Bismillah
Oleh kerana fungsi blog ni nak bg aku tengok balik bile aku dah tua, maka aku tulis sedikit "diari" untuk hari ini. Gaya macam yakin la sangat aku ni akan tua, entah-entah maut dah menjemput pada usia yang muda ni. Hebat mana pun manusia, tak pernah kita dapat teka bila kita akan mati. Hari ni, aku lepak di Library Universiti untuk siapkan Matlab. Tiba-tiba dapat misscall dari org kedai basikal, jadi aku pun pergilah sana.
2 minggu lepas, basikal aku yang ringan tu buat hal. Tapi oleh kerana aku ade lg satu basikal, malas plak aq nak anto bende tu ke kedai. Sampailah semalam, baru aq g hanto. Pak cik tu sangat baik orangnya. Setakat ni memang dah dua kali aq anto basikal kt kedai die. waktu aku ambik basikal tu, aku mintak die pamkan skali tayar basikal aku. Die kate 10p untuk setiap tayar and duit tu dimasukkan dalam tabung charity.
Pulang semula ke library, aku meneruskan study aku utk ODE sampaila tiba utk solat jumaat. Di De Montfort, sorang org afrika masuk Islam dan kami semua laungkan takbir bersama-sama. Tak tahula kenapa sayu sangat aku rasa bile tengok org masuk Islam ni. Aku tertanya2, kalaula aq tak lahir dlm keluarga Islam, adakah aku akan sebegitu yakin seperti mereka ini untuk "kembali" kepada Islam. Petg tu, lepas sambung study, aku pergi ke surau hospital untuk solat asar. Tetiba nampak abang ensem ni:
Seusai solat maghrib di masjid, aku turun sebentar ke pusat bandar Leicester. Walaupun dah solat maghrib, jam ketika tu masih menunjukkan pukul 4.30 petang. Aku memang jarang ke pekan leicester pada waktu malam. Bukan sebab aku ni x suke pekan, tapi pergi ke sana malam-malam teramat la sejuk. Sangat2 sejuk sebenarnya lagi-lagi dah nak masuk winter ni. Salji pun dah mula tutun di bahagian atas UK. Di pekan leicester, tak sangka byk plak aktiviti dan sangat colourful.
Lepas pusing-pusing, aku pun balik masak dan makan. Rumah takde orang. Masih tak tahu nak wat ape sangat malam ni. Nak study, tapi terasa sangat bosan study sorang-sorang. Waktu ni, sangat teringin nak kembali ke zaman sekolah. Waktu prep yg sangat-sangat dirindui. Sambil study smbil sembang. Kadang-kadang nyanyi ramai2 sambil ketuk meja dan tak kurang gak mengumpat kawan2 sambil berjenaka.
Sayangnya, masa yang lalu terlampau jauh meninggalkan kite. Buatlah apa-apa sekalipun, kita x mungkin dapat kembali ke masa yg lalu.
Sekian daripada syuib0809.
No comments:
Post a Comment