Tuesday, 9 June 2020

UKCI: Isteri Nabi vs Isteri Firaun

Bismillah
Ahad lepas, berusrah dengan anak2 dara.


Poster asal, tapi fatin amirahnya takde, yang conduct si izzati. Amani pula ajak si iman teman bg pengisian. Diorg bagi dulu, dalam 10.15 barulah aku ambik.

Pengisian.

Dimulakan dengan terjemahan surah At-Tahrim, ayat 10-12.

Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikit pun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): “Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)”.
Dan Allah membuat isteri Fir’aun perumpamaan bagi orang-orang yang beriman, ketika ia berkata: “Ya Rabbku, bangunkanlah untukku sebuah rumah di sisi-Mu dalam Firdaus, dan selamatkanlah aku dari Fir’aun dan perbuatannya, dan selamatkanlah aku dari kaum yang zalim.

Allah cerita perumpaan org2 yg bersama dan dijaga oleh orang2 soleh, tetapi menjadi kafir dengan pengkhianatan mereka. Iaitu isteri Nabi Nuh dan Nabi Luth. Maka, dicampakkan mereka ke dalam api neraka.

Bagaimana mereka khianat kepada nabi? iaitu suami mereka sendiri. Adapun isteri nabi Nuh, di saat semua orang mengatakan nabi nuh "gila" kerana membina kapal di atas bukit, dia yang sudah lama bersama nabi nuh, melihat kenabian dan sifat baiknya sepatutnya sokong suami, tetapi dia pulak yang membenarkan "gosip" nabi Nuh gila. Manakala isteri nabi Luth memberi "signal" apabila nabi luth menerima tetamu.

Ayat 11, bercerita tentang isteri org yang sangat kejam iaitu firaun. Dalam ayat ini juga, Allah rakamkan doa asiyah agar dilepaskan dr kezaliman dan beroleh rumah di syurga, persis yg selalu kita dengar dalam nasyid nertajuk ratu syahadah. Nabi bagitahu 4 wanita utama di syurga ialah khadijah, fatimah, asiyah dan maryam.

Jika diberi pilihan, isteri mana yang kita mahu jadi. Tak sempat bawa asbabun nuzul surah ni sbb masa suntuk.

Seterusnya, dibawakan kelayakan yang sangat mudah untuk wanita beroleh syurga iaitu:

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud : “Apabila seorang wanita (isteri) itu telah melakukan sembahyang lima waktu, puasa bulan Ramadhan, menjaga maruahnya dan mentaati perintah suaminya, maka ia dijemput di akhirat supaya masuk Syurga mengikut pintunya mana yang ia suka (mengikut pilihannya).”

Berbicara juga tentang jihad bagi wanita.

Tetapi kenapa tiba2 nabi kata ramai yang menghuni neraka?

Banyak lagi, tapi tak larat nak menulis.

Dewasa

Ada banyak emosi kau tak boleh tafsir dan cari sebabnya.

Bila aku ber"online" bersama mereka, automatik jd gembira, senyum je.. sebab? Entahlah.

Banyak wajah yang lama tak jumpa. Yang kau kenal dulu bising dengan perangai budak2nya. Yang disebalik tudung labuh mereka dan imej malu mereka, engkau shj pernah nampak kenakalan, bebelan dan panas baran mereka. Dan kerana kau tahu mereka sama sahaja sifatnya seperti gadis biasa, bertambahlah kerisauan kau.

Menanti masing2 menjadi lebih dewasa dari aku. Bila mereka kelak berbicara tentang anak2 sendiri, tetapi aku masih berbicara tentang dan seperti budak2. Hatta ego kau bertambah memikirkan perkara2 dewasa, aku akan kekal melayan kau seperti anak2 tanpa malu.

Berlayarlah dgn ego dewasa kau kelak. Aku akan kekal beri apa yang kau perlu bila kita bertemu. Bila tiba masa dewasa, aku sahaja yg akan nampak, engkau terlalu sibuk menjadi apa yang musuh kau mahukan.

Senyum..

Gambar wajip simpan. Yang hadir 30 orang lebih. Tapi screen muat dalam 16 kot. Harapan besar aku, bila mereka dah berkeluarga dan bekerja, mereka boleh kembali berbakti di kolej. Aku ada impian, lihat mereka buat usrah online setahun 2 kali dgn adik2, supaya adik2 nampak betapa panjangnya rantai tarbiyah yang mereka pilih. Doakan.


Kalau lah budak sekolah perempuan satu batch tengok macam mana aku layan pelajar perempuan aku, mungkin diorg akan geleng kepala. Aku tak pernah jadi seperti ini dulu. Haha



Sekian dari Syuib0809

No comments:

Post a Comment