HAri ni untuk sesi muhasabah, mari kita tengok pula apa makanan yang kami makan sepanjang berada di Sepanyol..
Barcelona.
Malam kami sampai tu, kami terus pegi mencari kedai makanan lebih kurang jam 10 malam. Dengan berbekalkan Iphone, memang mudah untuk mengesan kedai halal. Cume tak pasti yang mana mahal atau murah atau yang betul-betul halal. Malam tu, kami mula umpa satu kedai nama ali baba tak silap aq. Lepas tu barula jumpe albarakah ni. Kedai ni milik orang arab, memang Islam pun. Tapi tak pasti la kenapa, kedai ni juga ade menjual dan menghidangkan arak. Oleh kerana orang tu memg kompem Islam dan tahu juga kami Islam, aku yakin die tak bubuh arak dlm masakan die. Kami juga sebenarnya dah cari mcm2 kedai, tp dah dekat 11 malam, x banyak kedai yg ade.
Kat sini, aku makan daging masak bendi, diorg yang len makan daging masak yogurt dan fadhil makan ayam dalam roti. Makanan die memanglah sikit, tapi superlah mahal. Kedai mewah la katakan. Esoknye, sewaktu berjalan-jalan di Rambla, kami jumpe satu kedai Halal. Walaupun sepanjang perjalanan kami diganggu dgn pelbagai tawaran seafood, tapi kami tolak. Diorang ni pandai, kalau tau je org malaysia mesti diorg cakap diorg served halal meat. Kami akhirnye singgah di kedai kebab yg aq kata halal td. Kebab memg yakin sikit sebab die tak masak dlm kuali, takut bercampr bende2 len. Apepun, kedai ni juga ade jual arak dlm set makanan die. Pemotong daging kebab tu yang Islam awal2 dah bg amaran yg minuman dlm set tu arak. Akhirnye, kami ambik set ade air pepsi je.
Sarapan pagi di hostel. Simple tapi mengenyangkan. Curi banyak2 mentega die utk makan dalam kereta. Haha
Madrid.
Kota madrid, boleh dikatakan adelah bandar seperti kuala Lumpur. Jadi, peluang untuk berjumpe makanan halal lebih mudah di sini kerana byk org asing. Malam tu, kami pegi kedai makan jam 2 pagi. Kedai tu milik orang arab yg memg tak pandai lnsung cakap english. Kami makan kebab lg mcm biasa. Tu je yg memg yakin halal. Cume mlm tu kami ambik kebab biasa mcm kat UK. Esoknye, sewaktu berjalan2 di Plaza Mayor, kami singgah satu kedai bernama babyliona yg memg kebab die dahsyat. Kedai ni aq x nampak plak ade arak. Malam tu sebenarnya kami cadang nak makan Paella(nasi bersama seafood). Tapi banyak kedai yaang tersangat la meragukan. Satunya sebab arak dan keduanya sebab Jamon. Yela, seafood2 ni biasanya org letak arak bg hilang hanyir. Jadi sekali lagi, kami hanya makan di kedai kebab
Antara makanan yg aq paling puas hati. Nampak penuhnye pinggan kami tu? siap bagi roti lagi. Dah la murah
Cordoba.
Di cordoba, perjalanan ke alhambra palsu menyebabkan pagi tu, kami tak makan apa2. Lepas jalan2 di medina Azzahra dan check in hostel, barulah kami keluar cari kedai makan. Kali ni kalo boleh memang nak la sangat makan seafood. Akhirnya, kami pun jumpe satu kedai ala-ala saefood bernama sultan. Memang milik orang Islam dan org tu pun kata die pernah kerja di Kuala Lumpur dulu. Fahmi dgn Aiman yang kagum tengok gambar menu ikan kat kedai die ambiklah sotong dgn ikan. Aku pulak nak rasa Paella. Fadhil hanya ambik nasi dgn ayam.
Oleh kerana nak jimat sikit kos, fahmi tanye adekah menu ikan tu dtg sekali dgn nasi. Kerana mungkin tak faham bahasa, orang tu kata ye. Untuk pengetahuan, nasi bahasa spanish adelah arroz. Jadi, diorg pun ambik jela. Bila makanan sampai, ikan yg dalam gambar punyelah lain tahap melampau dari makanannya. Fahmi dgn arip hanya dapat ikan masak asam pedas yg rasanya mcm kat dewan makan sekolah aq dulu. Haha. Sotong juga menerima nasib yg sama. Aku dgn padil plak dapat nasi goreng dgn rasa perencah meggi. Haha!. Tu ok lagi. Sekali bile tngok bil yg die bagi, rupenye die caj nasi tu lain dari lauk. Sabo jela. hehe..
Granada.
Di granada, kami semua hanya makan kebab. Bagi sape2 yang pergi Granada, makanan halal memang sangat senang nak jumpe. Dan makanannya memang sangat2 murah. Ade satu penempatan Islam(tempat kami jumpe masjid) memang penuh dgn kedai2 halal. Oleh kerana tiada gambar, mari kite cerite tentang makanan lazim orang sepanyol ni iaitu JAMON. Nak tahu jamon ni ape? Jamon ni bahagian kaki babi yang disalai dan dibuat macam ikan kering. Yang tak boleh belahnya, bende ni memang banyak digantung kat kedai2 tanpa segan silu.
Seville.
Di seville, pagi tu kami bersarapan di hostel je. Memang semua boleh makan sebab sekadar roti dengan jem2 dan air. Cume jem juga kadang2 kene tengok, sebab ade yang bubuh Gelatin binatang. Tapi memang kami makan puas2 la pagi tu. Unlimited la katakan. Baguih2. Di Seville, kami sekali lagi makan di sebuah kedai kebab bernama don kebab. Kali ni orang arab ni memang sungguh baik dan lemah lembut. Satu kebiasaan juga di Spain, kebnayakan kedai yang halal tak tulis tanda halal diorang terang-terangan dan kadang2 xde pun. Cume diorang akan gantung ayat quran dan kite sendiri perlu tanya dan alert dgn simbol2 kecil yg ade.
Gibraltar dan Marbella.
Sewaktu di Gibraltar, kami terlajak ke imegresen terus menyebabkan kami hanya pusing2 di pekan marbella yg bersebelahan dengannya. Pekan Marbella ni memang banyak sangat kedai halal. Aku pun tak paham macam mana dekat sini boleh banyak kedai halal. Oleh kerana banyak kedai, kami berazam tak nak dah makan kebab. Gile ape asyik makan kebab je. Akhirnya kami singgah kat kedai milik india Islam. Aku dgn aiman makan nasi dgn korma dan chester plak dgn kari. Sedap cume agak manis masakan kurma die ni. Tapi orang tu memang baik dan pandai cakap org putih. Pekerja die yg x pandai cakap English pn sgt peramah. Siap tunjuk kami masjid lagi. Sebagai balasan, seusai solat maghrib-isyak, kami kembali ke kedai tu balik untuk beli makanan sebagai bekalan di Malaga.
Sedikit lagi bende. Antara makanan yangmungkin perlu dimakan oleh pengunjung2 ke sana ialah churros dan churrito. Bende ni lebih kurang mcm makanan tradisional mereka kat spain ni. Chester beli dua kali, cuma tak tahu mcm mana boleh terlupe tangkap gambar. Apepun, memang halal sebab buat gune tepung je. Dan boleh dikatakan rasa die macam cakoi kat malaysia yang churros ni. Yg churito plak lebih keras dan disalut dgn coklat.
Apepun, memang banyak makanan, cume pilihlah yg mana satu akan menjadi darah daging kita
Sekian.
No comments:
Post a Comment