Baru pulang dari tanah perkuburan kul 10 malam tadi....
ROS aku akhirnya tamat di Sekolah Menengah Kebangsaan Sungai Manik hari ni. Sekolah yang mak aku ajar lebih 20 tahun sebelum bertukar ke Seri Perak tahun ni. Malah, adik beradik aku je dah tiga orang belajar kat sini hinggalah yang kecik sekali terpaksa berpindah ke Seri Perak juga ikut mak aku. Kalau dia stay, dia akan berada di kelas tingkatan 3 Amanah.
Kelas ni adalah kelas yang paling banyak aku masuk. Kelas yang aku dengar perkembangannya dari mulut mak aku sendiri sebab setiap tahun mak aku ajar budak-budak kelas ni. Jadi, diorang memang dekat di hati aku, dan aku boleh jumpa 20 pelajar lelaki yang perangai diorang sebiji dengan perangai adik bongsu aku ni. Uniknya kelas pertama tingkatan tiga ni ialah pelajar perempuan diorang sangat pandai, tetapi pelajar lelaki dia plak sangatlah malas dan kuat main-main. Tapi seronok kelas ni, sebab pelajar dia banyak mulut dan suka buat lawak. Jadi, nak marah kemalasan diorang pun selalu tak jadi.
Pertama kali aku masuk kelas ni adalah untuk tengok cikgu Halimatun(ganti mak aku) untuk mengajar matematik. Duduk sebelah budak bernama Syafiq Khan yang memang peramah. Tapi duk main-main dengan jangka lukis dan jangka sudut dia. Waktu tu aku tak kenal nama dia tapi rajinlah menyakat dia. Ada beberapa orang lagi yang aku rapat selepas masuk kali kedua macam Amirul Firdaus, Izzudin, Nadzmi Aiman, capang dan beberapa orang lagi. Diorang memang tak segan dengan aku sebab diorang kawan adik-adik aku je. memang kadang-kadang pun diorang panggil abang.
Beberapa hari ni aku kena uruskan ujian Matematik kelas ni sebagai assignment matematik aku sepanjang ROS ni. Kali pertama aku bagi hari rabu tetapi kebanyakan diorang memang tak dapat buat sebab susah katanya. Memang teruk pun waktu aku tanda kertas budak-budak lelaki tu. Kali kedua, aku uruskan lagi satu ujian tapi bawah cikgu Halimatun dan pesan diorang tulis nama penuh sebab ujian sebelum ni banyak yang tak tulis nama ayah. Dan aku tuliskan juga beberapa rumus penting kat papan putih untuk bantu diorang. Tapi still gak diorang tak dapat buat. Yang paling aku geram ialah si Syafiq Khan ni yang asyik duk termenung je sebab tak dapat buat soalan. Beberapa kali gak aku tegur dan pergi kat dia untuk bantu terangkan pasal jejari dan segitiga dalam bulatan. Waktu ni aku masih tak tahu nama penuh dia. Dia hanya bagitau nama dia Syafiq.
Lepas habis ujian, aku minta tangkap gambar diorang satu kelas untuk masuk dalam file ROS aku.
Malam tu, aku terpaksa tanda kertas diorang sebab memang dah takde masa dan aku kena buat sedikit analisis. Waktu nak tulis nama, ada sorang ni tulisan memang susah nak baca sampaikan aku terpaksa tulis Muhd Shoki Khoiz. Lepas tanya adik aku, dia kata takde plak nama tu dalam kelas dia dan teka mungkin Muhd Syafiq Khan kot. Sambil tu dia pun tunjuk gambar si Khan ni dan aku pun cam lah yang mana satu. Bila masuk kelas dia tengah hari tadi terus aku cakap "Ha, syafiq khan, pehal tulisan kamu hodoh beno, susah cikgu nak bace". Dia gelak je lepas salam dan cium tangan aku, sebab aku dah habis ROS diikuti rakan-rakan dia yang len.
Aku sempat tunjuk gambar kelas diorang yang aku edit semalam dalam Ipad aku. Aku cakap kat diorang, "cikgu tak akan masukkan gambar korang ni dalam FB sekarang, tunggu 5 tahun lagi, baru best sikit tengok". tetiba Amirul Firdaus menyampuk "Kalo ada yang tak sempat 5 tahun dah meninggal cikgu, macamne?" Aku dengan selambanya mereply "Kalo dah meninggal lagilah tak payah nengok, nak tengok wat apa". Itulah gurauan yang menamatkan urusan ROS aku kat sekolah tu.
Kul 5 petang tadi, tetiba adik aku bagitahu "Angah, kan syafiq khan yang fahmi cakap tu, dia dan meninggal. Accident kena langgar kereta"... Aku memang terkejut separuh percaya. Baru je jumpa tengah hari tadi. Tiba-tiba dah jadi jenazah pada umur tak sampai 15 tahun genap. Oleh kerana jenazah banyak diuruskan di hospital, aku cadang nak ziarah bila jenazah dah dibawa ke rumah. Tetiba malam tadi, jenazah rupa-rupanya terus dibawa ke tanah perkuburan selepas disolatkan di hospital. Aku, mak dan adik aku terus bergegas ke sana dan terlambat tak sempat nak tengok jenazah. Sedih memang sedih, lebih sedih ibu yang melahirkan anak pertama ini.
Selamat bertemu Tuhan wahai ahli syurga, senyuman mu penawar hati.
ROS kali ni UNTUK mengenali kamu KHAN.
Arwah belakang sekali, 3 dari kanan. Berbaju sukan putih berjalur merah.
Sekian dari Syuib0809.
No comments:
Post a Comment