Tuesday, 11 January 2011

Diari Sepanyol: Malaga-Liverpool.

Bismillah.

Hari yang sama, kami akhirnya sampai di Malaga jam 10 malam. Tiada apa=apa tempat yang kami cadang untuk lawati di Malaga ini. Cuma sekadar persinggahan kerana esoknya kami akan ke UK semula daripada Airport Malaga. Malam tu, kami parking kereta hanya di bahu-bahu jalan. Kelihatan beberapa manusia yang kononnya tolong orang bile nak masuk parking. Biasala, nak dapat duit. Tapi kami seboleh-bolehnya lari dari orang2 macam ni. Akhirnya, selepas parking, kami bersiar-siar di tepi pantai sambil menikmati makanan yang kami bungkus di marbella tadi. Selepas itu, pusing2 jap di kawasan Malaga.


Walaupun malam sudah larut, kami masih lagi berada di pekan Malaga. Suhu yang tidak sesejuk UK, menyebabkan kami tidaklah tergesa-gesa berjalan sambil memeluk tubuh. Oleh kerana malam ini tiada hostel untuk dicari, kami hanya tidur di dalam kereta sepanjang bermalam di Malaga. Memang itu pun perancangannya setelah 5 malam asyik tidur di hostel je. Bagi memudahkan urusan, kami parking berdekatan dengan stesyen minyak. Yela, kalo nak buang air kecil semua, adela gak tempat kan. Maka malam tu misinya hanya untuk mencari stesyen minyak. Tak sangka plak susah nak jumpe stesyen minyak kat Malaga ni. HAha


PAgi tu, kami menyelesaikan semua urusan di stesyen minyak tersebut. Kereta yang mengalami sedikit masalah(nanti cerite) kami betulkan supaya tak melayang semua duit deposit. Vacuum dan bersihkan kereta, semua kami lakukan di situ. Selesai sahaja, terus kami menuju ke Airport yang ternyata tidak jauh dari situ. Alhamdulillah, tiada masalah yg dikesan oleh pemilik kereta. Oleh kerana sampai awal di airport, kami semua tak tahu nak wat ape. Last2, diorang ni semua main kad manakala aku dengan selambenya baring kat lantai tu tido. Yela, kat spain ni nak malu ape, bukan ade org kenal pun. Akhirnya jam 1.30 petang lebih kurang, kapal terbang kami pun berlepas menuju ke Liverpool.


Lebih kurang 4 petang, kami sampai di Liverpool. Tak sangka plak, urusan imegresen di Liverpool ni sebegitu ketat. Sepanjang perjalanan dalam kapal terbang tadi, aku aiman dan padil duk sebaris sebelah menyebelah. Bayangkan 3 jam tu, kami hanya bermain kad sampai pramugari pun buat muke pelik. Keluar dari airport, terus ambik teksi menuju ke kedai makan. Yela, lapar beno tak makan apa-apa dari pagi tadi. Sampai-sampai, kedai tutup. Maka berjalan la kami menuju ke rumah Chester.

Seterusnya, kami semua makan di Ferdous, satu kedai yang pernah aku tulis dalam blog aku sewaktu kunjungan ke Liverpool. Lepas makan, terus balik rumah untuk settlekan beberapa urusan sebelum Aiman pula berangkat ke London esok paginya. Malam tu, rumah chester juga dikunjungi oleh 4 orang pelajar Malaysia dari German. Masa yang ade kami luangkan berkenal-kenalan dengan diorang yg muda setahun dari kami ni. baguih budak2 ni. Aku pula rindu kat chaletmate aku si Syapiq ni. malam tu gak aq paksa die dtg. Huhu.

Dalam bilik chester yang sangat besar

27 Disember 2010.
Pagi2 lagi, aiman sudah mula meninggalkan rumah chester. Kalo tak silap aq sekitar jam 4.30 pagi. Aq ni jenis yg sensitif bunyi, jadi kalo ade gerak2 ni memang biasenye aq terjaga. Tapi x larat nak bangun betul2 untuk ucap selamat belah kat Aiman ni. Haha. Pagi tu, kami semua menuju ke pekan Liverpool untuk bershopping. Boxing day la katakan. Tapi aq memg takde nafsu lansung la bende2 ni. Suasana di Liverpool yang sangat menyeronokkan menyebabkan aq berat utk balik ke Leicester. Yela2, jumpe kawan2 yang sekepala, mestila menyeronokkan.

Makan malam sebelum aku berangkat pulang. Gambar ni diambil menggunakan kamera yg terus keluar gambar atas kertas. Aku dah lupe ape nama kamera die.

Sekitar jam 8 malam, aku akhirnya terpaksa juga pulang ke Leicester. Dengan menaiki Train, aku singgah sebentar di Birmingham bermalam di rumah Herman. Dan pagi2 esoknya, aku terus menuju ke Leicester. Dan dengan itu tamatlah percutian aku untuk musim sejuk tahun 2010. InshaAllah selepas ni akan ade 7 lagi post tentang MUHASABAH SEPANYOL..


Sekian.

No comments:

Post a Comment