Tuesday, 31 March 2020

Cerita Lupa

Bismillah

Banyak peristiwa sudah berlalu
Antara kisah duka dan gembira
Yang mana kau suka cerita?
Yang mana kau sukar lupa?
Yang mana masih berbaki dalam ingatan?

Aku tiada jawapan
sekadar soalan

Yang sedang berlaku pada aku
Banyak cerita mahu aku ingat
Entah kenapa mudah benar lupa
Bukan kerana aku pemaaf
Tetapi mungkin sudah terlalu tua
Untuk ingat segala

Kisah duka
Sentiasa mahu kau lupakan
Semakin kau cuba
Semakin kekal ia dalam ingatan
Aku fikir
Ia karma untuk seksaan
Bila teringat
tiba-tiba sahaja indah
Benar kepala engkau gerakkan
Tanpa sedar
Senyum engkau ukirkan

Kisah gembira
Sentiasa kau mahu cerita
Semakin kau cerita
Semakin berubah cerita
Atau mungkin, semakin sedikit kisahnya
Mungkin kau mudah ingat
Tetapi mungkin juga, tak pernah lama

Yang paling sedih
Cerita yang tiada cerita
Tiada suka, tiada juga gembira
Biarpun semalam ia berlaku
Malam ni kau tak cerita,
Pagi esok kau dah lupa.

Menulis
Itu sahaja caranya..




Sekian dari Syuib0809

2 comments: