Thursday, 27 January 2011

Muhasabah sepanyol: Tempat berteduh

Bismillah.

Untuk kali ni, aku akan ceritakan mengenai Penginapan kami sepanjang berada di Sepanyol. Bagi manusia-manusia yang bermusafir, ada sahaja yang beranggapan penginapan kurang penting. Kalau lelaki, tidur dalam kereta sudah cukup. Tapi elok ade penginapan ni. Sebagai tempat melepaskan lelah dan mengumpul tenaga kembali. Kadang2, tidur dalam kereta yang sempit dan kurang selesa, hanya menebabkan kita penat untuk berjalan keesokan harinya. Apepun, janganlah bermewah-mewah dan mengade2.

Ok, mari lihat penginapan kami yang pertama iaitu di barcelona. Nama hostel ni ialah Albergue Studio. Kami sampai lewat malam tu. Hostel ni pun terletak dicelah2 bangunan. Bukan hotel ye, hostel!. Tapi hostel2 pun, memang selesa. Bukanlah macam rumah-rumah tumpangan. harga 9.90 euro sorang utk satu malam. Lepas convert ke ringgit pun boleh dianggap murah. Kenapa? sebab dapat breakfast lagi tu. Breakfast die air dah dua jenis. Dan org tu pun baik. Alhamdulillah, orang-orang hostel kat sini memg boleh berbahasa Inggeris. Jadi, tiade masalah. Hostel ni memg aku sgt suka. Sapa-sapa yang pergi Barcelona, silalah duk di hostel ni.

Malam kami smpai tu, mcm kene tegur gak la dgn org tu sebab x inform nak tmbah utk 2 org lagi. Akhirnya dapat gak chester dgn fadzil duk di bilik lain siap dgn pempuan mat salleh lg. Haha. Sebagai kenang-kenangan, aku, arip dan aiman dapat bilik yg toiletnye x leh kunci. Aduih

Waktu pagi. Macam biasala semak sikit. Simple dan cantik hostel ni

Password internet. Mentang2 semua ada iphone. Berlagak ye korang

Malam kedua di seponyal adelah di Madrid. Macam biasalah kat kota besar2 ni, bukan senang nak dapat penginapan murah2. Semua penempatan di Spain, aku cari di hostelworld.com je senang. Ok, berbalik kepada cerite. Kami cek in lebih kurang pukul 1.30pagi. Skali lagi, kami kene tmbah untuk 2 org. Harga asal 15euro sorang. Sekali dah takde bilik yg tinggal, die bagi kami yg harganya dekat 45euro utk 2org tu. Menjadikan hotel ni hotel termahal dlm percutian kami. Dahla taak bagi breakfast. Lepas tu, kami semua hanya tidur sekitar jam 3.30 pagi sebab g cari makan dan solat semua. Lepas tu, awal2 pagi dah kene keluar sebab nak jalan2 kat Madrid iaitu sekitar jam 9 pagi.

Diorang ade jumpe sorg budak kyuem kat situ. Hostel sebelumnya pun kami ade jumpe org melayu. Apepun, walaupun mahal, memang hostel bernama Students Hostel Luis Velez ni nampak gah pun.

Lobi die. Dah nampak mewah?

Dalam bilik, siap ade TV lagi

Nampak besarnya bilik die? tapi kejap je tinggal kat sini

Malam berikutnye ke alhambra palsu, kami hanya tidur di dalam kereta. Cuma masalahnya tidur kat dalam kereta ni ialah kita tak boleh nak charge semua bende. Habis bateri kamera, hanset semua kena jimat2 gune. Sampaikan chester punye kamera pun terpaksa gune bateri AAA. Lagi satu, internet pun menjadi sebab utama kenapa kami mencari penginapan. Macam2 kene search balik bila sampai di sesuatu tempat. Jadi, penginapan boleh dikatakan agak penting utk tujuan2 sebegini. Mandi? X payah pun takpe sebab sejuk. Bukan berpeluh pun

Oklah. Mari bercerita hostel kami di Cordoba plak. Hostel yg sangat strategik di kota cordoba. Orangnya juga sangat fasih berbahasa Inggeris dan siap bagi briefing lagi tempat2 menarik di Cordoba. Cume kesian kat ddie sebab kami dan jalan2 di Cordoba dulu sebelum check in di hostel tu yg bernama Independent Travellers. Harga untuk setiap sorang ialah 9.44euro dan kami bermalam untuk dua hari. Kami ditempatkan dalam dorm yang berkapasiti 6 orang. Jadi, kami 5 orang dan ade 1 pempuan tua yg turut melancong. Tapi pempuan ni jarang ade kecuali waktu tido. Dan aku sgt kesian kat perempuan ni sebab bau2 stokin orang melayu ni teramat2lah kuat. Dan ruang letak kasut plak kat sebelah katil pempuan ni. Haha

Walopun duk dua hari, takde lansung gambar hostel tu yg kami tangkap. Betapa tak bestnya hostel tu. Haha

Dalam banyak2 hostel, hostel ni paling aku tak suka sekali. Walopun taukenye nmpak baik, tapi kami kene kongsi toilet dekat 12 orang. Walaupun takdela masalah rebut2 toilet, hostel ni ade masalah yang lebih besar lagi. Air panas die selalu habis!!. malam2 ade. Sekali pagi pertama tu, mule2 ade air panas, lepas sabun terus xde air panas. Memang panas lah hati aku. Pagi yang kedua, takde terus air panas. Sabo jela. Jadi, aku memang tak rekemen hostel ni sgt ditambah ruang dlm dormnye yg kecil. Breakfast pun xde. skali lagi, kami jumpe org melayu di sini.

Pesanan kepada semua. Tangkaplah gambar hotel2 yg selalunya dianggap x penting tu. Belakang tu masjid Cordoba.

Hostel terakhir ialah di Seville. Kami mule2 tiada perancangan utk tidur di Seville. Bila di cordoba, baru kami booking melalui internet. Kali ini, penginapan kami bernama Sevilla Urbany Hostel yg beharga 12euro sorang. Dan hostel ni dinobatkan sebagai hostel terbaik sepanjang penjelajahan kami di sepanyol. Pertama, sebab system die sangat sistematik dan orang tu memang cekap giler2 la. Respek sama die. Kedua, hostel ni sahaja yang menyediakan loker utk setiap sorg tetamu dan password utk internet pun ade utk masing2. ketiga, Sebab kami ditempatkan di dorm yg berkapasiti 8 orang, tapi kami 5 org je yg ade dan x bercmpur dgn org luar. Malah ruang hostel die sangatlah besar.

Kelima, breakfast disediakan dan sangat unlimited. Makan jela apa yg disediakan pagi tu. Memang best la. Dan nilah hostel yg kami paling lama lepak pun. Selalunya di hostel2 lain kami gunekan utk tido je, tpi hostel ni siap leh main daun terup lagi. Cuma hostel ni sebelah gereja. Dan malam tu krismas. Jadi berbunyi la loceng2 die. Tapi xde apela. Apepun, tetap rekemen hotel ni utk sapa2 yg datg ke Seville.

Aiman tgh kemas katil. Dorm kami ade dua bahagian. Ni bahagian pertama.

Ni bahagian kedua. Nampak ruang yg besar bawah tu. Tula tempat solat dan main daun terup. Seimbang dunia akhirat korg ni. Haha

Hmm, boleh dikatakan gambar aku xde lansung sebab byk aku je yg tangkap gambar2 hostel ni. Biasanya bende2 ni tak dianggap sebagai penting utk disimpan sebagai gambar. Tapi, bile tengok balik hostel ni, macam2 terbayang balik. Betapa seronoknye percutian kali ni, hanya Allah yang tahu. Rasanya inilah post terakhir mengenai Sepanyol. Rase mahu diisi semula blog ni dgn kisah2 aku di UK semula. Kalau ade pun, aku mungkin akan bercerita pasal Bahasa. Salida, Gracias, aseos dan sebagainya. Entahla.

Sekian sahaja perkongsian bumi Sepanyol di Syuib0809..

No comments:

Post a Comment