Hari ni sememangnya hari yang penuh dengan ujian buat aku. Semalam, aku pergi ke carboot Beaumont untuk beli basikal lagi. Walaupun dah ade basikal, aku teringin nak beli basikal len saje utk letak kat rumah. Dalam fikiran aku, kalau ade kawan2 yg dtg leicester, boleh aku ajak berbasikal sama2 nanti. Jadi, aku pun beli satu lagi basikal yang berharga 25pound gak. Nak bndingkan dengan basikal yg sedia ade, memang jauh sangatla bezanya. Basikal ni hanya seperti basikal biasa yg len.
Pagi tadi, aku gunakan basikal ni utk ke kelas. Walaupun berat, masih selesa utk dikayuh sebab tempat duduknya yg lebar. Hari ni memg xde lansung aku usik basikal yg warna kelabu. Malah smbhyg di masjid pn aku bawak basikal ni. Lepas solat isyak di masjid e-abu bakar, aku terus menuju ke library Hospital. Selepas 1 jam wat kerja, aku keluar utk pergi rumah ferd nak tanye pasal assignment. Tengok2 basikal dah takde. kena curi macam tu je.
Sedih punye sedih, aku tetap mencari hikmah disebaliknya. Bayangkan baru gune sehari dah kene curi. Kesian basikal tu. Ish3x. Apepun, aku masih bersyukur sebab ade satu lg basikal yg bagus kat rumah tu. Alhamdulillah...
Sebenarnya, aku dah agak tak tentu arah sebelum basikal tu hilang. Waktu nak kunci basikal tu pun hati aku dah agak resah. Bukan nak cakap ni tande2 basikal tu nak kena curi, tapi sebenarnya sebelum tu aku runsing gak memikirkan satu hal lain. Pagi tadi, jumpa Azizan, n then azizan cakap "Bil elektrik rumah lama dah sampai, korang nak tau berapa?"
Anda semua nak tau berapa?
2624.61 pound!!! Kalau convert lebih kurang 11000.00 ringgit!! Tak tahu aq nak cakap ape. Rupe2nya ni adelah bil elektrik dari bulan pertama kami masuk rumah tu. Sebelum ni rupe2nye kami dah tersalah faham dengan ape yg syarikat elektrik tu bagitahu. Lepas pecah kepada 5 orang, kami masing2 perlu bayar lebih kurang 5oopound sorang. Jumlah yg sgt banyak sebenarnya. Boleh dapat Iphone4 satu ni. hehe..
Dugaan demi dugaan menyebabkan aku sedikit tertekan sebenarnya. Nak smbung kerja wat statistic pun seolah-olah dah hilang upaya. Semua ni bukanlah masalah yg besar, tapi tetap ambik masa utk aku lupakan bende2 ni. Sebab memang Allah dah ciptakan manusia sebegini.
Artinya “Sesungguhnya manusia diciptakan bersifat keluh kesah lagi kikir. Apabila ia ditimpa kesusahan ia berkeluh kesah Dan apabila ia mendapat kebaikan ia amat kikir,. Kecuali orang-orang yang mengerjakan shalat, Yang mereka itu tetap mengerjakan shalatnya Al-Maarij: 19-23
Ni yg rasa nak makan byk2 ni. Haha
Sekian..
p/s: Dugaan hari ni gak, tersalah tengok waktu subuh pg tadi. Nak puasa, sekali tersahur time subuh dah masuk. haha
No comments:
Post a Comment