Thursday, 11 November 2010

11 November 2010.

Bismillah

Hari ni sebenarnya hari yang sibuk, tapi pasal aku tak berapa reti nak membuat matlab ni, aku rasa syok gak update blog ni. Baru selesai buat bahagian soalan yang tak menggunakan komputer, terus aku ambik kamera untuk kisah hidup hari ni. Hari ni, 11 November 2010. Tarikh yang sangat aku suka. Hehe..

Tahun ni, merupakan kali kedua aku menyambut hari jadi di Leicester, United Kingdom. Kalau tahun lepas, macam-macam terjadi daripada "kejutan" yang digagalkan oleh aku sendiri sehinggalaah kad ucapan yang masih tersimpan dalam almari aku. Tapi tahun ni, aku hanya sambut seorang diri di dalam bilik. Macam biasa, kalau orang lain mungkin suka buat bende pelik-pelik time hari jadi, aku pulak suka melakukan aktiviti kegemaran aku. Makan!!

Minggu ni aku takde lansung beli makanan dari luar, semata-mata nak kumpul duit untuk hari ni. Peruntukan untuk makanan sempene hari jadi aku, 10 pound!! haha. Sebaik sahaja habis kelas dan solat asar, aku terus melalui Highfield street untuk menjenguk kedai yang bernama Yoko's House. Cadangnya nak makan la special sikit, tapi bila nengok harga lamb chop die 8 pound, jadi aku pikir dua kali gak. Oleh kerana kedai die tutup lagi, jadi aku batalkan sahaja hasrat aku petang tu.

Berfikir semula, aku akhirnya mengambil keputusan untuk turun ke East Park Road. Hanya di East Park Road sahaja aku pernah jumpa kedai kek yang besar milik orang Islam. Di Highfield ade satu, tapi kedai die hanya kecik malah kek dikedai tu juga dijual potongan2 kecik sahaja. Jadi, sempena hari jadi aku ni, belila satu kek. Bukan nak makan sangat, tapi macam tak sempurna plak takde kek. hehe. Maka inilah kek hari jadi aku setelah genap umur 21 tahun dan nak masuk ke umur 22.

Kek die takdela lawa berhias macam kat Malaysia. Tapi sedap gak. Dalam die die buh macam jem rasberry.

Lepas tu, aku singgah sebentar di TonTon chicken untuk beli ayam panggang kegemaran aku. Balik semula ke rumah untuk berbuka puasa dan selesai sahaja solat maghrib, aku menuju ke Naughborough Road. Hari ni gak aku memang teringin nak makan doner kebab. Tanpa berfikir panjang, aku terus ambik mixed Doner yang menggabungkan lamb doner dan chicken doner di atas roti naan. Waah!! Masih ade baki 2 pound, aku ambik keputusan untuk pergi kedai BBQ base untuk beli chicken wing die. Maka hasilnya:

Ayam panggang, kek, mixed Doner in Naan dan Chicken wings.

Sebenarnya, aku tak bercadang pun untuk makan semua makanan tu malam ni gak. Kek pun sepotong je aku makan. Yang len, memang aku simpan dalam peti sejuk. Jadi kepada ahli2 rumah ku, sape teringin nak makan kek, ambik je eh dalam peti sejuk. Oleh kerana kenyang gak malam ni, aku tak jamah pun masakan syahir hari ni. Umur sudah meningkat, tak pasti la adekah aku benar-benar manfaatkan 21 tahun ini sebaik-baiknya. Apekah Allah akan panjangkan umur aku sehinggalah 2o tahun akan datang?


Bukan umur panjang atau pendek menentukan kemana kite diakhirat nanti, tetapi sejauh mana tempoh umur itu digunakan sama ada untuk kebaikan ataupun keburukan.
Sekian dari syuib0809.

No comments:

Post a Comment