Untuk sesi muhasabah yang pertama. InshaAllah aku akan menulis mengenai ahli-ahli rombongan aku. Sebenarnya, perancangan kami untuk ke spain bermula lebih kurang awal bulan 11. Aku pun tak ingat sangat. Tapi pada mulanya, aku bercadang untuk ke FUIYO anjuran IluVislam yang berlansung pertengahan bulan 12. Tapi setelah memikirkan baik dan buruk, aku pun menerima jemputan arip untuk sama-sama ke Spain bulan Disember yang lalu. Sekarang, mari berkenalan dengan ahli-ahli rombongan jelajah Sepanyol ni.
Arip Daud. Ambik biotech kat Melbourne. Kat kolej house Topaz. Kami juga hasil gabungan 4 rumah yang berlainan.
Aiman Fikri, Mathematics University of Lancaster. Senyumannya menjadi inspirasi kami sepanjang edisi jelajah sepanyol. Fakta menarik, kami semua adalah pengguna Iphone. hehe
Boleh dikatakan, kami semua ni duk tersangatlah jauh antara satu sama lain. Paling jauh sudah tentulah arip. Kali terkahir aku jumpe arip adalah sewaktu kat kolej. Fadzil dengan aiman kali terakhir aku jumpe waktu bulan 3 tahun lepas. Manakala Fahmi chester aku jumpa kali terakhir Disember 2009. Oleh kerana tiada Facebook, aku agak kurang mengikuti perancangan Diorang ni. Cume diakhir-akhir, barula aku adekan facebook dan masuk sedikit perbincangan diorang. Pada mulanya, kami hanya berempat iaitu aku, aiman, arip dan fahmi. Tetibe, Fadzil mahu turut serta dan kami semua menerima tanpa rasa berat hati lansung. Yela, leh jimat kos. Haha!!
Memilih ahli rombongan merupakan proses penting dalam mana-mana perjalanan bermusafir yang kita rancangkan. Hidup selama 7 hari bersama-sama, kita akan lebih mengenali rakan-rakan kita. Sesuatu rombongan boleh menjadikan kite semakin akrab dengan rakan kita ataupun boleh mengubah hubungan kita kepada satu tragedi. Dalam jaulah kami ni, kami tiada ketua rombongan. AKu pun tak pasti macamne, tapi masing-masing tidak lansung berlagak mahu jadi ketua mahupun mencadangkan ketua. Pelik kan?
Perkara paling penting ialah masing-masing perlu bertolak-ansur. Boleh dikatakan, aku sangat beruntung dapat ikut rombongan ni. Semua kawan-kawan aku ni tersangat-sangat bertolak-ansur. Dan kami sangat mudah mendapat kata sepakat. Sepanjang perjalanan, tiada perbalahan mahupun persengketaan yang berlaku. Alhamdulillah. Kalau kata nak makan kat satu kedai, semua akan kata setuju ataupun menolak bersama-sama. Tapi kalau kedai mahal, memang menyumpah gak la. Haha. N kalau kami nak pergi mana-mana tempat, mesti semua ok je dan kata JOM!. Takde nak mengeluh atau tak puas hati ke ape. Memang best la.
Kami masing-masing selalunya ade tugas. Aku dgn arip driver. Aiman fikri dan chester antara penjaga TomTom. Manakala padil adelah pemerhati utama peta. Tugas ni diambil secara automatik tanpa arahan sapa2.
Selain tu, kalau boleh pilihlah ahli rombongan yang jaga solat. Penting sebab perjalanan di negara orang ni bukan senang nak jumpe masjid. Kalu rakan-rakan kite tak ambik kisah pasal solat, memang mudah kite akan terikut-ikut. Pasal solat, nanti akan ade post pasal bende ni. Alhamdulillah, tiada solat yang kami tinggal, malah peluang bermusafir bersama-sama menyebabkan kami dapat berjemaah bersama-sama. Terime kasih kepada semua rakan-rakan yang sangat bertolak-ansur sepanjang perjalanan ni. Halalkan makan minum aku ye sepanjang perjalanan ni. Sorila, aku makan donut byk hari tu. Haha
esungguhnya orang-orang mu'min adalah bersaudara karena itu damaikanlah antara kedua saudaramu dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat. (QS. 49:10)
Dan Yang mempersatukan hati mereka (orang-orang yang beriman) 622. Walaupun kamu membelanjakan (kekayaan) yang berada di bumi, niscaya kamu tidak dapat mempersatukan hati mereka, akan tetapi Allah telah mempersatukan hati mereka. Sesungguhnya Dia Maha Perkasa lagi Maha Bijaksana. (QS. 8:63)
Sekian untuk hari ni. JOM study..
No comments:
Post a Comment