Thursday, 17 February 2011

Masak dan Rempah

Bismillah.

Peperiksaan barangkali sesuatu yang amat menakutkan, amat menekan dan juga amat meletihkan. Menariknya, peperiksaan juga mampu menyebabkan kita nak buat macam2 bende. Teringat waktu aku exam bulan satu hari tu, macam-macam benda aku mengidam. Boleh dikatakan ada satu minggu tu, hari-hari aku pergi Pasar Leicester. Antara bende yang "pelik" yg aku beli ialah sotong dan telur itik. Tetibe je nak makan sambal telur itik, n then paksa Izwan masakkan. Beli sotong yang teramat mahal and then masak sotong masak lemak. Masak Chicken Chop dan bla3... Sekarang, dah hmpir 3 minggu exam aku tu tamat.

Tapi sekarang, musim Izwan plak periksa. Ntah ape ke hal nya, Izwan ni plak mule mengalami sindrom yang sama. Malam tadi tetibe die cakap "Ko tau tak, ade orang dah jumpe resepi KFC tu. Kena guna lebih kurang 11 rempah".. Tup2 pagi tadi, punye semangat brother ni pergi Morrison beli rempah-ratus semua. Maka, memang penuhla rumah Burnmoor sekarang ni dengan rempah-rempah. Tanpa banyak buang masa, mari kite tengok rempah-rempah yang digunakan. Rumah aku kat malaysia tak banyak rempah2 mcm ni.

Rempah-rempah yg baru dibeli. Penuh lagi

Marjoram tu ape?

Paprika powder dan bedak lada hitam. Haha

Boleh dikatakan kat UK ni takdelah susah sangat nak cari rempah-ratus semua ni. Cume masalahnya bila kite tak tau nama die apa. Jadi agak malaslah nak cari. Kalau macam kat Leicester ni, kelebihan penduduk india yang sangat banyak di sini menyebabkan amat mudah untuk jumpe rempah ratus. Mari kite belajar bahasa Inggeris sikit.

Star anise-Jintan Manis
cardamom pods-Buah pelaga
Cinnamon Sticks-Kulit kayu manis
Kaffir lime leaves-Daun limau purut(xde dalam gambar)

Koleksi rempah ratus rumah

Oklah, kembali kepada buat ayam KFC tadi. Izwan ni masuk 11 rempah dalam tepung dan gaul-gaulkan. Resepi ni die dapat dari Internet dan punye semangatlah nak buat, sampai tak ingat exam. Haha. Padahal kami baru lepas makan malam. Tapi pasal aku teringin nak rasa ayam KFC die ni, maka buatlah kami sama-sama. Setelah beberapa minit, maka siaplah ayam goreng tersebut. Walaupun takdelah KFC sangat, tapi rasa die agak sedap. Mungkin sukatan2 rempah ni masih tak berapa betul. InshaAllah baiki lagi nanti.

Itu die chef wan

Habis bertepung dapur

Hasil pertama.

Duk luar negara ni, nak tak nak memang kena rajin masak2 ni. Hanya dengan rajin je baru boleh reti masuk. Perlu berani mencuba. Tapi bahaya gak lelaki suke masak ni, nanti tak pasal2 kuat komplen masakan Isteri. Aduih.. Tapi biasanya lelaki ni malas, jadi isteri je yg akan masak. Dan bile isteri je yang masak, bertambah lah meleternya kan?

Semasa Umar memegang jawatan pemerintah Islam menggantikan Abu Bakar, seorang lelaki datang ke rumahnya. Lelaki itu berhasrat untuk mengadu berkaitan dengan hal isterinya.

Apabila hampir tiba di rumah Umar, dia tercegat di hadapan pintu rumah pemimpin Islam itu. Dari luar rumah, dapat didengari suara leteran isteri orang ternama itu. Pada masa itu, isteri Umar ialah Ummu Kalsum bin Ali, anak kepada Ali bin Abi Talib. Yang anehnya, suara Umar langsung tidak kedengaran.

"Sekiranya beginilah keadaannya semasa berhadapan dengan leteran isteri sedangkan di luar beliau dikenali sebagai seorang yang berani dan tegas, bagaimana pula saya? " Lelaki itu berfikir sendirian.

Kemudian, dia melangkahkan kaki meninggalkan rumah Umar. Ketika itu, Umar membuka pintu. Lantas beliau menyapa dan bertanya tujuan kedatangan lelaki tersebut.

"Tujuan saya datang ialah untuk mengadu perangai buruk isteri saya yang suka berleter. Tetapi apabila terdengar isteri tuan sedang berleter sedangkan tuan tidak berkata apa-apa, lalu bagaimana pula keadaan saya? " Lelaki itu meluahkan perasaannya.

"Aku bersabar mendengar leterannya kerana beliau ada hak ke atas daku," Umar menjelaskan keadaan.

"Isteriku memasak, mengadun roti, membasuh pakaian dan menyusukan anak, sedangkan kebanyakan yang dilakukannya itu tidak diwajibkan ke atasnya. "

Lelaki itu mengangguk-anggukkan kepalanya perlahan mendengar penjelasan Umar.

"Isteriku juga menenangkan hatiku daripada melakukan perbuatan haram. Itulah sebabnya aku bersabar dengan leterannya."

"Benar segala apa yang tuan katakan. Isteri saya juga melakukan semua itu," akur lelaki itu.

"Bersabarlah. Leteran mereka hanya sekejap sahaja." Umar menenangkan.

Lelaki itu pulang dengan wajah yang lebih tenang berbanding semasa dia tiba ke rumah pemerintah Islam itu.


Sekian dari SYUIB 0809

No comments:

Post a Comment