Wednesday, 17 November 2010

Walkers Stadium: Leicester City

Bismillah.

Hari ni, pelajar second year di Leicester buat sedikit makan-makan sempena Aidiladha. Tapi aku tak berminat untuk bercerita mengenai bende ni. Tak tahu la kenapa. Tapi hari ni aku memang sibuk gak. Balik je dari kelas terus settlekan 3 bende. Masih ade beberapa perkara perlu disettlekan. GOOL minggu depan pulak masih tunggu keputusan dari LUMS. Kalo semua ajk setuju, memang InshaAllah akan buat minggu depan.

Rabu lepas, giliran aku memasak. Lepas settlekan beberapa urusan petang tu, terus aku mulakan langkah memasak walaupun ahli rumah dan mula lapar pukul 6 tu. Tengah masak2 tu, tetibe junior datang n buat-buat terkejut "Hah, tak siap lagi ke?". Aku punyela pelik apehal diorang ni tetibe je datang rumah aku. Rupe2nye diorang nak ajak aku g tengok bola kat Stadium Walkers. Stadium ni memang sgt dekat dgn rumah aku. 5 minit jalan kaki.

Dua makhluk yg dtg mengejut ke rumah aku

Dengan kelam kabutnya, aku siapkan gulai lemak nenas aku tu dan terus bersiap-siap untuk tengok bola. Ahad sebelum tu, memg diorg ade ckp dgn aku, tp aku ambik endah x endah je. Rabu tu, memang aku cdg nak siapkan kerja rumah yang melambak-lambak. Tapi pasal tiket dah beli, aku ikut jela. Lagipun, bila lagi aku nak masuk stadium kat Leicester ni lagi. Sampai dekat Stadium tu, ramai lagi orang Malaysia yang turut serta bersama dgn kami. Yela, tiket murah. Hehe..

Bersama pelajar Malaysia yang turut serta.

Sebenarnya, nilah pertama kali aku masuk stadium untuk tengok bola. Pertama kali tengok perlawanan bola professional depan mata sendiri. Dan pertama kali aku ini bukannya ketika berada di Malaysia, tetapi di United Kingdom. Memang aku tak pernah masuk stadium di Malaysia untuk tengok bola. Malam tu, tersangat-sangat la sejuk, tetapi terhibur gak hati melihat sorakan-sorakan penonton yang sangat bersemangat. Lagi satu, padang diorang sangat cantik. Dan perlawanan hari itu: Leicester City vs Sheffield United.

Bergambar dalam stadium. Duk atas sekali.

Orang lain mungkin seronok berada dalam tu. Tapi hati aku resah gelisah. Malam tu, aku memg bercadang utk luangkan masa bersama Investigation Maths yang akan dihantar dan dibentangkan keesokan harinya. jadi, aku datang ke stadium tu dgn nota2 di tangan. Tapi tetap tak boleh fokus, sbb kalau terlepas Gol, memang tiada siaran ulangan macam kat TV. Game malam tu gak agak menyeronokkan sbb first half dah ade 3 goals. Dan aku memang perasan, nbanyak lagu sorak mereka hmpir sama sahaja dgn kite. Sape tiru sape?

Candid dari mr Alieff. Tu bukan berlakon eh

Antara penyokong2 yang turut hadir

Selepas separuh masa pertama, aku bercadang untuk balik rumah terus. Turut menemani aku adelah Alief Junior yang takut pulang lewat2 malam. Yela, Hall die jauh pun. Dalam perjalanan ke luar, kami terpaksa berhati-hati takut terlanggar cawan berisi arak. Dahsyat aku tengok diorang ni minum arak. Macam air masak je diorg teguk. Cawan die besar teramat la besar. Pakcik-pakcik yang minum teh tarik kat Malaysia pun kalah. Dengan cawan yg penuh berisi arak, kalo terlanggar memang kompem kene baju.

Malam tu, memang cuaca sangat sejuk. Tebal mana pun baju aku, tetap terasa kesejukannya.
Sekian untuk hari ini.

No comments:

Post a Comment