Bismillah.
Hari ni sudah bertarikh 28 september 2011. Bermaksud esok aku akan pulang kembali ke bumi Leicester untuk meneruskan perjuangan yang masih belum selesai. Tujuan pulang kali ni tidak menampakkan hasil yang begitu berjaya..
Mak ayah aku memang dah dapat tahu awal yang tahun ni mereka akan pergi Haji. Cuma, tidak tahu rombongan yang ke berapa, bile tarikhnya dan maklumat-maklumat lain. Memang waktu mula-mula aku sampai rumah, mak aku cakap nak buat kenduri kesyukuran dapat pergi haji waktu hujung minggu terakhir aku ada kat Malaysia. Oleh kerana aku nak mintak mak aku masak makanan special setiap hujung minggu, jadi aku mintak mak aku tangguhkan dulu kenduri tu. haha. Jahat.. jahat...
Ditakdirkan Allah, beberapa minggu lepas surat panggilan menuju ke Baitullah pun sampai kat rumah aku. Dan sungguh tak dijangka, tarikh penerbangan mak ayah aku ke Mekah sama dengan tarikh penerbangan aku kembali ke United Kingdom. Tadaaa..!
Akhirnya, cuti aku ini dipenuhi dengan melihat persiapan mak dan ayah aku menuju ke Tanah Haram. Hujung minggu kedua, mak ayah aku bermalam di Taiping untuk kursus haji anjuran tabung haji. Hujung minggu baru ni plak sibuk kami sekeluarga bergotong-royong buat kenduri. Tak cukup dengan kenduri, sepanjang beberapa hari ni acapkali rakan2 mak dan ayah aku datang menziarah.
Terima kasih Ya Allah kerana beri peluang untuk aku menjenguk ibu-bapa aku.
Moga kedua-duanya memperolehi Haji Mabrur.
Dan dipermudahkan urusan di sana kelak.
Sekian dari syuib0809.
No comments:
Post a Comment