Dari Alhambra, kami meneruskan perjalanan menjejaki masjid di sekita kawasan Byzan. Aku sendiri tak pasti ape sejarahnya Byzan ni. Tapi kedudukan Byzan ni memang la terletak kat atas bukit. Dengan melalui jalan2 yang sangat sempit, memang merupakan satu cabaran untuk aku. Selepas nampak masjid tu, kami cube mencari ruang2 untuk parking kereta. Tapi ternyata gagal setelah pusing dua kali. Oleh sebab itu, kami membatalkan sahaja niat kami ke masjid tu. Setelah beberapa ketika, aku memberhentikan sebentar kereta aku di kawasan bukit tersebut.
Lepas turun dari bukit tersebut, kami terus menuju ke pekan Granada utk mencari makanan Halal. Sewaktu jalan2 di pekan tersebut, nampak sebuah kedai kebab milik orang arab. Aku ambik menu bernama kebab completo yang beharga 4euro. Selesai sahaja makan, kami bertanya kat org kedai tu kot2 ade masjid di sekitar pekan Granada tu. Ternyata pertanyaan kami tidak sia-sia apabila org kedai tu mintak kami keluarkan peta sebab die nak tunjuk kat mana masjid tu. Tanpa banyak membuang masa, kami terus menuju ke kawasan masjid tu. Lebih memeranjatkan, begitu banyak kedai makanan halal di situ. Wow!
Lepas solat zuhur-asar, kami berjalan-jalan di kawasan sekitar. Kat situ, ade satu jalan yang penuh dengan kedai cenderamata. Masa yang ade kami luangkan untuk sepanjang jalan tu. Setelah hampir satu jam, ade ahli rombongan yg cdgkan utk balik semula ke cordoba. Yela, kalau lama2 memang kene bayar banyak la parking nnt. Tapi aku teringan sangat nak rasa solat jemaah kat masjid di spain ni. Ni adelah masjid pertama yg kami pergi sepanjang berada di spain. Rasa rugi plak kalau tak pergi. Maka, bersetujulah semua ahli rombongan utk sama2 solat jemaah maghrib di situ. Lepas solat, kami pergi beli makanan utk dibawa balik ke cordoba semula.
Menarik sungguh solat di masjid ni. Lepas iqamat, bilal akan bagi dua kain putih kat imam. Satu imam ikat jadi mcm serban waktu tu gak, dan satu lg dibuat mcm jubah. Tapi menarik cara pakainya
Sewaktu dalam kedai kebab King, kami berjumpe dengan pelajar Indonesia yang sedang belajar di German. Mereka yg travel dgn pengangkutan awam agak pelik bile kami cakap kami sewa kereta. Kalau ikutkan memang sewa kereta lima org jauh lebih murah drpd naik pengangkutan awam. Oleh kerana byk cakap melayu, sewaktu cakap dengan org kedai, chester tercakap "one nombor seven"... "woi, number la bukan nombor!!".. Haha. Kami seterusnya meneruskan perjalanan pulang ke cordoba. Dalam perjalanan, sempat singgah di satu supermarket utk bekalan sarapan ke seville esok. Chester yg kempunan seafood, sempat plak beli ketam beso kat supermaket tu.Sekali lagi, kami sampai agak lewat di hostel kerana banyak sesat. Kul 12 baru sampai, kali ni aku pula berada di belakang, tidur je sepanjang perjalanan pulang. Balik2, aku memg terus makan n then tido. Chester plak pegi masak ketam die kat dapur. Haha.
24 Disember 2010
Hari ni, Jam 9 lebih baru kami bertolak ke Seville. Aku memandu lagi dan kali ni kami melalui kawasan2 ladang yang sangat cantik dan mendamaikan. Oleh kerana aku ni jenis tak kisah, aku terus berenti dan parking kat tepi ladang tu. Saje je untuk tangkap2 gambar..
Bersambung..................
No comments:
Post a Comment