Wednesday 14 September 2011

Makhluk bernama Ipad2

Bismillah..

Sangat jarang untuk aku nak update blog sebab tak banyak perkara yang berlaku sepanjang berada di Malaysia. Cume asyik makan, makan dan makan. Memang itupun misinya kot. Oleh kerana takde topik besar, aku pun bercadang untuk menulis serba sedikit mengenai Ipad 2.

Angan-angan Ipad.

Aku kenal ipad di Uk sebab aku adelah pengguna barang apple. Ipad boleh dikatakan teknologi yang sangat canggih sebab sangat nipis dan hampir menyerupai peranan sebuah komputer. Dengan teknologi Touch Screen yang tercanggih di dunia, memang sangat menarik memiliki Ipad. Waktu keluaran ipad pertama, aku tak bercadang nak beli sebab yakin akan keluar produk yang lebih baik dan menganggap ipad pertama ini ialah produk percubaan Apple. Antara yang memakai Ipad pertama ni ialah budak rumah aku iaitu Naufal.

Seperti biasa biler aku nak beli barang, aku akan pikirkan kenapa aku nak bende tu dan apa kegunaan die yang bermanfaat dalm hidup aku. Antara sebab yang bermain-main dalam minda aku ialah untuk aku gunakan untuk mengajar ataupun beri pembentangan dalam mana2 program(Cth:program motivasi. Memang sebelum dapat Ipad, aku terfikir untuk scan semua buku teks di sekolah dan muatkan dalam Ipad. Jadi, tak perlulah bawak buku berat2 kat sekolah. Memang betul, Ipad boleh melakukannya.


Antara sebab lain ialah aku kononnya nak gunekan untuk baca buku. Seperti aku kata tadi, memang Ipad boleh menjadi buku kite. Sebelum ni, aku asyik baca buku(ebook) di komputer yang boleh dikatakan agak sukar untuk baca sambil baring. Jadi, beranganlah kalau ada Ipad bolehlah aku banyak baca buku. Haha.. Lepas ada Ipad2, aku download macam2 ebook, majalah solusi, ujang dan artikel. Tapi semangat nak baca buku agama mesti diakhiri dengan tidur, menyebabkan ujang plak yang menjadi pujaan hati. Aduih..

Quran dalam Ipad.

Perisian AlQuran merupakan perisian yang aku rasakan sangat wajip bagi setiap orang Islam yang memiliki Ipad. Memang banyak perisian AlQuran dalam Apple Store, cume ada yang kene bayar dan ada yang percuma. Yang terbaik dan mantap sudah tentulah kene bayar. Antara yang aku kire memang mantap dan senag untuk digunakan ialah:

Nama applications ni ialah Quran Reader. Aku ada satu dekat Iphone. Untuk Ipad, harga die lebih kurang GBP4.99 atau 25 ringgit. Nampak tu boleh copy, buat nota, tafseer dan macam2. Mantap tapi kene bayarlah .

Ini pula ialah myQuran. Application Alquran termahal dalam Apple, GBP 10.99. Kenapa mahal? Dalam ni, dia ajar sekali tajweed, cara menyebut, dengar bacaan dan macam2. Cume aku letak ranking kedua sebab tak boleh nak baca macam Quran biasa iaitu ikut mukasurat. Tapi memang mantap.

Ni nama die Eqra'a. Aku pun baru jumpe. Still kene bayar tapi murah.

Ni pulak nama die IreadQuran. Kalau tengok gaya, nampak seolah-olah die scan je AlQuran tu. Tapi masih mantap dan dipuji orang sebab ianya adalah Free. Mudah digunakan sebab susunan ia macam AlQuran kite yang biasa.

Banyak lagi sebenarnya perisian AlQuran yang ada dalam Apple Apps ni. Tak larat nak tulis dan yang aku tulis di atas adalah tulisan Lazim yang kite selalu lihat. Ada Alquran lain yang tulisan die pelik2 dan susunan die jugak tidak seperti AlQuran kite. Jadi, mungkin ada diantara kite yang tak selesa. Tak kisahlah kat mana2 pun AlQuran, yang paling penting, kenalah baca AlQuran. Aku tak berasa usik Quran di ipad ni sebab susah nak bawak mana2. AKu lebih kerap gunekan Iphone punye yang kecik. Apepun sekadar perkongsian untuk sapa2 yang mencari Applications Quran dalam Ipad masing2.

Sekian dari syuib0809.

No comments:

Post a Comment