Wednesday, 16 February 2011

Telinga.

Bismillah.

Akhir-akhir ni tak banyak yang ingin aku kongsikan di blog. Tak tahulah mengapa, mungkin inilah dilema orang berblog aku rasa. Lagi satu, mungkin kerana aku agak ajak jarang keluar kot akhir-akhir ni.

Selepas demam yang agak tak best minggu lepas, telinga aku mendapat kesan yang agak menarik. Tak sangka plak boleh jadi macam ni. Telinga sebelah kiri aku mula kurang berfungsi minggu lepas. Aku tak rasa ianya masalah gegendang, cuma mungkin ada sumthing yang sekat gelombang untuk masuk ke telinga aku. Beberapa ujian yg aku lakukan memang menampakkan ada sesuatu yang tersekat dan mungkin ianya tahi telinga. Tanya budak2 medic, diorg kata aku tak sepatutnya korek telinga. Aduih.

Oleh kerana risau, aku mengambil keputusan untuk berjumpa dengan doktor terus. Oleh kerana ini first time aku jumpe doktor kat UK, maka bertanya-tanya gak la kat ferd n the geng. Lepas hantar je assignment Isnin tu, aku terus bergegas ke klinik berhampiran Freemen. Cadangnya hanya nak wat appointment, sekali doktor available la plak time tu. Jadi aku pun buat jelah waktu tu. Sekitar jam 11 pagi, menyebabkan aku terpaksa masuk kelas lewat.

Freemen's Common Health Centre

Lepas nama dipaparkan, aku pun masuk ke bilik no 7 dan kelihatan seorang doktor perempuan. Nampak macam pakistan, tapi nama macam orang putih. Lepas tanya2, die pun masukkan alat yang cek telinga tu. Aku dah selalu nmpak alat tu sebab kat Malaysia dulu pun aku pernah ada masalah taik telinga tersumbat. Lepas cek, die gune plak besi yang mengeluarkan bunyi(kat makmal fizik sekolah banyak) untuk test aku dengar ke tak. Memang susah betul aku nak dengar terutamanya belah kiri telinga aku. Akhirnya, doktor tu mengalah dan bercadang rujuk aku ke pakar. Aku assume doktor ni tak banyak pengalaman sebab nmpak muda sangat. Kalau doktor Razak InshaAllah dah tau.


Sebelum keluar, doktor ni bagi aku satu kertas untuk bawak ke Farmasi. Nama ubat die AMOXICILIN, antibiotik. izwan yang belum jadi doktor pun boleh teka dah apa ubat yg dokter ni akan bagi. Pergi2 farmasi, ingatkan percuma la ubat ni. Rupenya kena bayar 7.20pound. hehe. Sampai sekarang aku masih tak dapat lagi surat appointment dengan doktor pakar. Sabo jela. Sampai sekarang, telinga kiri ni masih susah nak mendengar, menyebabkan aku cukup malas nak keluar rumah. Walaupun tak sakit, terasa macam kehilangan satu nikmat yang besar. Nak jumpe orang malas, nak jalan2 malas. Teringat waktu jumpe doktor tu, memang telinga kanan aku sejengkal je dengan mulut die. Haha

Jadi adik2 sekalian, gunakanlah telinga anda sebaiknya.
Sekian dari syuib0809.

1 comment:

  1. Terima kasih abang Izuan atas nasihat yang berguna. InsyaAllah akan digunakan telinga ini utk mendengar benda yang baik2.

    Saya rasa teknik terbaik utk keluarkan tahi telinga ialah dgn mengorek menggunakan pin kepala. Saya masa kecik2 dulu xpernah korek telinga guna cotton bud, sbb mak saya ajar guna pin kepala. Bentuk pin yg seperti o bujur, bersaiz lebih kurang 5 mm mmg sangat sesuai utk 'menuai' tahi telinga secara maximum. Setiap kali lepas korek, terasa perbezaannya di mana saya boleh mendengar dgn lebih jelas.

    Semoga Allah menyembuhkan telinga kiri abang Izuan dan boleh mendengar spt sedia kala.

    ReplyDelete