Bismillah..
Untuk sesi muhasabah kali ini, aku akan bercakap mengenai perkara yang sangat penting apabila bermusafir iaitu solat. Terutamanya di tempat mahupun negara yg bukan Islam dimana sangat susah untuk menjumpai masjid mahupun surau. Namun begitu, ini bukanlah alasan untuk kite semua meninggalkan solat terutamanya yg fardu.
Hari pertama.
Sewaktu nak bertolak ke Barcelona daripada Liverpool, kami sudah menjangkakan yg kami akan sampai dalam maghrib mcm tu. Oleh tu, kami semua menunaikan solat di lapangan terbang sahaja. Tiada ape yg pelik sbb segala-galanya ada, cuma kene cari ruang jela untuk solat sebab mana ade surau. Sampai sahaja di Barcelona yg sudahpun gelap, kami terus mencari hostel kami. Sekali lagi, memang tidak begitu banyak masalah sebab kami hanya sembahyang di hostel yg sudah lengkap dgn tandas dan segalanya.
Keesokannya, perjalanan di barcelona kami manfaatkan sebaik-baiknya kerana waktu siang yang agak pendek. Sewaktu makan di kedai bersebelahan jalan La Rambla, kami mengambil peluang yang ade untuk ke tandas bagi tujuan berwuduk. Tidak pasti lagi mahu sembahyang di mana, persediaan wuduk sememangnya amat penting kerana bila2 sahaja ade pelunag, kenala terus sembhyg. Dan peluang tu kadag2 susah gak nak cari. Alhamdulillah, setibanya kami di kawasan pelabuhan barcelona, kami terus menunaikan solat jamak qasar di padang yg kelihatan agak sunyi dgn pengunjung. Oh ye, kalo nak sembhyg biarlah bergilir-gilir, takut ade org tanya ataupun anjing kacau.
Cabaran di Madrid. Solat dalam kereta?
Malam hari yg sama, kami tiada banyak masalah di Madrid sebab dah boleh masuk hotel. Hotel dah lah mewah(nnt kite cerite) kalo ngade2 tak nak sembhyg, memang neraka la jawapnye. Keesokan paginya, kami solat subuh seperti biasa sahaja di hotel. Oleh kerana subuh habis lewat, kul 7.30 pagi solat pun takde ape2.
Selepas bersiar-siar di stadium madrid, kami menuju ke bandar madrid untuk mencari sebuah masjid di situ. Cari punye cari, tak jumpe2 gak. Hari dah mule nak gelap. Nak masuk kereta dan cari tempat lain, memang x sempat lah. Nak solat, sekali kat tengah2 pekan,bukan lapang mcm kt barcelona. Maka, rakan-rakan aku mengambil keputusan untuk solat sahaja di dalam kereta. Di sini, mulalah timbul persoalan diantara islam itu mudah atau kita yang mempermudah-mudahkan Islam. Aku yang tidak berapa bersetuju untuk solat di dalam kereta mencari ruang2 di tepi jalan untuk aku solat. Tidak mahu bertikam lidah dengan sesiapa, aku kira, selagi mana aku boleh berdiri dan menghadap kiblat, itu adelah pilihan yang terbaik. Dan yg paling2 penting, jangan sekali-kali mencari alasan untuk tidak solat.
Malam sudah larut sewaktu kami meninggalkan kota madrid hari itu. Tapi, kami masih belum sempat menunaikan solat maghrib isyak, apatah lagi malam tu tiada hotel yg ditempah kerana memg kami sepatutnya menghabiskan masa untuk perjalanan ke alhambra. Lebih kurang jam 2 pagi, aku memberhentikan kereta di belakang stesyen minyak. Oleh kerana rakan2 lain sudah lena kecuali chester, aku menguatkan langkah meredah hujan untuk ke toilet. Ternyata hujan dan angin yg kuat cukup menguji kesabaran. Dengan beralaskan lantai yang basah dan atap yg sangat pendek, tubuh aku menggigil ketika menunaikan solat maghrib isyak malam tu. Seusai solat, rakan2 lain pula menunaikan solat di tempat yg sama. Kecuali seorg rakan aku yg mengambil keputusan utk bersolat sahaja di dalam kereta. Lalu aku pusingkan sedikit kereta supaya menghadp ke arah kiblat. mudah-mudahan solat kami semua diterima.
Pagi di Alhambra palsu.
Oleh kerana kami sampai di alhambra palsu lebih kurang pukul 5, kami semua tidur dulu sementara menunggu waktu subuh. Sedar-sedar, lebih kurang 8 pagi baru kami semua dapat bukak mata. Hari masih gelap tapi dah menampakkan tande2 yg subuh sudah hmpir tamat. Bangun sahaja dari tidur, aku capai air botol, dan berwuduk. Sekali lagi, angin bukit memg cukup mencabar keimanan. Dengan beralaskan tanah merah, solat subuh tetap kami semua tunaikan di bumi alhambra yang palsu itu. Tapi, kesejukannya memang allah sahaja yg tahu.
Di cordoba, kami solat zuhur dan asar di Medina Azzahra. Dekat sini senang sikit sebab tak ramai orang yg datang. Apetah lagi bile hujan tengah renyai-renyai hari tu. Begitu juga malamnya, kami tidak punya banyak masalah sebab sudahpun tiba di hostel. Cuma menariknya sewaktu di Masjid Cordoba(mezquita-Cathedral), kami awal-awal dah diberi amaran supaya tidak menunaikan solat di dalamnya.
Di granada, kami sekali lagi tidak berdepan dengan apa-apa masalah sebab jumpe masjid. Cuma sewaktu perjalanan ke granada, kami bertolak dari cordoba jam 6 pagi dan subuh masih belum masuk lagi. Jadi, berhentilah kejap kat stesyen minyak dalam perjalanan. Macam biasala, stesyen minyak bukannya banyak tempat berbumbung. Takkan nak sembhyg kat tempat org isi minyak plak kan? jadi kami solat kat belakang stesyen minyak yg tidak berbumbung tu. Dah ditakdirkan Allah, asyik hujan je andalusia ni. Maka, sekali lagi kami merasai subuh yg sungguh sejuk di Sepanyol ni. Hehe.
Khuf Stokin? Antara fatwa dan takwa
Bagi mereka yang belajar di luar negara. Perkataan khuf memang sudah pasti biasa didengari. Cume khuf yg sepatutnya kulit ni, selalu diringan-ringankan dengan menggunakan stokin semata-mata. Aku agak tak suka untuk mengamalkan khuf stokin dan memang jarang lansung buat kat UK ni kecuali jika betul-betul terdesak. Tapi ramai org buat khuf stokin ni semata-mata untuk menyenangkan diri sedangkan bukan susah pun nak bukak stokin sebenarnya. Sejauh mana "Islam itu mudah" bergantung untuk kite mentafsirkannya. Hati-hati, jangan kite pula yg mempermudah-mudahkan Islam.
Sewaktu di seville, kami menunaikan solat zuhur asar di Plaza de Espana. Sewaktu nak ambik wuduk, ade yang nak gunakan satu penutup air mineral sahaja untuk keseluruhan wuduk. Pendek kata, Jimat. Tapi kalaulah air tu ade satu botol besar, kita boleh sahaja gunakan satu penutup air untuk satu anggota wuduk selagi mana ianya mencukupi untuk semua orang. Kan ini lebih baik? Dan untuk masalah macam ni, janganlah menyusahkan diri kalau ade yg senang. Aiyoyo. Air boleh je beli lagi kan? Ketika ini, persoalan khuf sekali lagi dibangkitkan. Persoalannya, susah ke nak bukak stokin? Hehe.
Di gibraltar, solat kami semuanya di masjid. Tiada banyak masalah pun. Dan solat terkahir kami di Airport malaga ialah solat zuhur dan asar. Oleh kerana tak ramai org kat airport, solat kami semua lebih senang. Nak angkat kaki kat singki tandas pun takpe. Hehe. tapi aku lebih prefer untuk kita bawak botol dan isi air dalam botol. Kemudian basuh kaki kat lubang jamban. Bukan susah pun nak bukak stokin, cume kite je selalu malas dan kononnya mentafsir "islam itu mudah". Sekiranya benar-benar tidak banyak pilihan, silakan berkhuf dengan stokin. Itu lebih baik aku rasa.
Kesimpulan.
Konsep "Islam itu mudah" berbeza bagi setiap orang. Sekiranya orang itu sangat takut dan taat pada perintah Allah, maka lebih baik orang itu berusaha untuk mendapatkan solat yang terbaik. Namun sekiranya seseorang itu terlampau mudah untuk meninggalkan solat ketika berhadapan dugaan bermusafir, biarlah dirinya mengambil jalan yang mudah itu, asalkan solatnya tidak ditinggalkan. Sebagai hamba Allah, janganlah kita banyak beralasan untuk melakukan suruhan Allah. Kerana alasan-alasan itulah yang mungkin akan menyebabkan kita jauh dari syurga Allah kelak. Fatwa memang banyak, tapi pilihlah yg paling dekat dengan takwa.
Post ini bukan untuk merendahkan mana-mana pihak, jauh lagi untuk menyalahkan sapa-sapa, tetapi sekadar muhasabah sepanjang bermusafir. Banyak yang aku belajar mengenai "solat" sepanjang percutian ini. Harap rakan-rakan yg membaca post ni, tidak terasa hati. Maaf sekiranya tersalah bicara. Anggaplah ini muhasabah kita semua.
Sekian..
No comments:
Post a Comment