23 Disember 2010
Pagi tu, kami bercadang untuk bertolak awal. Kononnya nak bertolak jam 5.00 pg, tapi akhirnya kul 6 pagi baru bertolak. Oklah tu kan. Pagi tu, aku sekali lagi memandu kereta citroen picasso menuju ke granada. Dalam perjalanan, kami berhenti sekejap kat stesyen minyak utk solat subuh. Allah sajelah yang tahu betapa sejuknya apabila dahi menyentuh lantai yang masih basah kerana hujan pagi tu. Selesai solat, kami meneruskan perjalanan menuju ke kota Alhambra yang terletak di atas bukit. Jam 9.30 macam tu, kami sudahpun sampai di Alhambra. Bayaran untuk masuk ke kota alhambra tu ialah 12euro. Dalam hati " pandai diorg ni kaut keuntungan daripada tinggalan orang Islam ye."
Kota Alhambra, merupakan bukti kukuh bahawa kerajaan Islam pernah bertapak di bumi Sepanyol ini. Alhambra, merupakan kota terakhir yang bertahan sebelum diserahkan kepada orang kristian. Dan ianya tidak diserahkan kerana kalah dalam peperangan, tetapi dalam bentuk perjanjian setelah menerima begitu banyak tekanan dari org kristian. Kota Alhambra juga sebenarnya dibina di akhir2 pemerintahan khalifah di Andalusia. Walaupun banyak kesan Islam yang telah dikikis oleh orang2 kristian selepas itu, ternyata Alhambra tidak banyak dirobek maruahnya. Manakan tidak, tinggalan di Alhambra seolah2 satu keajaiban, keunikan yang sangat mengagumkan untuk dibuang dari pandangan mata manusia. Tempat pertama... NASRID PALACE.
Wa laa Ghalib Illallah penuh menghiasi dinding2 istana ini. Banyak lagi puisi islamik yg diukir dalam kota Alhambra ini.
Nampak ukiran ni. Ni baru satu tiang ni. Ukiran yang sangat halus dan sangat kematematikan. Design2 ni semua guna matematik ni. Ingat main ukir je ke nak dapat sama mcm ni.
Selalu tengok dalam gambar je. Sekarang aku sendiri bergambar di sini.
Di sebalik kemegahan kota Alhambra ini, tersimpan begitu banyak kedukaan dan kesedihan umat Islam di Andalusia suatu ketika dahulu. Setelah termerainya perjanjian antara alhambra dengan kerajaan kristian, alhambra terpaksa tunduk kepada pemerintahan Raja Ferdinand. Bayangkan, sewaktu ingin menawan Seville dari tangan orang Islam, Sultan Muhammad Al-Hamar dikehendaki menghantar pasukan tentera utk berlawan dengan orang Islam di Seville sendiri. Tiada siapa dapat memahami betapa sedihnya perasaan Sultan Muhammad Al-Hamar ketika itu. Apepun, segalanya ternyata sudah terlambat...
Di Alhambra ini, air pancut sudah tentunya satu keajaiban. Dulu mana la ade elektrik. Bayangkan sekitar tahun 1200 mcm tu, ilmuwan Islam sudah mampu membina air pancut tanpa menggunakan tenaga elektrik. Tapi, antara bende paling ajaib sudah tentulah patung air pancut 12 singa atau nama sepanyolnye LEONES. Apabila masuk saja waktu solat, air pancut akan keluar daripada mulut2 dua belas singa ni. Sekitar tahun 2004 kalo x silap aq, patung2 ni dicabut bagi tujuan kajian. Yela, apela punye teknologi boleh keluar sendiri tanpa gune timer mahupun tenaga elektrik. Yang tak syoknye lepas tu, diorang ni tak reti nak pasang balik macamne. Aduih..

Nampak patung singa dalam tu. Xleh tangkap gambar. Menarik juga, semua 12 patung singa ni mempunyai ciri2 yang berlainan. X taula ape motifnye
Senibina Alhambra sememangnya sangat menakjubkan. Tak larat nak cerite. Antara lainnye, kolam2 di sini dibina untuk memantulkan bayangan bangunan2 lalu membentuk pandangan 3 dimensi. Menakjubkan? Kami sendiri berasa pelik, sebab terasa sangat tenang apabila berada dalam Alhambra tu. Keindahannya, keasyikannya dan segala-galanya menyebabkan chester berkata: "Kalo die letak harga 20euro pun aku sanggup bayar". Kami seterusnya melawat sekitar kawasan kubu yang boleh dinamakan Alcazabar.Sampai atas kami naik
Melihat kepada kubu di Alhambra ini, memang tak mungkin ianya dapat ditawan oleh pihak musuh. Datanglah dari arah mana pun, pasti dapat dikesan. Sayangnya, ia terpaksa diserahkan juga kepada pihak kristian. Keagungan pemerintahan selama 800 tahun diakhiri dengan pembunuhan beramai-ramai orang Islam di Andalusia. Sewaktu ingin keluar dari Andalusia, kapal mereka dibakar, rumah orang2 Islam dibakar dan pelbagai lagi peristiwa menyayat hati berlaku. Sedih sungguh melihat kamu wahai Alhambra.
Kami seterusnya berjalan-jalan di sekitar kawasan penduduk(general life)
Sebenarnya, ade dua sesi untuk masuk kota alhambra ni. Satu sesi kul 8.30pg sampai kul 2 petang dan lagi satu sesi dari kul 2.00 sampai kul 6 petang. Oleh kerana kami ambik sesi pagi, jadi kul 2 petang, kami semua keluar daripada kota Alhambra tu. Walaupun 4 jam berada dalam kota Alhambra tu, masih ade beberapa tempat yang kami tak dapat jenguk sangat. Apepun, memang sangat cantik. Bagi sesiapa yang ade duk UK dan de duit, silalah pergi melawat Alhambra ni. Seusai bergambar dan beli beberapa cenderamata, kami turun dari Alhambra untuk menuju ke pekan Granada.
Bersambung...........

No comments:
Post a Comment