Friday 22 May 2020

Ramadhan Covid19

Bismillah

Mencatat sedikit diari sempena Ramadhan istimewa tahun ini ditemani covid 19, dikurung dengan PKP dan PKPB, ia pengalaman yang sangat menarik sepanjang tahun 2020. Atau mungkin sepanjang hidup ini.

Oleh kerana tidak boleh merentas negeri, aku memulakan puasa seorang diri di rumah.

Catatan 10 hari pertama.

Awal Ramadhan, yang menjadi kerisauan aku ialah makanan. Nak masak satu lauk mampu lagi. Cuma nak berbuka dgn satu benda sahaja nampak agak mencabar. Alhamdulillah, banyak kedai di kepala batas buka. Sekurang2nya boleh capai kuih untuk memaniskan mulut.

Sejak sekolah, aku memang jenis bangun sahur. Kalau di sekolah, aku memang selalu jadi orang pertama sampai dewan makan sbb lepas tu nak tidur. Haha. Ramadhan kali ini, bangun pukul 5 dan mesti masak nasi goreng. Resepinya ringkas, bawang, cili, telur, ayam goreng potong kecik2 dan perasa hilal. Bagi mengelakkan ngantuk, pasanglah variety show bertajuk knowing bros. Oleh kerana nak elak tidur betul2 lepas subuh buatlah mcm2. 7.30 barulah tidur sebab dah xde benda nak buat sorang2.

Ni kalau bubuh kicap.

Best sbb semua lelaki. Aku malas melayan drama cintan-cintun bagai. Dan lawak diorg ganas. Haha. Bahan member mcm tu je.

Tengah hari bangun siram pokok, cabut apa yg patut. Sejak berjinak2 dengan hobi menanam ni, seronok lah plak rasa.

Aku mula menanam pokok kari, limau purut, limau kasturi, pokok cili dan juga kunyit. Masalahnya bukan nak makan kunyit, yang pakai daunnya je. 


Dalam pukul 4 lebih dah mula beli juadah berbuka. Beli lauk dari kedai hawa, biasanya ambik ayam masak merah, ayam goreng(utk sahur) dan masakan berlemak. Beli kuih 2 jenis dan roti john. Air plak, hampir setiap hari buat air bandung.

Terawikh seorang diri di ruang tamu. Buat 10 rakaat. Sebelum witir baca Quran dan tutup dgn witir. Seronok pkp ini, lepas solat boleh baca Quran sebab takde apa nak buat. Aku dah start awal sebelum Ramadhan. Habis terawikh, buka ceramah di utube sambil main game. Haha. Jangan ikut na.

Beginilah pemandangannya. Selalu buka ustaz tuan ibrahim tuan man, ustaz kazim elias dan ustaz wadi anuar. Dalam 11.15 baru habis dengar.

10 pertengahan Ramadhan.

Sahur aku tidak berubah banyak. Namun untuk berbuka puasa sangat banyak yg berubah. Orang Taman ni baik2 dan pemurah semua. Hampir setiap hari ada sahaja orang sedekah menu berbuka puasa. Akhirnya aku sendiri takut sebab nasi putih yang dimasak selalu tak berusik. Hanya guna untuk sahur. Berhenti beli lauk kedai hawa sebab dah kena beratur panjang. Nak beli lauk yg sedikit mcm tak berbaloi je beratur panjang. Aku ganti dengan beli nasi ayam di pongsu seribu. Kadang2 di pokok sena. Kadang2 ayam golek.

Pertengahan Ramadhan ini juga, aku mula terawikh pakai mikrofon supaya tak rasa bosan. Tak perlu susah setup sebab mixer memang dah ada di ruang tamu. Kelebihan lain, rumah sebelah takde jiran. So, tak kacau. Lepas terawikh masih sama jadualnya.

Haha. Semangat. Baca kuat2 ni baru senang detect bacaan mana yang selalu was2.

Power mixer memang connect terus dgn komputer dan ipad. Bunyi takyah cerita.


Sepanjang Ramadhan ini juga, aku susah tidur malam sebab tak letih dan banyak tidur pagi. Maka antara pukul 12-1 pagi membaca buku yang sudah lama tak disentuh. Minggu pertama banyak baca pdf bagaimana menyentuh hati. Minggu kedua sambung dgn dunia tanpa tembok yg kedua.

Serius, bagus gila buku ni. Banyak input dan luaskan sudut pandang kau. Tapi jak habiskan memang mencabar. Sehari aku cuba habiskan 20-30 mukasurat.

Sepanjang ramadhan, anjing2 selalu buat reunion kat depan rumah. Diorang akan datang malam dan stay sampailah azan subuh. Bila aku nak buang sampah pagi, memang akan bertegur sapalah dgn diorang. Rasa macam dapat pakguard free. Rasa selamat bila diorang ada. Bila takde yang aku risau.


Pertengahan ramadhan itu juga, aku mula minta pak kardi simen beberapa tempat di rumah supaya kurang semak. Banyak lagu projeknya. Cadang nak pasang rumput jepun yg dicadangkan amani. Tengoklah nanti.

Simen untuk masuk satu lagi kereta. Boleh jadi tempat makan gak sebab luas. Teringin oasang khemas buat bbq. Haha. Tebang pokok jiran yang penuh kerengga. Masih semak, banyak lagi rancangannya.


10 malam terakhir.

Oleh kerana dah lebih 2 bulan duduk seorang diri, aku terpaksa kata ada sedikit stress yang hadir. Dengan dada yang sakit, dan lama tak bercakap dgn manusia, Allah sahaja tahu sengsaranya. Hari ke 20, aku bertekad balik ke Teluk Intan. Cuma agak kamikaze, terus balik tanpa berfikir panjang. Bawak baju 3 helai, seluar 1 dan kain pelekat sebab takut tak lepas. Alhamdulillah Allah permudahkan dan sampai teluk intan sebelum berbuka puasa.

Menu berbuka kat rumah tak payah cerita lah kot. Aku ada emak yang rajin masak dan adik perempuan yang suka masak kek, juga adik laki yang mesti nak beli makanan dari luar. So, penuh meja. Cuma yang tak best sikitnya, ada drama tv1 yang menyebabkan diorg suka lari waktu buka puasa. Pasrah jelah.

Contoh kemeriahan juadah


Di rumah juga, alhamdulillah terawikh buat berjemaah. Isyak abah jadi imam, manakala untuk terawikh aku yang imamkan. Dah biasa di penang hadap aircond, panas sikit ruang tamu xde aircond. Haha.

Lepas terawikh sambung makan, jadualnya berubah. Takde lagi baca buku sbb buku semua tak bawak balik. Haha. Cuma kali ini, ketagih dgn variety show bertajuk "Dogs are incredible". Sangat bagus rancangannya sbb takde "maksiat".

Banyak input pasal anjing. Alang2 depan rumah banyak anjing. Haha. Tapi tabik spring hiburan korea ni ialah diorg boleh jadikan "documentary" sebegini jadi menarik.


Begitulah cerita ramadhan yang sudah sampai hujungnya.

Salah satu hasil design bulan puasa. Mengamuk plak wahyu ni karang


Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment