Bismillah.
25 Disember 2010
Alhamdulillah, pagi tu kami mendapat sarapan di hostel Seville yang kami duduki. Perjalanan hari terakhir ini kelihatan akan lebih santai berbanding di beberapa lokasi sebelum ini. Jam 9.30 pagi, kami bersama2 turun ke ruang makan hostel tersebut untuk bersarapan. Makanan yang tiada had menyebabkan kami makan sepuas-puasnya. Menariknya di hostel ni, para penginap hostel dikehendaki membasuh sendiri pinggan dan peralatan yang telah mereka gunakan. Haha. Lokasi terakhir penjelajahan kali ini membawa kami ke Jabal Tariq atau nama femesnya Gibraltar.
Perjalanan ke Gibraltar tidaklah mengambil masa yang lama. Kalau tak silap aq hanya lebih kurg 2 jam. Bagi siapa yang masih ingat kisah panglima Islam Tariq bin Ziyad membakar kapal milik pasukan Islam, di sinilah peristiwa tersebut dikatakan berlaku. Dan dari sinilah Islam masuk ke bumi sepanyol. Menarik lagi mengenai Gibraltar ialah ia bukan milik Spain tetapi milik kerajaan British. Jadi, nak masuk Gibraltar, pasti passport anda akan diperiksa terlebih dahulu!! Dan tetibe je semua signboard bertukar kepada bahasa Inggeris. Oklah, tanpa membuang masa, kami terus menuju ke Europe Point. Cantik sebenarnya Gibraltar ni..
Selepas Bersiar-siar di Europian Point tu, kami pergi ke masjid untuk menunaikan solat. Masjid ini merupakan sumbangan daripada kerajaan Arab Saudi. Oleh kerana masjid ni berada dekat dengan laut, memang nampak la sedikit demi sedikit bangunan masjid ni terhakis. Masjid ni sebenarnya takdela menarik sangat, cuma rasa jakun sebab bukan senang nak jumpe masjid yang terang-terangan macam ni. Kami tak lama di masjid ni. Lepas solat, rehat-rehat, terus kami mendaki kembali Jabal Tariq tu. Adela beberapa ketika aku berhentikan kereta untuk tangkap2 pemandangan yg indah di situ.
Perjalanan kali ni, agak mencabar untuk aku sepanjang aku memandu di dunia. Kami mendaki bukit(upper Rock) yg merupakan hutan simpan dengan menaiki kereta. Jalan yang kecik, jarang ade penghadang jalan dan ketinggian yang agak dahsyat menjadikan Gibraltar adalah lokasi yang akan aq kenang sebagai tempat memandu paling "menakutkan" dalam hidup aku. Di Upper Rock, satu kejadian yang mengejutkan berlaku. Seekor monyet yang kelihatan baik, tetibe menerpa masuk ke dalam kereta kami sebaik sahaja pintu terbuka. Paling terkesan dgn kejadian ini ialah Padil Ungu. Haha. Kami juga sempat singgah di MORRISH castle, tetapi sayang kerana ianya tutup hari tu.
Kami seterusnya menuruni bukit yang sangat tinggi tu. Tiada tempat yang ingin dituju menyebabkan aku pusing2 sahaja di kawasan Gibraltar petang tu. Tetibe, tanpa diduga kami terjumpa pantai. Ape lagi, parking kereta dan terus kami lepak kat pantai tu. Jangan pikir yang bukan-bukan ye, sebab tak ade pun orang kat pantai tu. Hanya kami je yang ade sebab kan waktu tu kan hari krismas. Oleh kerana kami tidak terikat dengan apa2, kami menghabiskan masa di pantai tersebut. Main baling-baling batu sampaila susun batu tinggi-tinggi, bukti bahawa kami memang takde keje. Tapi, seronok gak rasa.
Maghrib sudahpun masuk, lalu kami meninggalkan pantai tersebut. Cadangnya, nak sembahyang je kat masjid tadi. Tapi tersilap jalan menyebabkan kami akhirnya sampai semula di Imegresen. Nak tak nak, terpaksa la kluar daripada Gibraltar. Kalo nak tau, Gibraltar ni kecik sangat2. Oleh kerana masing2 dah lapar, kami mencari kedai makan di sekitar Marbella, jiran kepada Gibraltar. Rupe2nye, banyak sungguh kedai Halal di Marbella ni. Kami makan kari dan juga kurma bersama nasi di satu kedai milik org Islam. Penempahan makanan agak senang sebab tauke kedai tu pandai cakap org putih. Lepas makan, kami tanye kot2 ade masjid di Marbella ni. Memang ada dan sangat dekat dengan kedai tu. Kami berjalan kaki je dan akhirnya jumpa sebuah masjid di deretan rumah kedai. Lepas solat, kami meneruskan perjalanan ke Malaga jam 8 malam.
Bersambung....
No comments:
Post a Comment