Friday, 7 January 2011

Diari Sepanyol: Seville

Bismillah.
Perjalanan menuju ke Seville terasa sangat lama. Mana tidaknya, melalui kawasan ladang yang sangat luas dan kelihatan hanya 2-3 kereta sahaja melalui jalan tersebut. Nak cakap sesat, tomtom si Aiman menunjukkan arah yang betul. Akhirnya, perjalanan yang bermula jam 10 pagi tamat pada pukul 1.30 tgh hari. Setelah parking di tepi sungai, kami mula berjalan kaki untuk pusing-pusing di Seville, tempat yang pada sangkaan kami tidak lansung berpengaruh besar dalam sejarah Islam. Nama pun x islamik kan?

Oleh kerana tak banyak wat kajian tentang Seville ni, kami hanya berimpian untuk melawat Plaza de Toros, tempat laga lembu yang terkenal di Spain. Yang lembu gile2 dalam tv tu kat sini la. Tapi sampai je kat situ, sekali tour die hari tu dah abis. Hari ni sekerat hari sebab org nak balik rumah buat persiapan krismas. Aduih.. Maka terkuburlah impian kami di Seville

Depan plaza de torros

Tengok pameran je pun jadila

Cari lembu, tapi kuda yang bayak kat depan plasa de torros ni

Oleh kerana memang tak tahu ape-ape pasal Seville, kami pun buka peta untuk mencari tempat-tempat menarik di Seville. Dalam perjalanan, kami terjumpa sebuah gereja yang sangat besar. Nak cakap besar die, memang besar sungguh la. Seville Cathedral ini merupakan gereja ketiga terbesar di dunia. Tak sangka gereja sebesar ini sebenarnya mempunyai kaitan dengan kejatuhan Islam. Gereja yang dibina sekitar tahun 1401 ini dibina di atas tapak masjid Almohad yang diruntuhkan selepas kejatuhan Islam. Dua kesan peninggalan masjid Almohad yang masih kekal ialah menara Azan La Giraldda yg kini menjadi menara loceng cathedral ini serta Patio de Los Naranjos yang dulunya adalah tempat wuduk di masjid almohad.

Seville cathedral

Menara Azan

Bahagian dalam Cathedral

Dari Cathedral besar itu, kami menuju pula ke real Alcazar. Aku sendiri tidak tahu ape sebenarnya real alcazar ni pada mulanya. Sewaktu kami sampai, Alcazar ni tutup sebab dah nak cuti krismas. Sekali lagi, kami x dpt maksud. Alcazar ni sebenarnya merupakan tempat kediaman pemerintah2 Islam dan juga kristian dalam tempoh yang agak lama. Ianya mula dibina oleh Islam sebagai kubu pertahanan dan mengalami proses pengubahsuaian oleh setiap pemerintah yang menetap di sini. Tengok dalam peta, mcm besar gile taman dlm die. Tapi sayangnya tak dapat masuk. Jadi kami sambung jalan-jalan kami..

Real Alcazar yg tutup

Kau pehal tak puas hati. Semua bende nak tutup, kau pula yang keje angkat-angkat orang. Pegila cuti kuda.



Dalam peta, kelihatan sebuah tempat tarikan yang bebentuk semi bulatan. Kelihatan sungai bewarna biru dan kawasan hutan di depan semibulatan tu. Perjalanan kami diteruskan mencari semibulatan tersebut. Rasanya, itulah tempat terakhir yang kami perlu pergi di Seville. Sampai-sampai je tempat bernama Plaza De espana tu, WoW, cantiknya!!

Ni bukan gambar tipu

Di sekitar plaza de espana ini, dilukis gambar bagaimana penyerahan sedikit demi sedikit tanah milik orang Islam kepada tentera kristian.Plaza de espana ni walaupun cantik, tapi tak unik seperti Alhambra. Tidak banyak ukiran yang ade di bangunan ni. Yang menjadikan ianya cantik adelah warna-warna di bangunan itu dan juga sungai dihadapannya. Kami agak lama lepak di Plaza de espanan ni. Yelah, lokasi terakhir kan. Kesempatan yang ada kami gunakan utk solat zuhur-asar dan kemudiaanya terus ke kawasan taman depan die.

Dari atas

Padil tengah menghayati lukisan2 di dinding

Aiman tengah ambik wuduk

Macho gile arip. Ni kawasan tengah plaza de espana

Gambar tak center

Kat kawasan taman depan plaza de espana

Perjalanan pulang ke kereta kali ini menjadi sangat menenangkan kerana kami melalui kawasan tepi sungai di Seville. Lebih kurang jam 5.30 petang, kami mula mencari hostel yg telah kami booking. Perayaan krismas menyebabkan parking kami berharga 1 euro utk tempoh 4 jam tadi. Setelah melaui jalan-jalan yg teramat kecik, kami akhirnya sampai di Urbany Hostel. Boleh dikatakan sistem hostel nilah paling mantap sepanjang jelajah sepanyol kami kali ni. Orang tu pun bila kami tanye kedai halal, terus tanda kat peta nak tunjuk kt kami.

Lepas masuk ke bilik, kami rehat-rehat sebentar dan solat maghrib-isyak terus. Jam 8 malam, keluarlah kami mencari kedai halal tersebut. Utk menuju ke kedai tersebut kami perlu memilih sama ada ikut jalan dekat, tp banyak pusing2 ataupun jalan jauh tapi tak banyak kona-kona. Akhirnya, semua putuskan utk ikut jalan jauh sebab takut sesat. Ditakdirkan Allah, x sampai pertengahan jalan, kami jumpa kedai Halal tapi bukan yang ditunjukkan oleh org hostel tadi.


Orang kedai tu orang arab, tapi tak pasti dr mana. Macam biasa, bilik itik bercakap dengan ayam, masing2 jadi pening. Orang kedai tu tergelak je tengok gelagat kami. Lepas makan, kami terus pulang. Hostel yang bersebelahan dengan gereja menyebabkan kami agak terganggu dengan bunyi-bunyian loceng untuk krismas. Dah malam-malam ni, aq pun x tau diorang ni sembahyg ape. Malam tu kerana bohsan, kami pun main kad. Budak2 ni la hasut aku. haha

bersambung............

2 comments:

  1. Seronoknya abg Izuan dpt jalan2 kat Spain. Nnt lepas kerjakan Haji, insyaAllah sy akan melancong ke Spain sekali lg. Sy rasa 'melawat' Mekah utk mengerjakan Haji lebih aula dan harus diutamakan dari tempat2 lain. Kena faham fiqh awlawiyyat. Jika telah lakukan Haji, bolehlah melancong ke mana2 saja di atas muka bumi Allah ini utk menikmati ciptaanNya di samping meluaskan pengalaman.

    ReplyDelete
  2. berapa hari ye pergi ke sepanyol? kalau nak ke cordoba, seville dan granada ambil masa berapa hari?

    ReplyDelete