Bismilllah
Seperti yang dijanjikan, mari kita dengar perihal apa yang berlaku semalam. Semalam, kami dapat jemputan dari masleics untuk aktiviti di rumah Ustaz Zaharuddin atau nama femes beliau UZAR. UZAR ni memang terkenal kalau kat Malaysia. Selalu keluar kat alkuliyyah, rtm dan macam2 lagi la. Jemputan yang katanya bermula jam 11 pagi hanya menyebabkan kami keluar rumah jam 11.15 pagi. Haha. Oleh kerana rasa cam dah lambat, kami pun bersegera ke sana dgn menaiki kereta izwan.
Sampai2, tengok macam lengang je rumah UZAR. Macam xde ape2 je. Lepas ketuk pintu, UZAR pun bukak menyambut kami. Memang besar rumah UZAR ni. Masuk-masuk, kami je yang dah sampai. Orang lain sorang pun xde. Rupenye, penceramah jemputan tu bertolak lewat sikit dan akan sampai lepas Zohor. Lepas kami sembhyang, datangla beberapa lagi orang postgrad ke rumah UZAR.
Tetamu jemputan yang diundang ni bukan calang-calang orang rupenye. Beliau ni bernama dr Asyraf Wajdi, antara orang yang bertanding merebut kerusi Parlimen Tumpat. Dan beliau ni mewakili UMNO melawan PAS untuk kerusi tu di kelantan. Tapi bila dilihat latar belakang beliau, ternyata beliau seorang yang sangat bijak dan tinggi pengetahuan agama terutamanya dalam bidang perbankan Islam. Ayah beliau plak ade kene mengena dgn Dr Mahathir. X silap aku penasihat Dr Mahathir.
Aku sebenarnya x kenal pun die ni siapa. Aku ingatkan program kat rumah UZAR ni lebih kepada ceramah agama dan ingatkan Dr Asyraf ni ustaz, tapi ternyata sangkaan aku merosot sekali. Kalau dah memang orang politik tu, memang kompem lebih byk cakap politik la. Cume x perlu risau kena tangkap or apa, sebab beliau ni orang kuat kelab UMNO. Hehe. Walaupun tak banyak yang aku dapat tentang pengetahuan khusus agama, tapi byk la gak bende baru yg aku dapat tentg situasi politik di Malaysia.
Lepas ceramah, kami ade sesi makan-makan. Kami ni datang tangan kosong je, jadi makan la lauk-pauk yg dibawa oleh postgrad len. hehe. Banyak dan sedap. Ade tomyam, ayam masak lemak, kek, sambal ikan bilis dan macam-macam lagi. Ramai gak postgrad yang datang hari tu bersama keluarga dan anak-anak. Seronok dapat jumpe ramai-ramai macam ni sebab memang jarang Undergrad leh jumpe dgn postgrad ni.
Oleh kerana bende ni start lewat, dan cermah orang politik selalunya lama, maka kami hanya dapat keluar jam 3.30 petang. Niat aku untuk telepon orang Malaysia kali ni gagal juga sebab kat Malaysia memang dah tengah malam sgt waktu tu. Lagipun, kami bercadang nak melawat anak ustaz Izzam yang baru lahir. Lepas solat maghrib di masjid Umar, kami pun menuju ke rumah Ustaz Izzam untuk melawat anak perempuan beliau.
Kesian pulak Ustaz Izzam jaga isteri dan anak beliau sorang2. Berada di perantauan nak upah mak urut mana lagi kan. Lawatan kami juga disertai jiran ustaz yang berasal dari Mesir. Aku yang penat diam je sampailah keluar anak ustaz yang bernama Huda ni. Alahai comelnya. Lebih kurang kul 5 lebih, abang Ferhad dan keluarga pulak datang. Kami pun beredar bagi memberi peluang kepada abang ferhad dan keluarga. Hari yang agak penat bagi aku, tetapi sangat menyeronokkan. Dapat jumpa ramai orang dan jalan2 kat leicester. Paling seronok dapat jumpa anak ustaz.
Sekian dari syuib0809 untuk kisah hujung minggu
Seronot & beruntungnya abg Izuan dpt pegi ke umah UZAR utk dengar ceramah Dr. Asyraf. Kalau abg Izuan xkeberatan, boleh x kongsikan apa pengisian yg tlh disampaikan oleh Dr. Asyraf pls. Saja je nak tau. Sharing is caring. Jzkk.
ReplyDeleteSiapakah Lorenz? Kalau x bagitahu susah la nak kongsi. Banyak bende rahsia kot. Haha
ReplyDeleteApa yg rahsianya abg Izuan? Kalau mcm tu, citer benda yg xrahsialah.
ReplyDelete