Bismillah
Alhamdulillah, 27 January 2011, peperiksaan semester aku di University of Leicester akhirnya melabuhkan tirainya. Peperiksaan yang bermula 20 january, seterusnya 22 january itu sudah pastinya sangat berbeza dengan tahun pertama aku di UK ni. Subjek yang lebih sukar, lebih x logik dan yang seangkatan dengannya aku usahakan juga sebaik muungkin. Bagi aku, berjaya atau gagal itu perlu kite letakkan ditempat yang kedua Persoalan yang pertama adakah kita sudah berusaha, atau sekadar merungut susah, susah dan susah. Sejak dari sekolah, aku suka tanamkan dalam diri aku bahawa Istilah gagal tidak pernah sekali-kali wujud bagi orang yang berusaha. Menjadikan aku lebih tenang sekiranya berhadapan dengan subjek2 yang susah.
Bagi aku, orang yang tidak mampu lulus walaupun sudah berusaha keras, bukanlah definisi gagal yang sebenar. Mereka yang berusaha keras ini, bagi aku diuji oleh Allah dan ketetapan Allah mendahului segala perancangan manusia. Barangkali, ada sesuatu yang lebih baik Allah rancangkan untuk orang sebegini. Hanya dengan pemahaman sebegini, baru kite tidak akan runsing dan menyalahkan sapa2 teutamanya menyalahkan Allah. Tapi, definisi org Gagal hanya melekat untuk orang yg bersenang-senang dan tidak lansung mahu berusaha, ataupun terlampau sedikit usahanya.
Walaupun sedikit tertekan terutamanya ketika persediaan menghadapi paper Differential Equation And Dynamics(DEAD), aku akhirnya meyakinkan diri bahawa aku sudah berusaha, yang seterusnya Allah sahaja yang mampu menentukannya. Teringat juga disaat-saat terakhir tu, aku hiburkan hati dengan melihat kembali gambar-gambar ni. Penaik semangat bahawa setiap soalan pasti ade jawapannya. Hehe
Menarik kan?
Hari ni, bermulalah semester yang ke-empat. Walaupun hanya ade 3 modul, tapi aku pasti ianya pasti lebih sukar berbanding modul-modul yang sebelum ini. Antara modul yang aku ambik ialah:
MA2081 Vector Calculus and Applications
MA2154 Fundamental Mathematics II
MA2261 Linear Statistical Models
Mudah-mudahan Allah permudahkan segalanya.
Istilah GAGAL bukan untuk orang yang berusaha, tetapi hanya untuk mereka yang mahu bersenang-lenang dan malas berusaha. Selamat Maju Izuan!!
SEKIAN...
Salam,
ReplyDeleteSemoga abg Izuan terus diberikan kekuatan untk menempuh semester ke-4. Kalau melihat dari 3 subjek di atas, ia tidak kelihatan mudah especially MA2081.
Hopefully abg Izuan akan lulus dgn jayanya, ameen. InsyaAllah kejayaan akan bersama org yg berjuang.
Lorenz
waa, lama tak dengar cerite ye lorenz
ReplyDeletestatistic tu paling celaka. vector tu boleh blah lagi.
ReplyDeleteade pun hang sopek. pehal hang punye blog xleh komen ha? lagi satu, jgn sekali2 delete blog hg. Aq kalo g blog rafid, mesti tengok hg update ke x.
ReplyDelete