Mencatat sedikit diari berikutan perintah kawalan pergerakan covid-19. Diari yang berguna, sebab pertama kali benda ni berlaku dalam hidup. Sedikit perbezaan dengan lockdown ialah, rakyat masih boleh keluar rumah, namun kebenaran hanya diberi kepada ketua keluarga, untuk jangka masa dan jarak yang terhad. Kebanyakan kedai makan/peralatan tutup kecuali pasar raya dan kedai runcit.
Aku secara jujurnya tidaklah kekok, sebab memang jenis jarang keluar rumah, suka duduk sorang2 hatta waktu kat rumah teluk intan. Pernah menganggur 6 bulan, so alhamdulillah tak kekok. Haha.
Berikut rutin biasa.
Lepas subuh, pukul 7 keluar cari sarapan dan bahan basah untuk masak
Tidur/kemas rumah
Kul 11 mula masak
12.30 makan/solat zohor
Petang tengok movie or mendesign sebab nak elakkan tidur petang.
Lepas asar, keluar beli barang.
Pukul 6, sapu halaman, cabut rumput, bakar. Memang rutin rasmi.
Lepas maghrib baca FB
Lepas Isyak movie/design
Pukul 11 masuk tidur.
Rumusan minggu pertama.
Minggu pertama, aku dalam dilema untuk duduk di rumah, atau balik ke Teluk Intan. Antara cabaran terbesar minggu pertama ialah tidak lansung bercakap dengan manusia. Duk fikir boleh bertahan atau tidak. Yang kedua, sehingga kini, aku hanya menyiapkan rumah aku untuk rehat dan dan makan sahaja. Masih kumpul duit untuk buat dapur yang proper, tempat basuh baju dan sebagainya. Jadi, tak sesuai untuk memasak dan basuh baju.
Oleh kerana PKP agak ketat, aku akhirnya terpaksa menukar landskap rumah. Mengambil kembali barang2 dapur yang aku tinggalkan di dalam store surau, dan mengemas kawasan belakang rumah untuk dijadikan kawasan memasak sementara. Ambil juga mesin basuh yang tinggal kat markas sebab kedai dobi pun tak bukak. Yang lawaknya, waktu ambik barang, tetibe terkunci dari dalam. Terpaksa telefon si Izzah dan fatihah. Huhu
Dapur kembali berasap. Antara menu yang dimasak sepanjang PKP:
Ayam masak merah
Ayam masak kurma
Udang masak lemak
Rendang ayam(dua kali)
Masak rendang. Antara maksud "dapur tak sedia" ialah rumah bawang bagai semua takde, dan bila masak, satu rumah bau. Aku tak suka satu rumah bau minyak.
Udang masak lemak
Beli untuk standby. Dah 2 minggu, baru makan 2. Aku bukan peminat sejak zaman belajar.
Takdelah masak hari-hari, 2-3 hari hari sekali. Masak sorang banyak sungguh habis duit. Nak masak paprik/tomyam dan adik-beradiknya, tapi malas beli sayur. Kui3
Rumusan minggu kedua
Untuk minggu yang kedua, aku dah mula bertukang. Alkisahnya atap rumah macam bocor, so panggil pak kardi tolong sbb aku memang tak berjaya naik atas. Berbanding repair, aku cadangkan lapik dgn beberapa alas sahaja hanya titis yg menyebabkan plaster ceiling basah. Sebaik selesai, 2-3 hari aku mengecat balik benda tu bagi hilang kesan.
Meneruskan hobi, aku kembali dengan kerja membuat extension sendiri. Kali ini dengan hanya menggunakan barang2 dari kedai eco rm2. Lawa gaklah extensionnya. Lain dari lain. Oleh kerana eco sgt dekat dgn rumah, hari2 aku shopping situ. Minggu tersebut juga, merepair speaker2 yang dah rosak. Ganti tweeter yang lain. Rasa terisi masa dengan baik bila ada hobi2 sebegini.
Hobi pelik. Ni pomen speaker budak USM.
Beza tweeter baru n tweeter lama. Baru faham apa maksud voice coil.
Dinding bocor.
Selepas 2-3 hari. Empat lima layer aku sapu.
Dalam minggu ketiga ini, aku beroleh CPU baru. Beli. Tangan dah tak tahan lansung mendesign. Notebook yg ada terlampau lama, windows vista. So, sangat terhad.
Sebaik sahaja sampai, aku tersedar aku memang dah semakin kurang ilmu benda2 ni. CPU tak boleh connect ke monitor. Sebab connector diorang dvi/display port, manakala monitor aku hanya ada VGA. Hari pertama dah kelam kabut. Hari kedua, tersedar CPU tak boleh connect wifi. Habis masa bukak youtube je untuk cari macamna nak sambung. Selepas 2-3 jam gagal, barulah tanya orang. Rula-rupanya kena ada usb wifi. So, hari kedua mencarilah wayar internet.
Monitor dari zaman belajar si UK. So dah lebih kurang 10 tahun usia. Tu cpu barunya.
Kehadiran CPU baru ini, aku ambil mengasah peluang lagi bakat mendesign. Bagi aku ia hobi yang agak bagus sebab ambil masa lama untuk design(habiskan masa PKP), latih otak jana idea, imaginasi dan kreativiti. Dan ia adalah softskill yang kau boleh manfaatkan untuk bantu orang. Juga boleh mendatangkan pahala.
Berikut merupakan beberapa hasil terbaik guna CPU ni. Riak.
Contoh riang ria
Ye, ada kesilapan ejaan.
Versi pro
Kelebihan PC ni berbanding PC pejabat, aku boleh masukkan tulisan sesuka hati. Bebas
Sekian dari Syuib0809
No comments:
Post a Comment