Bismillah
Hari ni, aku tiada kelas lansung sepanjang satu hari. Memang dah tak tahu nak wat apa dah. Akhirnya malam tadi aku teringat satu masjid di Leicester. Sebelum cuti musim panas hari tu, aku ade terserempak dengan masjid ni, tapi masih dalam proses pembinaan lagi. Yang menyebabkan aq teringin nak pegi masjid ni sudah tentulah sebab ianya kelihatan gah. Pulang sahaja kembali ke UK, aku ke masjid tu sekali lagi. Tapi sekali lagi hampa, kerana masjid tu masih belum juga lagi siap. Melihat rangka luarnye, memang menarik sungguh kelihatan masjid ni.
Hari ni, aku kembali semula ke East Park Road. Selepas meng"cancel"kan meeting dgn parents aq, Aku terus bergegas ke sana. Sekitar jam 12.10tgh hari, aku akhirnya sampai juga di kawasan masjid tu. Tengok dari luar, seolah-olah sudah siap pembinaannya. Tapi bila aku cuba bukak pintu die, ternyata terkunci segala pintu. Dalam hati aku merasakan mungkin awal lagi kut. Akhirnya, aku mengambil keputusan untuk makan2 di kawasan East Park road yang sememangnya kaya dengan makanan halal. Toleh kiri, toleh kanan, aku cuba memilih sama ada mahu makan di TonTon ataupun Yoko.
TonTon chicken yang memang kerapkali aku makan kalo berada di kawasan ni sudahpun naik harga makanannya. Mana tidaknya, tax di UK sudah dinaikkan oleh kerajaan UK untuk tahun 2011. Harga separuh ayam panggang, kentang dan air sudah naik 25pence. Akhirnya, aku memilih untuk makan di Yoko yang lansung aku x pernah rasa. Murah berbanding TonTon, sedap ayamnya, namun sos die memang kalah kat tonton. Jam masih awal lagi sekitar 12.40. Orang di sini selalu solat zuhur jam 1 tgh hari walaupun zuhur masuk kul 12.20 tgh hari. Ntah mcm mana nafsu aku leh naik, aku akhirnya menghabiskan 3pound untuk mkan BBQ Lamb Rib. Haiyo.
Lepas dapat je menu tu, aku terus bergegas ke masjid tu kembali. Kelihatan ramai orang menuju ke masjid tu menandakan masjid tu sudah pun mula digunakan. MasyaAllah, memang cantik masjid ni. Bahagian luar die memanglah dah cantik, bila masuk dalam pun lawa gak. Tapi sayangnya, susah betul nak tangkap gambar. Oleh kerana takut tertangkap, aku cube tangkap gambar sorok2. Tapi sangat sikit yang berjaya di tangkap. Jemaah Zuhur di masjid tu memang ramai. Orang pakistan ni memang suka sembahyang jemaah ni
Aku sampai sekarang pelik dan musykil. Mana la diorang dapat duit banyak2 buat masjid besar gedabak macam ni. Nak cakap peruntukan dari kerajaan Britain, macam tak mungkin je. Nak cakap dari arab saudi, takkan banyak benar masjid yang di sponsor oleh kerajaan sana. Dah la besar masjid ni. Aku akhirnya membuat kesimpulan bahawa masjid ni adalah infaq orang2 Islam di Leicester ni. Walaupun ada dekat 5 buah masjid berhampiran yang besar2, jemaah di setiap masjid tetap ramai. Baguskan? Cuma satu je masalah masjid org pakistan ni, diorang mesti takde kemudahan ataupun ruang solat utk muslimat. Kesian plak aku nengok.
Oh ye, nama masjid ni Jame Masjid. Aku pun tak tahu apa maksudnya. Cuma aku ada ternampak signboard yang bertulis "Jame Walk". Mungkin dari nama ni kot. Apepun, aku lebih sukakan masjid umar. Tak tahulah kenapa. Hmmm, ketika musim exam yang turut disertai dengan winter ari tu, aku sudah jarang pergi ke masjid. Cukup malas nak kayuh basikal ke masjid walaupun hanya mengambil masa sekitar 10 minit je. Ditambah nak pakai sarung tangan, topeng mask rider sebab nak berlawan dengan angin sejuk, aku teramat-amat menjadi malas untuk ke masjid.
Bila teringat kembali 7 golongan yang akan mendapat naungan arasyh Allah S.W.T, aku terpaksa memikirkan balik segala-galanya.
Daripada Abu Hurairah r.a, Nabi s.a.w bersabda yang bermaksud:
“Tujuh golongan manusia yang dilindungi Allah di bawah bayangan-Nya (di akhirat nanti), pada hari itu tidak ada sebarang teduhan selain bayangan arasy-Nya. Mereka itu ialah (1) pemimpin yang adil; (2) pemuda yang terdidik (dibesarkan) dalam ibadat kebaktian kepada Allah; (3) Orang yang hatinya sentiasa berpaut rapat dengan masjid; (4) dua orang yang berkasih sayang kerana (agama) Allah, bertemu dan berpisah untuk keredaan-Nya; (5) lelaki yang dipujuk wanita cantik lagi hartawan (bagi memenuhi nafsunya) tetapi dia menolak dan berkata aku takutkan Allah; (6) orang yang berderma secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak sedar apa yang didermakan oleh tangan kanannya; (7) dan mereka yang sentiasa menyebut (mengingati) Allah dimasa keseorangan (kesunyian), maka berlinanganlah air matanya.” ”(Riwayat Syaikhan)
Perlu dapatkan semula momentum.
Sekian dari syuib0809.
No comments:
Post a Comment