Bismillah
Hari ni tak tahula kenapa aku teamat-amat rasa nak menulis. mungkin sebab tertekan dengan belajar kot. Apepun, memang setiap orang ade cara belajar yang tersendiri. Ade orang yang blajar sedikit tapi hebat keputusan peperiksaan die. Ade yang baca buku 2-3 jam berturut-turut pun tak pernah mengantuk. Bagi aku yang penuh dengan masalah pancaindera, aku kadang-kadang merasakan cara belajar aku tersangat berbeza dengan orang lain. Malah, aku dari dulu memang bukan pelajar yang terkenal dikalangan guru-guru.
Masalah pendengaran aku sejak dari sekolah dulu banyak menyebabkan aku kurang bersembang terutamanya dengan orang tua-tua. Malah dengan cikgu sendiri pun aku agak kurang bersembang apetah lagi untuk bertanyakan soalan. Aku seolah-olah takut cikgu-cikgu akan bengang sebab nak ulang ape yg diorang ajar. Jadi, aku banyak belajar dari kawan-kawan dengan cara "meniru". Teringat zaman sekolah, memang aku selalu tengok kerja rumah kawan-kawan yang dah siap awal kerja mereka. Aku akan pinjam dalam jangka masa yg agak lama semata-mata untuk fahamkan ape yang aku tiru tersebut.
Kalo tak faham, memg aku akan tanye diorg balik, tapi tetap tengok kawan gak. Biasanya kawan rapat yg memg tak cepat marah sebab kene ulang2 terang kat aku. Tapi cikgu, memang aku tak berani tanya, melainkan teman kawan aku yang nak tanya. Sepanjang mana-mana peperiksaan, aku tak pernah berpeluang untuk meniru. Keadaan mata aku yg kabur disebabkan selaput menyebabkan aku tak pernah dapat nampak jawapan orang-orang sekeliling. Nak tak nak memang terpaksa bergantung pada diri sendiri.
Bila sampai di kolej yayasan UEM, skill belajar aku masih tetap sama. Kali ni, keadaan semakin susah bila semuanya mula diajar dalam bahasa Inggeris. Jikalau bahasa melayu pun aku tak dapat dengar, apetah lagi jika cikgu mengajar dalam bahasa Inggeris. Hanya anggukan kecil yang mengiringi bila cikgu tanya faham ke tak. Kelas paling aku blur sudah tentulah kelas cikgu orang putih macam Mr. B.. Satu bende pun aku tak faham. Tak cukup dengan itu, kelas ekonomi yang diajar oleh mr Jamal juga mengalami nasib yang sama.
Segala yang mr jamal cakap memang aku tak faham, hanya dapat aku tangkap sikit2 melalui diagram yang die lukis. Bila sampai masa untuk buat kerja rumah, aku skali lagi tanya rakan2 sekelas takpun pinjam kerja rumah diorang. Tapi, memang teramat jarang untuk aku tanya soalan kat mr Jamal. Rakan-rakan yang sangat ramai menyebabkan ade segelintir mereka yang sangat cepat dalam menyiapkan kerja sekolah. Jadi, memang aku akan pinjam kerja diorang untuk di"tiru" oleh aku dalam tempoh masa yang agak lama.
Bila sampai di UK, kehidupan sebagai seorang pelajar menjadi semakin sukar bagi aku. Mana tidaknya, kali ini aku perlu pula bertutur dalam bahasa Inggeris. Masalah "pelat" yang tidak pernah-pernah sembuh menyebabkan terlampau banyak perkataan yang aku tak mampu untuk sebut. Antaranya sudah tentulah "rice" dan "chicken strip". Dah dua tiga kali bila aku mintak menu "strip special", mesti orang maryland tu akan bg set menu len. Pernah waktu awal2 dulu, aku cuba untuk buat-buat peramah dengan orang tempatan, yang tak syoknya bila sikit-sikit diorang akan cakap "pardon?"
Bila dalam lecture Hall, aku selalu duk depan sebab tak nampak apa yang cikgu tulis. Mana tidaknya, 80% penglihatan aku tersangat-sangat bergantung pada mata kiri aku. Tula sebab bagi yang perasan, mata kanan aku biasanya kelihatan sedikit tertutup berbanding mata kiri. Apepun, masalah-masalah ni tak sedikit pun mematahkan semangat aku untuk belajar. Teringat dari zaman sekolah hinggalah kolej, aku memang terpaksa berusaha lebih berbanding rakan-rakan lain.
Bila dah nak dekat SPM dan PMR, aku akan mula berhenti main bola semata-mata untuk luangkan masa yang lebih untuk peperiksaan. Kat kolej, sangat jarang aku duk berborak-borak dengan rakan lain sampai berjam-jam, malah game Dota sendiri aku tak tahu bagaimana bentuknya. Nak tak nak, memang aku perlu sedar yang aku sangat berbeza dengan orang lain. Usaha aku perlu lebih sampaikan aku terpaksa berjalan-jalan ke chalet len semata-mata mencari kawan-kawan yang sudi mengajar aku.
Sampai di sini, kawan-kawan yang sikit agak menyebabkan kesukaran untuk aku bertanya. Nak meniru pula, kebanyakan diorang suka buat kerja rumah lambat-lambat. Jadi, aku amat sukar nak pinjam kerja rumah mereka dalam tempoh yang panjang. Belajar pula semakin susah. Aduih...
Apepun, memang meniru cara belajar aku.
Bagi aku, Meniru adalah salah satu cara untuk belajar.
Yang menjadi kesalahannya, bila kita sekadar meniru dan terus meniru dalam peperiksaan.
Sekian.
No comments:
Post a Comment