Thursday, 1 September 2011

Selamat Hari Raya

Bismillah..

Mari bercerita mengenai Raya tahun ni. Alhamdulillah, pertama kali beraya AidilFitri di Perantauan. Malam sebelum hari raya, aku ke masjid menunaikan solat Isyak seperti biasa. Lepas solat, aku pun tunggu imam memulakan takbir raya. Punyelah lama menunggu, rupenye takde takbir malam raya kat masjid tu, pelik. Subuh hari raya, solat subuh berjemaah bermula jam 5.50 pagi dan aku mengharapkan akan ada takbir raya lepas subuh. Entah kenapa, takde jugak takbir selepas solat subuh tu. Pulang ke rumah, aku main internet jap sebelum membersihkan diri untuk pergi menunaikan solat sunat Aidilfitri di rumah Post Grad. Oleh kerana solat dikatakan berlansung kul 9.00 pagi, jadi aku target pukul 8.30 untuk smpai sana. Kul 8.10 pagi aku pun keluar rumah berbasikal.

Beginilah bilik solat hari raya. Yang berbaju merah ialah tuan rumah iaitu Dr Mohamad.

Berbaju ungu ialah bekas penghulu Masleics iaitu abg adam dan hijau ialah orang sabah yg baru smpai iaitu abang Andy.

Kami serumah berpecah kepada dua tempat. Aku dan syahir ke rumah Postgrad manakala Naufal dan Izwan bersolat di Masjid. Kemudian, diorang berdua makan di rumah Undergrad manakala kami berdua plak terus beraya di rumah Postgrad. Solat yang sepatutnya bermula jam 9 pagi terpaksa dimulakan jam 9.30 pagi sebab ramai yg datang lewat. Memang melayu sungguh.. Solat sunat AidilFitri kali ni diimamkan oleh abang Mahyuddin. Manakala Khutbah raya disampaikan oleh Dr Mohammad. Aku tak dapat fokus dengar khutbah sebab budak2 di bawah ni kacau.

Ni anak abang din yang paling nakal sekali. Haha

Antara kanak-kanak yang ada pagi tu. Dua-dua baju biru ialah anak abang adam.

Selepas solat dan mendengar khutbah, kami berkemas-kemas untuk memberi ruang kepada sesi makan-makan. Undergrad laki yang hadir hanya aku dgn syahir manakala perempuan aku hanya nampak lili tai dan Kak Dina. Antara Lauk-pauk yang ada sudah tentulah nasi impit, kuah kacang beserta lontong, manakala menu utama ialah nasi(tomato aku rasa), dengan ayam masak merah, kari daging dan sayur alca. Macam-macam lagi sebenarnya, cuma aku dah tak berapa nak Ingat sangat. Aku makan je tau, sambil tu sembang2 dengan postgrad sebelah aku.

Yang aku pegang tu ialah sejadah, bukan sampin. Aku tak pakai sampin. Ni waktu kemas-kemas.

Beginilah keadaan ketika sesi menjamu selera. Tak ramai pun orang Melayu kat Leicester ni. Turut disediakan hampir 4 jenis kek.

Selepas puas makan, sesi tangkap-tangkap gambar sepatutnya mengambil tempat. Tapi entah macam mana tetibe ditangguhkan sebentar sebab ada tayangan video dari anak-anak Masleics. Anak-anak Masleics buat video mengenai bulan Ramadhan dan pembikinan video ni 100% daripada diorang. Agak terhibur tengok anak-anak melayu yg hampir 50% kurang mahir berbahasa melayu ni beraksi dihadapan kamera. haha. Selepas tu, barulah kami tangkap gambar bersama-sama. Tapi ada beberapa orang yang takde sebab dah balik awal.

Sedang menonton video ramadhan Lakonan anak-anak Masleics.

Punyelah banyak cameramen. Ni tengah tangkap gambar muslimat.

Selepas sesi bergambar, setiap keluarga plak diminta buat ucapan selamat Hari Raya dengan dirakam oleh Dr Mohammad(Tuan Rumah). Aku yang tak berkeluarga lagi lepaklah dekat luar sambil bual-bual kosong dgn sapa2 yg ade kat luar tu. Pagi tu boleh dikatakan agak sejuk sebab matahari tak berapa terik sangat. Rancangan Masleics pagi tu ialah untuk pergi ke setiap rumah melayu yang ada di Leicester tak termasuk Undergrade. Dengan kata lain, programnya akan berterusan sampai malam gak lah. Aku dah tak sedap hati sebab dah turun sedikit rintik2 hujan. Dan pergerakan aku akan menjadi sukar sebab aku naik basikal. Giler apa nak berbasikal kat semua rumah PostGrad tuh. Jadi aku pun ambik keputusan untuk pulang sahaja.

Okeh. dalam gambar ni syahir sorang je yang bujang. Aku tukang tangkap gambar. Dari kiri: Abg saiful, abg Andy, abg Faiz, syahir, Abg Adam, Abg Firhat dan Abg Zaime.

Balik rumah, cadangnya nak pergi jap rumah berbuka Undergrad punye. Tapi entah macamne badan aku punyelah penat tengah hari tu. Lepas pulang dari solat Zohor kat Masjid, aku terus terbaring sampai petang. Izwan plak ada kerja kat hospital time2 raya ni. Dah dekat pukul 5 petang, Naufal pun balik membawa makanan-makanan yang ada kat sana. Melataklah kembali aku petang tu dengan nasi impit dan kuah kacang. Malam, takde buat apa pun. Sembang-sembang je dengan Izwan semua. Jadi, berlalulah hari raya pertama aku di United Kingdom. Hari kedua dah rasa macam hari biasa. Tertanya-tanya kepada diri sendiri "Hari ni hari raya kedua kan?".. Begitulah beraya di perantauan.

Selamat Hari Raya AidilFitri, Maaf Zahir dan Batin.

Sekian dari syuib0809..

No comments:

Post a Comment