Tuesday, 21 April 2020

Kecindan

Bismillah.

Untuk yang tidak tahu cerita, program matrik yang sudah pun berada pada minggu 17, pada awalnya dilanjutkan ke awal puasa(hujung april) berikutan PKP. Tetapi, oleh kerana pkp dilanjutkan, maka kpm membuat keputusan untuk tamatkan sesi 1920 serta merta. Tiada lagi exam, dan pelajar habis macam tu sahaja.

Teringat waktu tangkap gambar dengan H1P02, si afiqah beriya menangis.

"Kamu dah kenapa nangis?"

"Sedihlah cikgu, tiba-tiba je semua kena balik, tak sempat nak jumpa semua..."

"Mengadalah kamu, lepas ni mai gak ambik exam. Jumpalah puas2 nanti study week"

Dahsyat, perancangan Allah mengatasi segala-galanya.

Kelas ni je aku panggil sebelum balik. Kelas lain buat dek je.


Banyak sebenarnya "tak sempat". ANC sendiri tak sempat dengan wida'nya. Tiada sapa jangka segalanya berakhir macam tu sahaja.

Masa luang yang ada, aku banyak menulis. Cuma untuk G19, susah mahu beroleh ilhamnya. Mungkin kerana aku tak rapat dengan diorg, dan banyak bergantung pada pdt semata2. Mungkin juga, aku tak lihat air mata mereka sepanjang sesi ni. Waktu memori, aku "lari". Waktu mereka ber tam pun, aku sekalipun tiada bersama.

Akibatnya, sangat lama untuk menulis. Setiap malam, oleh kerana tak dapat tidur aku cuba menulis. Ada masa, satu rangkap ambil 3-4 hari. Hinggalah terdengar lagu exist bertajuk "Masih Terserlah AyuMu". Maka sedikit sebanyak terhasillah apa yang ada hari ni. Moga yang punya hati, mampu memahami. Terimalah...

KECINDAN

Cantik kisah kecindan
Madat beradat tanpa suntikan
Bain bersulam halus samaran
Semua hayat menjadi mimpi
Jauh manapun engkau bertapa
Yang sudah bernisan
Tak mungkin kembali

Banyak cara engkau mengira
Hisab hari kau punya puluh
Pilih minggu kau kurang sepuluh
Menghitung cantik purnama
Hanya dua kan saksi bersama

Banyak kecindan aku simpan
Bekalan ketawa sehari lagi
Esok sahaja aku cerita
Kerana pasti petang berjumpa
Lupa pandir salah mengira
Naik mentari semua tiada

Sahabat
Kahfi kau baca tak habis lagi
Perlahan bangun kau undur diri
Sepanjang malam engkau bersedih
Kain putih bertukar jernih
Gugur tangisan bisik alunan
Kalau ku tahu esok berpisah
Semalam ku peluk buat kenangan

Sahabat
Cepat benar engkau pergi
Kisah semalam tak habis lagi
Aku janji seronok sambungnya
Kembali nanti ku bisik cerita
Pendek sahaja hikmah tiada
Hanya kecindan buat kau ketawa

Kata pujangga
Yang kau ingat
Akhir dan mula
Pisah dan jumpa
Cerita di antara
Tersimpan sementara
Sampai masa
Mudah kau lupa

Sahabat
Hari ku tunggu tak kunjung tiba
Cerita ku simpan dah hilang ceria
Tawar kecindan habis terluka
Entah apa aku sedihkan
Seribu ubat dah aku cuba
Jumpa sahaja penawar akhirnya

Bertemu nanti
Hanya pelukan aku minta
Lama syarat memisah jasad
Tamat syariat jarak berhasad
Biarpun baiah buat pajakan
Raja sahaja mampu putuskan

Salam lena buatmu sahabat
Bunga kau sarung
Dah gugur ke bumi
Dipijak kaki berulang kali
Bersalut lumpur hilang dah seri
Bercerai kita bertalak tidak
Ditakdir Tuhan bertemu kelak

Selamat datang mimpi
Moga cantik kisah malam ini
Punya wajah aku cinta
Biarpun samar-samar
Ku harap
Penuh kecindannya





Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment