Tuesday, 3 March 2020

Cerita 29 Feb

Bismillah.

Empat tahun sekali je tarikh ni hadir. Dan jatuhnya pula pada hari sabtu. Dan menariknya sabtu tu, macam-macam plak event/program yang berjalan.

Sabtu lepas, sebenarnya aku juga dijemput untuk program MLC anjuran kolej lama. Selalunya memang aku akan hadir, tapi oleh kerana ada program Mathshopping, maka terpaksalah korbankan prog tersebut. Ditambah plak, aku adalah penyeleras untuk prog maths kali ni, maka nak tak nak kenalah stay. Huhu.

Aku paling muda. Dan aku gak kena jadi penyelaras. 


Program ni sepatutnya dilaksanakan pada 15hb feb, sama tarikh dengan street dakwah. Oleh kerana banyak perkara yang lambat diconfirmkan oleh pihak atasan, maka nak elakkan kelam kabut, aku pun pilih untuk tangguh. Apepun, program ni agak simple dan senang. Cuma sebab aku perlu berkursus di matrik perak, maka banyak urusan yang tergendala.

Bergambar dengan pengarah bahagian.


HIMMAH.

Sebaik sahaja habis mathshopping, terus bergegas ke kota sarang semut kedah untuk program HIMMAH. Bawak sekali dua org anak dara, si kudou dan aina. So, rasa kejap je sebab banyak membebel dengan diorang. Kali terakhir aku datang sini ialah pada april 2017.

Masuk2, orang pertama yang terserempak ialah si amani dan syuhada. Tapi malas nak kejar diorg sebab laju sgt jalan. Lepas beli kopiah, terus berjalan sorang2 ke dewan utama.

Dalam perjalanan ke khemah utama, terserempak dengan bujang2 G14. Bukan senang nak bergambar dengan diorang. Diorg agak terputus. Lepas tu, sikit demi sikit bujang2 lain dr generasi lain mai dekat. Ramai lagi sebenarnya.


Meneruskan perjalanan, terserempak dengan anak-anak dara G17. Melepak je keje. Haha. So, lepaklah plak dengan diorang. Masing-masing dah janji nak tangkap gambar ramai2 dr kmpp kat depan bangunan kompleks utama. Maka, berkumpullah semuanya.

Lepas kira, rasanya lebih dr 60 orang yang mai. Cuma oleh kerana berpecah, dan masing2 banyak urusan susah gila nak tangkap gambar ramai2.


Mana ntah sharidhwan hilang. Anak dara bertopeng, tapi tengok dah kenal sapa. Diorg cakap jelah yg aku x dengar.

G16. Nad dengan asma' mai lambat. Aku masih tak faham kenapa nik pakai putih macam tu. Mungkin dia ingat umrah kot.


Dahsyat sebenarnya diorang ni. Masing-masing sudah punya jawatan dan amanah di usia muda. Ada yang disibukkan dengan siasah, diberi amanah untuk menguruskan program dakwah. Dan ada yang disembunyikan untuk mentarbiyah generasi.

Jujur, walaupun berbeza, mereka punya nilai yang sama di sisi Allah inshaAllah.

Cuma kerisauan aku ialah sejauh mana mereka menjaga amal islami masing2. Takut solat jemaahnya banyak lopong. Bilik mesyuarat lebih byk dikunjung berbanding masjid dan surau. Risau apabila mereka sudah bosan, mudah mereka tinggal seperti cabutnya si kemuncup.


Antara benda lain yang aku seronok tengok ialah orang2 muda yang datang dengan pasangan dan anak mereka. Teringin plak nak tengok anak-anak buah sebegitu. Teringin nak tengok dengan sapa mereka berumahtangga, nak cubit pipi anak2 diorang kat program. Haha. Besar impian.

Aku?

Aku akan terus datang bersendirian ke sana nanti. Dan apabila aku datang, engkau adalah orang yang aku nanti.


Sekian dari Syuib0809.


No comments:

Post a Comment