Sunday, 14 November 2010

Gathering Orang-Orang Leicester (GOOL)

Bismillah

Semalam, GOOL edisi pertama akhirnya berjaya dilaksanakan. Idea yang dibentangkan 2 bulan yang lalu, hanya berjaya dimulakan semalam kerana setiap minggu sebelum ni, LUMS terlalu sibuk dengan pelbagai aktiviti len. Sepatutnya bende ni dimulakan 8 Oktober yang lalu, tapi ternyata perancangan Allah lebih memonopoli segala-galanya. Menariknya, aktiviti yang menghimpunkan ramai orang ni hanya dibuat di rumah aku.


Semalam, sebenarnya hari yang sangat sibuk gak sebenarnya. Pagi tu, lepas siang cili, kupas bawang semua, aku menuju ke town. Aku bercadang nak buat rendang untuk GOOL malam tu. Sekali serai dengan bawang merah tak cukup, terus aku bergegas ke pasar. Dari pasar, aku mencari2 ayam kot2 ade kedai dekat dgn rumah aku yg bukak pagi tu. Tapi ternyata masih tutup, maka terpaksa pergi Naughborough Road.

Jam dah menunjukkan 10.30 pagi lepas aku beli ayam. Alhamdulillah aku dah siap blend cili dan potong bawang semua pagi tadi. Tinggal bawang merah n serai je, jadi lepas siang ayam terus aku mula masak. Tgh hari tu, aku terpaksa bergegas ke victoria park untuk naik kereta menuju ke Loughborough. Ade friendly match kat sana dgn Postgrad sekali. Jadi nak tak nak sebelum 11.30 pagi, aku dah kene siap masak. Dalam 11.45 pagi aku pn menuju ke Vicky park.

Sebelum ni bad kate InshaAllah balik sebelum pukul 4. Tapi rupe2nye 4.40 baru kami dapat bertolak dari loughborough. Sampai2 rumah dalam kul 5 lebih, tengok rumah masih takde ape2 perubahan. Budak rumah aku plak hilang ntah ke mana. Tanpa sempat tukar baju, aku aturkan semuanya seorang diri. Sapu, alih TV dan sofa, angkat kerusi ke atas dan bentang ape saja yang ade seorang diri. Oleh kerana ruang tamu aku tu takde karpet, aku terpaksa buh ape saja yang ade takut2 diorang ni semua sejuk dan tak selesa. Sampai duvet pun aku letak kat ruang tamu tu. haha..

Nampak betapa tak seragamnya kain yang aku bentang

Malam tu, ternyata semua pengorbanan x sia2. Ramai orang yang datang termasuk dari pihak muslimin sekali. Walaupun hanya dikhabarkan x sampai seminggu, begitu ramai yang sudi meluangkan masa. Malam tu, kami ade sedikit kuliah daripada ustaz Izzam dan sesi makan2. Sebenarnya yang seronoknya GOOL ni adelah kerana kami dpt berkumpul beramai2 dalam keadaan yg santai. Memang ini konsep yang cube kami perkenalkan pun.

Ustaz Izzam

Antara tetamu yang hadir. Abang botak

Sesi makan-memakan. Ade lontong, nasi impit, kek, popia dan macam-macam lagila.

Aku meamng agak seronok malam tu. Berkumpulnya kami semua memang bukan untuk tujuan yang sia-sia. Lepas abis GOOL, masih ade beberapa muslimin stay dan bersembang-sembang. Lama tak rasa suasana macam ni, kumpul ramai2. Malam tu gak, makanan2 semua sedap2. Geram nengok semua makanan tu, tapi masih tetap tak dapat rase semuanya. Lepas semua orang balik, kami pun kembali mengemas rumah. Maka, kembalilah ianya kepada kejadian asal:

Keadaan asal tanpa basikal. Basikla letak belakang jap. Lepas ni penuh la balik basikal kt pintu masuk tu.

InshaAllah, cadangnya 2 minggu lagi nak buat lagi GOOL ni. Memang sepatutnya dua minggu sekali pun. Nak jemput ustaz Najmi markfield plak. Tajuk? kahwin!!

Terima kasih kepada Naufal dan syahir yang tolong rebus ketupat dan kemas rumah abis-abisan lepas GOOL tu. Tak dilupakan kepada semua yang sudi hadir GOOL pertama ni

Sekian

No comments:

Post a Comment