Catatan ex-Felo
Aku dah berhenti jadi Felo. Teringat pertama kali masuk kolej, Aku dan Shah berbincang panjang lebar mengenai ini, hingga akhirnya kami sendiri volunteer diri untuk menjadi Felo tanpa tawaran dan paksaan mana-mana Pihak atasan. Cuma bezanya kami menjadi Felo bersekutu, gelaran bagi felo yang duduk di Quarters, bukan di kawasan asrama/kompel.
Kekurangan jadi Felo ialah, ada masanya hujung minggu memang tak boleh pergi mana-mana sebab kena standby takut student sakit atau ada emergency apa2. Adapun kerja-kerja lain, aku tidak menganggapnya sebagai sesuatu yang susah, sebab memang aku suka. Memang menjadi kebiasaan, 2-3 kali dalam seminggu aku akan round jam 11 malam dengan membawa besi/kayu untuk memastikan semua pelajar masuk ke kompel masing-masing. Malah kalau pulang dari masjid seusai solat isyak, memang aku akan pusing macam-macam laluan sebelum sampai rumah. Pelbagai ragam, sekurang-kurangnya perlu ada mata yang mengawasi walaupun sebentar. Dan aku pasti, student2 itu menjadi buktinya.
Antara kerja lain ialah "halau" budak untuk ke perhimpunan pagi, dan solat jumaat. Biasanya untuk solat jumaat, 30 minit sebelum aku dah gerak. Yang syoknya, sebelum khutbah mula dah penuh surau kolej tu kalau aku naik. Kayu atau besi dibawa bersama, dan aku suka buatnya berseorangan. Selaku Felo paling muda, tak berani nak ajak felo yang tua-tua ni. Dan entah kenapa, jarang pun diorang nak join.
Apabila aku memohon jadi Felo, antara azam utama ialah untuk menghidupkan program-progam agama pada waktu malam di kolej. Mengimbau kembali zaman persekolahan, banyak program-program agama memang diatur oleh para warden yang kebanyakannya ustaz-ustaz. Tetapi setelah melihat sendiri betapa busuknya "politik" di sini, ditambah pula pertindihan kuasa dan sikap "lepas tangan" mereka yang bertanggungjawap, aku tersedar menjadi Felo hakikatnya tidak punya kelebihan sebegitu.
Pernah beberpa kali cuba membawa masuk agenda perbincangan, agar felo merancang aktiviti-aktiviti kerohanian untuk penghuni asrama pada waktu malam. Tapi sedihnya, tidak mendapat sambutan lansung. Lebih geram, 80% perkara yang dibincangkan ialah kebajikan felo, bukan kebajikan student. Cerita pasal ampaian felo, parking felo, parcel felo, rumah felo, mintak student jangan buat bising sebab ganggu felo dn yang sewaktu dengannya. Lalu aku terpaksa menerima, itulah Malaysia.
Kesukaan menjadi Felo ini, akhirnya aku lepaskan juga bermula awal bulan ini.
Terkejut apabila jiran hadapan rumah, si Hafiz tiba-tiba menegur
"hah izuan, ko bila nak pindah?"
"eh, mana ada aku nak pindah.. await semua orang duk tanya ni?" aku sebenarnya kurang terkejut sebab sebelum ni abang aziz dan syafiq fizik pun pernah bertanya soalan yang sama.
"semalam aku dapat surat dari office, timbalan arahkan aku dengan hang keluar dari Quarters, kosongkan rumah sebelum hujung bulan ni, n then pi masuk Kompel.."
Aku yang mendengar, menjadi tersangat-sangat marah dengan berita tersebut. Berita yang diperoleh pagi sabtu, dua malam berlalu dengan kesukaran aku melelapkan mata. Macam-macam difikirkan, geram dengan kediktatoran yang tidak dibawa berbincang.
Sampai sahaja hari isnin, aku terus menulis surat memohon meletakkan jawatan. Darah muda yang penuh dengan pemberontakan, semua kebarangkalian soalan yang bakal hadir, sudah ada jawapannya dalam tempurung kepala. Permohonan menjadi lebih senang, sebab ustaz(KJPP) bercuti selama tiga hari ketika itu. Timbalan pula tiada, kerana dalam proses berpindah ke Labuan. Lalu aku Terus berjumpa pengarah, dan ia diluluskan dengan begitu mudah. Memang aku suka pengarah ni. Hehe
Permohan keluar ini, yang tahu hanya aku, pengarah dan kak Jamaliah(kerani). Sebelum kak Jamaliah memberitahu ustaz selepas ustaz kembali ke kolej semula. Entah macam mana, habis satu kolej tahu, hebat benar pengaruh whatsapp dan kedai kopi ini. Dan yang memusuhi aku tanpa sebab bergembira dengan peluru baru mereka. Lantaklah hangpa. Tak berminat dengan politik perebutan pengaruh dan pangkat ni. Jawaplah nanti dengan Tuhan.
Dan sekarang, berehat di hujung minggu tanpa apa-apa kerunsingan lagi. Hehe. Cuma semlam bila tengok student duk main baling-baling tepung/telur kat tepi tasik teringin sungguh nak "maki". Selalunya memang aku akan tegur. Tapi terpaksa menasihati hati...
"izuan, you'r not felo anymore..."
Daripada Ibnu Umar, daripada Nabi SAW, beliau bersabda: “Ketahuilah Setiap daripada kamu adalah pemimpin, dan setiap daripada kamu akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpin. Seorang raja adalah pemimpin bagi rakyatnya, dan dia akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpin. Seorang suami adalah pemimpin bagi anggota keluarganya, dan ia akan diminta pertanggungjawaban terhadap mereka. Seorang isteri adalah pemimpin bagi rumah tangga,suami dan anak-anaknya, dan akan diminta pertanggungjawaban terhadap yang dipimpinnya. Seorang hamba adalah pemimpin bagi harta tuannya, dan dia juga akan diminta pertanggungjawaban terhadap apa yang dipimpinnya. Ketahuilah setiap kamu adalah pemimpin, dan setiap kamu akan diminta pertanggungjawaban atas apa yang kamu pimpin.”
No comments:
Post a Comment