Bismillah.
Untuk hari ni, aku tak dapat nak pakai baju melayu seperti guru lelaki yang lain. Sebaik sahaja sampai sekolah jam 7.20 pagi, terus terserempak dengan En. Yusof yang segak berbaju melayu hijau dengan sampin. Aku kemudian ke pejabat untuk lapor diri dan alhamdulillah kali ni sudah ada buku rekod kedatangan guru-guru yang buat ROS ataupun praktikum. Selepas ke bilik guru bersalaman dengan cikgu-cikgu lelaki, aku terus ke surau.
Kelaziman di sekolah ni pada hari jumaat ialah akan diadakan bacaan yassin untuk pelajar tingkatan 4 dan 5. Aktiviti yang bermula sekitar 7.30 pagi ni tidak mengambil masa yang lama, tapi sangat bermanfaat sebagai bukti usaha syariatullah, meminta kepada maha Pemberi.Ada 8 orang pelajar yang lewat dan ustaz mintak tunggu di luar untuk soal siasat. Menarik.
Rata-rata yang berada di luar tu baru sahaja aku jumpa semalam di program motivasi dan merekalah yang duduk belakang. Walaupun nakal, mereka sebenarnya sangat baik hati dan menghormati cikgu. Waktu ustaz soal jawap, tiada seorang pun melawan. Alhamdulillah. Aku kemudian ke pusat sumber untuk melangsaikan beberapa kerja fail ROS yang tertangguh lagi.
Jam 8.30 pagi, aku menuju ke kelas 1 Ikhlas mengikuti kelas yang diajar Puan Azizah. Lepas meminta izin puan Azizah yang ber DG 48, aku terus mengambil tempat di bahagian kanan belakang kelas. Sangkaan aku, puan sarimah hantar aku masuk kelas 1 Ikhlas ni untuk subjek Matematik, rupa-rupanya subjek SIVIK. Namun begitu banyak yang aku belajar terutamanya bagaimana menerapkan nilai-nilai Islam dalam kalangan pelajar yang sebenarnya baru je masuk sekolah tu tidak sampai sebulan. Menarik juga, Pn Azizah yang sebenarnya major Kimia diberi tugas untuk mengajar SIVIK supaya dapat memenuhi jadual pengajaran yang banyak kosong.
Kemudian, aku menemui cikgu syahmi sebab nak mintak izin masuk kelas dia. Dia beritahu yang dia tak mengajar hari ni tapi galakkan aku masuk untuk tengok bagaimana ujian PBS berlansung di kelas tingkatan 1 Cekal tu. Setiap pelajar dibekalkan satu buku matematik PBS bewarna biru dan diminta buat topik pola nombor. Lepas siap, cikgu minta tukar buku dengan kawan dan semak. Sebaik sahaja siap semak, cikgu akan mintak pelajar ceraikan bahagian yang dah dibuat tu daripada buku dan diberikan kepada cikgu untuk simpanan. Memang memudahkan, tapi kelihatan sedikit mudah untuk murid memutar belit markah yang ada. Aku kemudiaanya bersembang dengan cikgu syahmi dan beliau berkongsi pengalaman bagaimana membuat tuisyen dari rumah ke rumah.
Selepas habis bersembang, aku mencari pula cikgu azam, ketua merentas desa peringkat daerah Teluk Intan. kali ni, sekolah ni menjadi tuan rumah dan cikgu-cikgu sekolah diberikan beberap tugas. oleh kerana tidak mahu ketinggalan, aku turut minta sedikit tugas sempena esok. Aku dikehendaki menggantikan cikgu Maimunah yang sudah mula bercuti mulai hari ni. Menjaga check point lima bersama cikgu haspanizar. Lepas mengenal pasti tugas, aku kembali ke pusat sumber untuk menaip Laporan ROS sedikit.
Sesi persekolah tamat jam 12.15 dan aku pulang ke rumah setelah ambik bahan dari Cikgu Rozainani.
No comments:
Post a Comment