, mari kite renungkan sama2, adekah ziarah kite benar2 bersih? Bersih dari segala yang mampu mengheret kite ke neraka yang sangat dahsyat.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan, kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip mencari-cari kesalahan orang; dan janganlah setengah kamu mengumpat antara satu sama lain. Adakah seseorang dari kamu suka memakan daging saudaranya yang telah mati? maka sudah tentu kamu jijik kepadanya. (Oleh itu, patuhilah larangan-larangan yang tersebut) dan bertakwalah kamu kepada Allah; Sesungguhnya Allah penerima taubat, lagi Maha mengasihani” Al-Hujurat ayat 12
Sekian

No comments:
Post a Comment