Bismillah.
Tak sangka hujung minggu yang disangkakan lapang, rupe-rupenye lebih padat daripada hari biasa. Dah dua kali cadang nak call orang Malaysia, tapi x sangka kesibukan melanda dan perancangan Allah mengatasi segalanya. Kita simpan dulu cerita hari ini yang sangat panjang. Mari kite bercerita mengenai Salji. Tahun ni, UK atau lebih specifiknye leicester dikejutkan dengan kehadiran snow yg agak lebat pada bulan November!!
Pagi sabtu tu, aku tengok dr tingkap byk salji di atas bumbung rumah. Ingatkan sikit je sbb baru bulan 11, tetibe turun salji dgn lebatnya pagi tu. Keluar plak dari rumah, ya Allah memang penuh jalan2 tu dgn salji.
Bagi sesetengah orang, terutamanya yg belum pernah berkesempatan tengok salji, mungkin agak suke dgn snow ni. Yela, memang cantik bila snow ni turun kan? Lagi2 warna putih, warna yg sedap mata memandang dan kelihatan suci pada zahirnya. Dan ramai gak org suke snow ni mungkin kerana ini musim yg romantik. Lagi2 yg terpengaruh dgn winter sonata. Secara logiknye, memg patut kata romantik sbb time ni la lg perlu untuk berpegang tangan, berpeluk-pelukan dan sebagainya. Sebab apa? Sejuk kot!!
Memang sangat sejuk pun. Kalo takde sarung tangan dan snowcap memang cari nahas la. Telinga akan tersangat-sangat merah begitu juga dgn pipi. Smpai dah masuk dalam bilik pun, telinga still sejuk lg dan ambik masa utk pulih. Nak mandi plak, memang sejuk. Memg ade air panas, tapi lepas mandi tu rasa la kesejukannya sepanjang jalan ke bilik. Nak sentuh air sinki pun teragak-agak jadinya.
Aku bukanlah benci salji, tapi salji sedikit sebanyak memberi masalah kpd kehidupan harian manusia. Kalau jalan, memang akan lambat sbb takut terjatuh. Pagi2, org bandaraya kene bubuh garam kat jalan2, kene sodok salji dan mcm2 lagi. Kereta plak, memg susah nak start dan akan dipenuhi dgn salji kat tingkap kereta. Lebih teruk, kalau terbabas sebab jalan licin.
Semalam, aku banyak bergerak dgn menggunakan basikal. Menariknya, 3 kali aku jatuh teruk dalam masa satu hari tu. Kali pertama, basikal aku melayang dan bengkok kat handle die. Alhamdulillah ade salji dan aku pakai tebal, jd takdela cedera. Kejadian kedua ataupun yg paling teruk ialah waktu turun bukit. Mule2 jalan die kasar, tetibe smpai satu part, jalan raya tu penuh dgn ais yg telah dimampatkan. Nak brek memg kompem jatuh, lalu melayanglah aku dgn basikal2 tu sekali. Kali ni kepala aku terhantuk kat jalan raya dan jauh aku terpisah dgn basikal aku. Org yg tengok semua tergamam and tanya aku ok ke tak. Walaupun pening, aku angkat basikal aku dan beredar dr situ.
Kali ketiga, aku dah tukar drpd basikal tayar halus ke basikal kedua aku yg tayarnya lebih lebar. Namun tak sangka leh jatuh jugak. Tapi ni yg paling ringan, cuma risau gak sebab belakang ade kereta waktu tu. Alhamdulillah, jalan tu jalan kawasan perumahan jd kereta pandu perlahan je. Pendek kata, aku memg tak suka salji. Kalau jalan kaki pun, tetap tinggi kebarangkalian utk jatuh.
Petang tadi, lepas balik ke rumah dan nak pergi mandi, baru aku perasan byk betul merah2 kat badan aku. Kesan dari jatuh semalamnya. Tengkuk aku gak masih rasa effect jatuh semalam. Sekarang mgkin dah sesuai nak naik basikal, maka basikal aku akan berhibernasi InshaAllah. Tapi pengalaman tahun lepas menunjukkan, walaupun aku jalan kaki, tetap mudah untuk jatuh. Rumah plak pasti akan melambung bil elektrik sebab pasang heater.
Apepun, Selamat datang Snow!!
Sekian
Kesian abg Izuan jatuh sampai 3x. Sy dpt imagine betapa sakitnya jatuhan kali kedua tu. Anyway, next time abg Izuan kena berhati2 ya. Sy pun naik gak beskal ke uni, tapi alhamdulillah x penah jatuh lg setakat ni pada musim snow sbb sy dh banyak kali jatuh beskal masa kecik2 dulu, so dh banyak belajau dr pengalaman lampau.
ReplyDelete