Saturday, 6 November 2010

Gorse Hill City Farm, Leicester

Bismillah

Hari ni, kebanyakan orang malaysia di Leicester pergi ke Nottingham bersempena Nott's Game. Aku pulak, tetibe takde mood nak pergi Nottingham ni. Sedangkan dekat situ jela yang boleh jumpe balik kawan-kawan kat kolej dulu. Tapi, ketidakpergian aku disertai juga oleh 2 ahli rumah aku yang lain iaitu Izwan dan Naufal. Jadi, takdelah aku rasa keseorangan sangat. Oleh kerana takde bende nak buat, hari ni aku bercadang untuk pergi ke Gorse Hill City Farm.


Sebenarnya, dah lama dah nak pergi farm ni. Semester lepas pernah aku, Izwan dan syahir nak pergi sana. Dah sampai separuh jalan ke town, tetibe hujan plak waktu tu. Jadi, kami tangguhkan sampaila tak pergi2. Jadi, pagi ni aku berhajat sangat untuk pergi. Mula-mula nak pergi dengan Izwan, tapi nengok dia lambat jadi aku pun pergi seorang diri. Perjalanan pagi tadi hanya mengambil masa 20 minit dari rumah aku ke farm tersebut.

Kalo ikutkan, takdela jauh mana. Ingat waktu aku baru habis SPM, aku selalu berbasikal ke pekan teluk intan untuk belajar kereta. Dan perjalanan pergi sahaja ke pekan teluk intan mengambil masa 30 minit ditambah kepanasan yang cukup memenatkan. Kul 10.30 pagi, aku masuk ke Farm tu. Percuma je, cuma ade die mintak untuk donate bagi sape2 yang nak bagi. Ladang tu agak besar sebenarnya. Walaupun binatangnya kalo ditengok balik memangla tak banyak sangat.

Macam biasa, ade itik-itik yang suka sangat wat keje tak senonoh

Ayam-ayam yang bebas berkeliaran. Aku rasa ayam-ayam kat sini bukan yang suntik-suntik punye. Ni boleh panggil ayam kampung la.

Dan juga kambing. Nakal gile budak kembar dua orang ni, Dipegi bukaknye kandang smpai kambing terkeluar.

Nasib baik korang lembu belaan org kafir. Kalo tak, memang kene balun 16 haribulan ni. Hehe

Binatang-bintang diatas mungkin dalam kategori yang boleh kita makan kalo disembelih mengikut panduan Islam. Sekarang, mari plak kite tengok binatang yang sememangnya haram seharam-haramnya. First time gak aku tengok binatang ni dari dekat macam ni:

Walaupun diorang ni haram dimakan, tapi teramat la comel anak-anak babi ni. Haha

Budak: "Hai babi!"
Babi: "babi budak ni, suka hati je panggil aku babi!!"

Aku masih x faham kenapa orang suka menjadikan "babi" sebagai bahan carutan. Takde faedah lansung aku rasa. Okla, kebanyakan pengunjung farm ni terdiri daripada keluarga yang bawak anak-anak diorang jalan-jalan. Tak ketinggalan juga, atuk nenek yang meluangkan masa bersama cucu-cucu mereka kat farm ni. Antara tarikan lain kat farm ni adelah aktiviti-aktiviti die. Banyak je bende boleh wat macam cukur bulu biri-biri. Aku je malas, lagipun kene bayar. Jadi, aku ambik gambar je cukupla.

Jauh plak kambing-kambing ni

Ni dekat sikit

Selain tu gak, dalam ni ade macam hutan simpan yang agak besar. Oleh keran aku banyak masa, maka aku pun cuba lah masuk dalam hutan simpan tu. Rupenye salah musim pun aku masuk. Sekarang ni dah autumn. Banyak pokok yang dah mula layu je rupenye dengan daun yang dah semakin luruh. Pokok-pokok dalam hutan tu memang tak syokla rupenye.

Dalam hutan sorang-sorang. Terpaksa gantung camera kat pokok, tapi lawa gak gambar ni.

Selepas satu jam berada kat farm tu, aku mengorak langkah menuju semula ke pekan leicester. Hujung-hujung minggu ni jela masa nak isi perut dengan makan kat luar. Hari biasa makan kat rumah je. Apepun, terima kasih kepada jurukamera(diri sendiri) kerana bersusah payah menangkap gambar sepanjang weekend kali ni. Aku rasa skill tangkap gambar sorang diri aku makin bertambah baik. haha


Sekian dari syuib0809..

No comments:

Post a Comment